TPO 46

10.7K 895 138
                                    

Jian Shen meraup wajahnya dengan siku menumpang di atas meja kerjanya serabut memikirkan sikap Elrose yang langsung tidak mahu menatap wajahnya walaupun sesaat. Sejak kematian Wei Shin dua hari lepas Elrose seakan meletak tembok di antara mereka berdua.

Gadis itu benar benar ingin menjauhkan diri daripada Jian Shen. Jian Shen mengangkat kepala menjauhkan tangan yang berada dekat pada muka tadi kerana mendengar bunyi orang meringis kesakitan selepas di campak oleh Ying Zhiou ke lantai.

Ying Zhiou beriak tegas sambil berdiri tegak menatap Jian Shen dengan tatapn kosong. Sempat dia melirik seorang lelaki di bawah kakinya.

" Ada apa ni? ". Soal Jian Shen yang tidak faham dengan perbuatan Ying Zhiou. Lantas dia bangun daripada duduknya menuju ke arah lelaki yang seakan sujud dengan badan menggigil ketakutan.

" Lelaki yang cuba mencuri dalam istana sudah di tangkap dan inilah orangnya ". Balas Ying Zhiou senada menjawab sewajarnya dengan wajah datar manakala Jian Shen pula baru memahami siapa lelaki di bawah tersebut. Tanpa sebarang isyarat tangan Jian Shen mencengkam rambut lelaki tersebut.

" Kurung dia dalam bilik bawah tanah tanpa makanan atau minuman ". Jian Shen merenung seluruh muka lelaki yang kesakitan itu tanpa rasa kasihan terbit sedikit pun lalu melepaskan cengkaman dengan cara menghempas kuat.

Terdengar suara lelaki itu memohon ampun daripada Jian Shen namun di abaikan saja. Ying Zhiou merentap bahu lelaki itu dengan penuh kasar serta menolak badan lemah pencuri tersebut ke arah dua orang pengawal dengan satu isyarat gerakan kepala. Terus lelaki itu di heret pergi.

" Aku suka sikap kau yang baru ni Ying Zhiou. Jangan fikirkan tentang dayang itu lagi. Aku boleh beri lebih banyak perempuan yang kau mahukan ". Jian Shen menepuk bahu Ying Zhiou beberapa kali.

Kalau dulu Ying Zhiou seorang yang menurut kata setiap kali di suruh mesti dijalankan namun akan ada perlawanan jika dirasakan tidak kena. Tapi kini Ying Zhiou melakukan segalanya tanpa melawan walau satu kata dan Jian Shen suka sikap Ying Zhiou yang satu ini.

Menurut langsung tanpa membantah. Ying Zhiou hanya mengangguk tipis tanpa mengubah riak wajahnya. Jian Shen menurunkan tangannya.Ying Zhiou membongkok hormat lalu berputar berjalan keluar meninggalkan Jian Shen yang masih berdiri.

Sebelum melepasi bingkai pintu Ying Zhiou mengeluarkan suaranya namun di dengar secara samar samar oleh Jian Shen.

" Memang banyak perempuan yang kau boleh beri tapi Wei Shin satu satunya gadis aku ".

Jian Shen yang berpaling ingin kembali ke meja kerjanya terhenti mendadak. Hanya hujung matanya melirik ke tepi bersama fikiran di dalam kepala. Dia nampak sedikit perubahan dalam diri Ying Zhiou tapi semuanya di anggap biasa. Ying Zhiou selaku panglima berserta kawannya tak mungkin mengkhianati dia.












Elrose berjalan ingin pergi ke taman sekaligus mencari Mei Ying yang sedang melakukan sesuatu. Sewaktu berjalan dia terserempak dengan dua orang pengawal yang mengheret seorang lelaki. Dia cuma melihat dengan fikiran yang penuh soalan. Siapa? Kenapa? Lelaki itu di heret pergi.

Dalam pada merenung lelaki yang di heret oleh pengawal, Elrose mengalihkan pandangan ke depan dan tepat itu muncul susuk tubuh Ying Zhiou berjalan pergi. Tanpa membuang masa Elrose membuka langkah berlari anak menuju ke arah Ying Zhiou dengan niat mahu bertanyakan keadaan kekasih Wei Shin itu.

" Ying Zhiou ". Elrose menjerit perlahan memanggil nama Ying Zhiou berharap lelaki itu berhenti atau menoleh ke arahnya tapi tidak. Ying Zhiou seakan tidak mendengar suaranya yang baru memanggil sebentar tadi.

" Ying Zhiou, Ying Zhiou tunggu sekejap. Saya panggil awak tadi, awak tak dengar ke Ying Zhiou ". Ujar Elrose setelah berjaya menyaingi langkah Ying Zhiou lalu berjalan secara bersebelahan. Kepalanya menyenget sedikit untuk melihat reaksi wajah Ying Zhiou. Tapi lelaki itu hanya datar. Tidak menyahut sama sekali.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now