TPO 47

10.5K 817 128
                                    

" Masih bersedih lagi puteri Elrose".

Elrose yang sedang duduk merenung ke arah tasik tersentak halus dengan suara Yuan Jiu. Yuan Jiu berdiri di sebelah Elrose yang sedang duduk. Mei Ying pula setia berdiri menemani tuan Puterinya pergi ke mana sahaja. Sepatutnya Elrose tidak di bolehkan untuk duduk di atas tanah tapi disebabkan dia berkeras jugak terpaksa lah Mei Ying akur.

" Manusia yang sudah pergi biarkan pergi. Jangan di kenang lagi, takut rohnya tak akan tenang dekat sana, Puteri Elrose. Ikhlaskan pemergian dia pasti semuanya akan selesai ". Elrose mendongak ke atas menatap Yuan Jiu yang memberi kata kata. Elrose bukannya meratapi kematian Wei Shin tapi dia sentiasa mengingati wajah dayangnya itu.

Selain itu, ada satu perkara lagi yang menganggu fikirannya iaitu Jian Shen. Macam mana cara dia nak mengubah lelaki kejam itu menjadi lebih baik dan berhati perut. Apa yang perlu dia lakukan lagi untuk mengubahnya. Mei Ying melirik Yuan Jiu beberapa saat sambil mengukirkan senyuman tipis.

" Ini bukan masalah untuk mengubah seseorang menjadi lebih baik tapi soal hati. Semua orang tak akan tahu apa yang tersimpan rapi dalam hati dia, apa tujuan hidupnya dan siapa yang datang menyinari sedikit kehidupannya yang suram dan bencana apa yang akan berlaku nanti ".

Elrose bangun secara  mendadak berhadapan dengan Yuan Jiu yang berbicara seolah tuan muda itu memahami isi fikirannya. Ayat terakhir membuatkan Elrose ingin menjerit dan mengambil tahu apa maksudnya. Bencana. Bencana. Bencana. Bencana apa yang akan terjadi? Kenapa semua orang cakap benda yang sama.

" Bencana apa? Bencana apa yang bakal terjadi. Saya tak faham kenapa semua orang yang cakap akan ada bencana yang berlaku. Bencana apa dan apa sebabnya!". Entah kenapa Elrose menjadi emosi dan meninggikan suaranya tepat di muka Yuan Jiu. Mei Ying sudah membuka langkah berjaga jaga. Risau Elrose akan bertekak nanti.

" Puteri Elrose sudah membaca kitab yang Tuanku berikan? Sudah habis sampai ke muka surat terakhir ". Makin berkerut dahi Elrose dengan soalan Yuan Jiu. Apa kaitannya? Elrose dah lama tak membuka buku tebal itu. Ada separuh dari buku yang belum di baca. Bukunya terlampau tebal.

" Apa kaitan kitab tu dengan bencana yang saya tanya ". Elrose menyuarakan kekeliruannya sambil menatap jauh ke dalam mata Yuan Jiu. Tuan muda tersebut hanya memberikan senyuman sahaja. Dia pun sebenarnya tak faham cuma firasatnya mengatakan kitab tersebut ada kaitan dengan bencana yang orang hebohkan.

" Saya pun tak pasti Puteri Elrose. Mungkin di bahagian terakhir ada petunjuknya. Siapa tahu kan ". Yuan Jiu memainkan watak main mainnya semula selepas menjadi serious beberapa minit lalu. Keningnya terangkat beberapa kali bersama senyuman berguraunya. Elrose berdiam diri dengan fikirannya. Mustahil dalam tu ada petunjuk.

Ada sesuatu ke yang Yuan Jiu ketahui tapi tak bagitahu orang lain.

" Ah, saya terlupa sesuatu. Muka surat bahagian terakhir kosong dan tak wujud. Tiada sesiapa yang boleh baca atau tahu apa yang mungkin terjadi ". Sejurus itu, Yuan Jiu menghadiah sebuah kenyitan mata kepada kedua gadis tersebut sebelum berjalan pergi dengan santainya. Elrose berpandangan dengan Mei Ying yang kelihatan tersipu malu.

Elrose mengabaikan perkara tersebut. Ada sesuatu yang menjadi sebuah pertanyaan. Kenapa bahagian terakhir kitab itu kosong atau tak wujud. Dia tak perasan pula bila membuka kitab itu dulu. Macam mana orang lain tak boleh baca? Apa isi kitab tersebut. Apa kaitan bencana dengan Elrose.








" Mei Ying mana kamu dapat buah buahan ni. Siapa yang bagi tadi tak ada pun dekat sini ". Elrose yang sibuk mengemas benang di dalam bekas baru perasan dengan buah tersebut. Mei Ying sambil melipat baju mengangkat kepalanya merenung ke arah bakul buah buahan yang ada di atas kerusi sebelum menjawab.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now