TPO 29

15.6K 1K 34
                                    

Here we go
















Sejak hal itu berlaku, Jian Shen sama sekali tidak melawat atau bertemu dengan Elrose. Elrose bukannya menunggu kedatangan raja muda itu tetapi ada sesuatu berganjal di dalam hatinya. Dia sendiri tak pasti apa benda yang sebenarnya.

Jika Jian Shen berselisih dengan dirinya. Jian Shen akan berjalan lurus tanpa memandang Elrose sedikit pun. Perkara itu agak membuat sakit pada hati Elrose timbul.

" Puteri Elrose, ini air yang Puteri Elrose mahukan tadi ". Kedatangan Mei Ying membawa segelas air menyedarkan Elrose daripada memikirkan tentang Jian Shen. Setelah tersedar kepalanya mengeleng laju dengan bibir yang bergumam sendiri memarahi dirinya kerana memikirkan raja muda itu.

" Terima kasih Mei Ying ". Ujar Elrose pada Mei Ying yang baru mengambil tempat duduk di sebelahnya. Mei Ying mengangguk sambil mengukirkan senyuman lalu memulakan kerjanya memilih bunga wangi untuk mandian Elrose.

Macam ada yang kurang. Elrose memalingkan kepalanya mencari apa yang di rasakan kurang. Sesaat, baru Elrose tersedar satu lagi dayangnya tiada di sini. Wei Shin. Ke mana Wei Shin pergi? Jadi dengan penuh pertanyaan dia menyentuh lengan Mei Ying yang bekerja.

" Mei Ying, Wei Shin tak datang sekali ke. Saya tak nampak dia pun dekat sini ". Elrose ikut mengambil bunga berwarna merah lalu membantu Mei Ying untuk memisahkan antara bunga dan daunnya. Mei Ying menoleh menatap Elrose dengan riak wajah agak blank.

" Saya tidak pasti ke mana Wei Shin pergi. Tadi dia berkata ingin mengambil sesuatu dan akan kembali semula ke sini  ". Jelas Mei Ying dengan jujur. Dia pun agak pelik ke mana kawannya tu pergi.

" Ohh— Mei Ying kamu ada rasa sesuatu tentang Wei Shin dengan Ying Zhiou tak? ". Elrose bukannya nak menyibuk tapi ada sesuatu menariknya ingin bertanya melihat dayangnya yang satu itu agak dekat dengan Ying Zhiou.

Tangan Mei Ying yang bergerak bekerja tadi terhenti. Dia melirik Elrose sekejap lalu merenung bekas bunga dengan lama. Sebenarnya dia pun rasa ada benda yang tidak kena dengan Wei Shin dan Ying Zhiou.

" Saya pun rasa mereka ada sesuatu tapi— bila saya tanya Wei Shin, dia kata— dia tidak ada hubungan dengan Ying Zhiou ". Mei Ying mengingat kembali sewaktu dia bertanya sebelum mereka berdua tidur di ruangan mereka. Jawapan Wei Shin seperti itu tapi terdetik keraguan ketika kawannya itu menjawab.

Elrose diam sambil memikirkan sesuatu. Kalau betul mereka berdua ada sesuatu kenapa nak sorok? Apa sebab Ying Zhiou merupakan panglima dan Wei Shin dayang tak di perbolehkan untuk bersama? Setahu Elrose tak ada halangan untuk sesiapa bercinta.

" Selamat petang Tuan Puteri Elrose. Maafkan saya kerana terlambat ". Wei Shin yang datang mengejutkan kedua perempuan yang sedang melakukan pekerjaan. Keduanya menatap Wei Shin yang duduk di depan Elrose.

" Se—Selamat petang Wei Shin. I—ni apa? ". Jari Elrose menunjuk ke arah bekalan yang berbungkus di atas meja yang baru di letak oleh Wei Shin. Wei Shin tersenyum lalu membuka bungkusan tersebut.

" Ini kuih ". Wei Shin membuka dengan penuh semangat menunjukkan terdapat pelbagai jenis kuih yang ada di dalam bekalan tersebut. Secara automatik Mei Ying dan Elrose berdecah kagum melihat kuih yang begitu menarik hati.

Bibir mereka berdua terbuka kecil sebelum senyuman gembira terbit. Laju tangan Mei Ying meninggalkan bunga dan mengambil salah satu kuih tersebut lalu di makan dengan senang hati.

" Wow, kamu buat sendiri ke Wei Shin. Banyaknya jadi inilah sebab kamu lambat ". Fikiran tentang Wei Shin yang mempunyai hubungan dengan Ying Zhiou teralih begitu sahaja akibat kewujudan kuih tersebut.

Anggukan daripada Wei Shin membuat senyuman Elrose semakin lebar sambil mengambil satu untuk di makan. Mereka berdua langsung melupakan apa yang baru di bincangkan tadi. Tapi— di pihak Wei Shin dia melirik ke tepi bersama senyuman di bibir sebelum kembali menatap Elrose dan Mei Ying.

Tapi tanpa Wei Shin sedar Elrose melihat dia melirik ke arah kanan. Jadi dengan lambatnya Elrose turut berpaling untuk melihat siapa yang Wei Shin berikan senyuman. Di sana Elrose melihat susuk tubuh yang awalnya berdiri namun kini bersembunyi di balik pokok.

Elrose bukan bodoh tak mengenali siapa gerangan tersebut. Melihat pedang yang terjulur menjelaskan siapa orang itu. Elrose merenung Wei Shin yang bersembang dengan Mei Ying. Hatinya menguatkan lagi apa yang ada difikirannya.

Baru tadi— Wei Shin tersenyum untuk Ying Zhiou?

Elrose tahu Ying Zhiou yang berdiri di balik pokok itu. Kenapa perlu sembunyi macam tu? Elrose tak faham.

Di atas sana, Jian Shen berdiri dengan pandangan malas sambil menatap ke bawah di mana beradanya Elrose dan kedua dayangnya yang sedang duduk sebelum beralih ke arah susuk tubuh Ying Zhiou yang berdiri di belakang pokok.

Jian Shen tersenyum sinis dengan kepala yang sengaja di sengetkan. Firasatnya memang benar. Nampaknya akan ada sesuatu yang menarik akan terjadi. Dia mengubah pandangan ke arah kedudukan Elrose semula atau lebih tepatnya ke arah Wei Shin.

Jian Shen melangkah pergi selepas melihat Ying Zhiou bergerak pergi ke arah bertentangan dengan kedudukan tiga gadis itu. Dan seperti jangkaannya dia bertembung dengan Ying Zhiou di bawah sana. Lekas lelaki yang merupakan panglima itu memberikan tunduk hormat.

" Selamat sejahtera Tuanku ".

Jian Shen tidak menjawab. Dia memilih menutup mulutnya tetapi bibirnya masih menyinis dengan hujung bibir ternaik sedikit ketika melihat Ying Zhiou. Ying Zhiou berdiri semula dengan tatapan yang curiga mengapa rajanya tersenyum begitu.

" Ying Zhiou, aku tahu kau faham. Jadi jaga dia baik baik jangan sampai antara kau atau dia buat salah sama sekali. Sebab kalau benda tu berlaku jangan salahkan aku kalau tangan aku sendiri membunuh ". Jian Shen yang awalnya memegang bahu Ying Zhiou berubah mencengkam kuat seakan memberi amaran.

Wajahnya biasa masih dengan senyuman sinis tetapi cengkamannya menjelaskan segalanya. Ying Zhiou cuma mampu terdiam sambil memandang wajah biasa rajanya atau lebih tepat sahabatnya. Jian Shen mengetahuinya.

Ying Zhiou faham makna di sebalik kata Jian Shen sebentar tadi.

Jian Shen melepaskan cengkaman lalu menepuk bahu Ying Zhiou sambil membetulkan kembali kedudukan bajunya yang sedikit berkedut. Ying Zhiou masih tidak beriak sehinggalah Jian Shen melangkah meninggalkan dirinya. Automatik dia memberikan tunduk hormat lagi.

Selama itu Ying Zhiou berfikir. Adakah tindakan dia ni salah sama sekali. Dia yakin antara mereka tidak ada yang akan membuat kesalahan. Ying Zhiou pasti selepas ini Jian Shen akan lebih mengawasi dirinya.

####

Naahh. Semalam satu chap, rini satu chap. Okay ke tak? 🌝 Ada apa apa nak kata untuk Ying Zhiou?

 Okay ke tak? 🌝 Ada apa apa nak kata untuk Ying Zhiou?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now