TPO 51

9.8K 881 110
                                    


hye ( ꈍᴗꈍ)









Elrose mengelak apabila ada hujung bunga mengelitik lehernya dari belakang. Kelihatan Yuan Jiu dengan sengihan nakalnya setelah menganggu ketenangan Elrose yang sedang merenung ke arah tasik. Elrose yang mengetahui tingkah nakal Yuan Jiu hanya mengelengkan kepalanya. Memang suka mengacau orang.

" Di mana Jian Shen ". Yuan Jiu berdiri di sebelah Elrose sambil bermain dengan bunga yang di cabut kelopak satu demi satu sehingga botak lalu di genggam erat. Elrose yang berdiri mendiamkan diri sebelum menjawab soalan pemuda bangsawan tersebut.

" Di bilik bacaan mungkin ".

Elrose ketawa kecil ketika Yuan Jiu mengambil batu kecil lalu di lempar ke dalam tasik menghasilkan bunyi air yang agak kuat. Yuan Jiu pula merapatkan jurang jarak antara mereka berdua selepas mengerakkan kepalanya mengangguk beberapa kali. Bahu mereka hampir bertemu tapi Yuan Jiu sengaja meninggalkan jarak.

" Elrose, apa yang akan awak lakukan jika Jian Shen jatuh cinta pada diri awak ". Soalan mengejutkan dengan nada sengaja mengusik muncul. Tergamam seketika sebelum mengelengkan kepalanya.

" Ma-Mana mungkin Jian—Shen jatuh cinta dekat saya. Awak cuba bergurau ke ". Elrose memasangkan senyuman kekoknya lalu melontarkan mata ke arah depan. Yuan Jiu tergelak dengan tindak balas Elrose yang kaku. Sengaja dia mendekatkan kepala kepada Elrose dengan wajah mengejeknya. Pasti Elrose malu.

" Mungkin, kita yang tak sedar. Lagipun Jian Shen sebenarnya baik cuma dia membesar dengan cara yang agak salah. Kalau awak cuba tarik Jian Shen ke jalan yang benar kemungkinan besar semuanya akan menjadi normal. Jian Shen perlukan seseorang untuk berkongsi semua keluhan dan isi hati dia tapi dia belum jumpa orang yang tepat lagi ".

Entah kenapa Yuan Jiu mahu membuka cerita panjang lebar tentang Jian Shen kepada Elrose. Elrose hanya menadah telinga mendengar tanpa niat untuk mencelah. Jauh di sudut hatinya memikirkan perihal hidup Jian Shen. Siapa orang tepat yang boleh mengubah Jian Shen menjadi lebih baik? Adakah orang itu akan hadir selepas Elrose pergi dari dunia asing ni?

" Elrose, saya percaya awak orang yang tepat untuk ubah Jian Shen". Elrose tersentak kecil dengan badan yang berubah keras memandang Yuan Jiu yang turut menatapnya.

" Ke—napa saya? ". Ujar Elrose rendah dengan isi kepala yang mula blank. Yuan Jiu yang beriak serious saling berhadapan dengan Elrose dan mengangkat tangannya dengan jari menyangkutkan helaian rambut ke belakang telingan si gadis yang nampak terkejut.

" Sebab awak— ". Elrose meluaskan kelopak matanya menanti dengan bersungguh apa yang seterusnya Yuan Jiu mahu katakan. Lelaki itu semakin menghampirinya dengan jari yang mula menyentuh rambut di tepi pelipis kepala Elrose. Yuan Jiu dalam diam menahan tawanya melihat wajah menunggu Elrose.

" —Sebab awak cantik jadi sesuai dengan Jian Shen ". Elrose memukul bahu Yuan Jiu kerana geramnya. Punyalah dia tunggu ingat apa boleh pulak Yuan Jiu bermain main dengan dia. Yuan Jiu dengan nakalnya ketawa seraya menjauhkan badannya dari Elrose. Dia menggosok bahunya yang telah di pukul oleh Elrose.

" Awak main mainkan Yuan Jiu!". Elrose memarahi lelaki yang sedang sibuk ketawa entah apa yang lucunya entah. Elrose mengemam bibirnya dengan panahan mata tajam melirik Yuan Jiu yang berdiri dua langkah jauh. Yuan Jiu menyudahkan tawanya. Hanya sedikit yang masih tersisa. Dia kembali mendekati Elrose.

Tapi kini dengan muka berubah tegasnya dan bukan bermain main lagi. Dia menaikkan tangannya menyentuh puncak kepala Elrose. Elrose sedikit ketakutan dengan muka yang Yuan Jiu tunjukkan sekarang ini. Sekejapnya boleh berubah. Yuan Jiu merendahkan badannya agar dapat menatap Elrose dengan lebih jelas.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now