TPO 32

16.8K 1.1K 116
                                    

Cahaya matahari yang menyuluh lurus mengenai kelopak mata Elrose yang tertutup. Dahinya berkerut beberapa saat sebelum kelopak mata terbuka sedar. Suara mendesis muncul daripada mulut Elrose apabila dirinya cuba untuk bangun sambil memegang kepala yang sakit. Wei Ying terjaga dari tidurnya sebaik mendengar suara tuan puterinya.

" Tuan Puteri tuan Puteri sudah bangun ". Dengan pantasnya Mei Ying bangun meluru ke arah Elrose lalu membantu Elrose agar duduk bersandar dengan betul. Tanpa disuruh dia turut mengambil secawan air untuk diberikan kepada Elrose. Dari keadaan Elrose dia dapat agak tuan puterinya memerlukan minuman.

Elrose dengan wajah pucat menyambut tangan Mei Ying lalu meminum air putih sehingga habis. Kepala yang berdenyut cuba di abaikan sebaik mungkin. Mei Ying mengembalikan cawan ke tempat asalnya sebelum memberi perhatian kepada Elrose. Tangan Elrose di pegang lembut bersama riak wajah kerisauan.

" Mei Ying apa dah jadi. Kenapa kepala saya sakit sangat ni. Wei Shin—Wei Shin dekat mana? ". Ujar Elrose halus sambil menatap wajah Mei Ying mencari jawapan. Mei Ying berdiam diri dengan fikiran penuh tanda tanya.

" Tuan Puteri tidak ingat apa yang telah berlaku? ". Mei Ying bukannya memberikan jawapan malah  memulangkan soalan kepada Elrose. Elrose memandang dayangnya dengan tatapan hairan. Apa dah jadi? Kenapa dia tak ingat satu benda pun?

" A—apa yang ber–laku? Ada sesuatu yang ter—jadi ke? Kenapa saya tak ingat apa apa pun? ". Elrose semakin hairan. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain sambil cuba mengimbas kembali apa yang terjadi. Ada benda buruk terjadi ke? Tapi— kenapa? Siapa?

Beberapa kali mata Mei Ying berkedip selepas menerima jawapan Elrose. Dalam beberapa saat dia hanya diam sambil merenung wajah Elrose. Tidak mungkin Elrose melupakan apa yang terjadi bukan?

" Tuan Puteri betul betul tidak ingat apa yang berlaku? ". Mei Ying mengulang lagi soalan yang sama. Pandangan Elrose beralih kepada Mei Ying semula. Dia mengeleng perlahan dengan air muka bersungguh tak tahu.

" Saya tak ingat apa yang jadi. Ada apa ni Mei Ying? ".

" Tuan Puteri— tidak ingat apa yang berlaku kepada Yang Mulia? ". Mei Ying teragak agak seketika. Elrose mengerutkan keningnya apabila nama Yang Mulia naik.

" Yang Mulia? Yang Mulia maksud kamu Ji—an Shen? Kenapa dengan Jian Shen? Apa yang jadi dengan— di—a ". Elrose terus berhenti bercakap apabila fikirannya mula memutarkan apa yang telah terjadi. Kedua mata hitamnya bergerak laju ke kiri dan kanan sebelum menatap Mei Ying lurus dengan wajah yang seakan sedar tentang sesuatu.

" Mei—Mei Ying ". Tangannya mengeletar hebat seraya memegang kedua tangan Mei Ying kuat. Dia baru ingat apa yang jadi. Jian Shen cedera sebab berperang. Kenapa dia baru sedar sekarang ni.

" Mei Ying ma—macam mana dengan  keadaan Jian Shen? Ma—macam mana saya boleh lupa Jian Shen? Mei Ying bawa saya pergi tengok Jian Shen. Saya nak tengok Jian Shen! ". Suara mengeletarnya berubah serak apabila air matanya mula berkumpul.

Badannya juga menggigil seraya mengoyangkan tubuh Mei Ying kuat. Dia nak jumpa Jian Shen. Berapa lama dah dia pengsan? .

" Tuan Puteri tenang... Tuan Puteri baru sedar daripada pengsan. Tuan Puteri perlu berehat sebelum lawat Yang Mulia. Mari baring semula ". Mei Ying mendorong perlahan bahu Elrose agar berbaring semula tetapi Elrose menolak dengan bergerak agak ganas untuk bangun.

" Tak. Tak. Saya tak nak baring Mei Ying. Saya nak tengok Jian Shen. Tolong Mei Ying tolong... Kalau awak tak nak tolong saya biar saya pergi sendiri! ". Dengan degilnya Elrose menolak Mei Ying dan bangkit secara paksa walaupun sebenarnya badannya masih terasa lemah.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now