TPO 67

8.4K 700 78
                                    


Pssstt pi vote chap 1 cepat !




———



Seminggu sudah berlalu. Elrose sembuh sepenuhnya. Kalau tempat lebam itu ditekan mungkin akan terasa sakit lagi. Kini Elrose berdiri di kawasan lapang menanti Jian Shen yang berjanji mahu mengajaknya melawat dewan lama istana yang tak jauh dari tempat kediaman mereka.

Puas menunggu kelibat Jian Shen tidak juga terlihat. Tadi kata sekejap je? Ni kenapa lama sangat. Elrose terduduk ke bawah melukis di tanah. Menconteng sebarangan rupa. Bunyi tapak kaki mendekat kedengaran. Lekas Elrose mengangkat wajahnya mendongak. Lah Ying Zhiou?

Kerana melihat Ying Zhiou berdiri di depannya. Elrose memilih untuk bangun menepuk kedua tangannya kerana memegang ranting kayu tadi. Dia mengintai melalui bahu Ying Zhiou mencari figura lelaki yang dia tunggu namun tetap tak ada. Ke mana Jian Shen pergi? Sekejap?

Apa Ying Zhiou buat dekat sini?

" Ying Zhiou awak buat apa dekat sini? Jian Shen cakap awak tak ikut sebab ada tugas yang kena selesaikan?". Elrose bertanya sesuai apa yang dia tahu daripada Jian Shen. Awalnya dia terkejut kenapa Ying Zhiou tak ikut. Tak akanlah Jian Shen pergi bersama dia sahaja tanpa ada Ying Zhiou?

Ying Zhiou memegang kepala pedang yang tersangkut pada pinggang sebelum menjawab Elrose.

" Aku kena selesaikan beberapa urusan. Lagipun Jian Shen tak benarkan aku ikut. Akan ada enam orang pengawal ikut sama mengawal selama perjalanan nanti.". Jelas Ying Zhiou supaya Elrose faham. Elrose menunduk sesaat sebelum memandang lurus bila satu kereta kuda tiba.

Enam orang pengawal berpakaian khasnya berdiri tegak. Elrose masih setia menanti kehadiran Jian Shen.

" S-Saya rasa lebih baik awak i-ikut sekali..". Sebenarnya Elrose berkeras mahu Ying Zhiou ikut menemani sekali. Dalam fikirannya kalau panglima tersebut ikut bersama pasti keselamatan Jian Shen lebih terjamin. Elrose yakin luka cedera Jian Shen belum penuh sepenuhnya walaupun raja itu sudah bebas melakukan segalanya.

" Jian Shen tak benarkan aku untuk ikut. Jangan risau selepas urusan aku selesai. Aku akan menyusul kau Elrose. ". Dalam diam Ying Zhiou menyimpan senyumannya. Kalau ada dia mungkin lagi banyak masalah yang datang. Jian Shen sendiri tak izinkan dia ikut. Jadi dia terpaksa menurut.

" Apa yang kau bualkan dengan Ying Zhiou, Elrose? ".

Akhirnya suara Jian Shen muncul dari balik belakang Ying Zhiou berdiri gagah di depan kedua nya. Elrose terus mengukirkan senyumannya. Lama dia tunggu tadi. Ingatkan ada sesuatu terjadi dekat Jian Shen.

" Mana ada apa apa ". Elrose mengelengkan kepala perbualan mereka tadi tak penting pun. Jian Shen menepuk bahu Ying Zhiou mengejutkan panglima itu sehingga menoleh ke arahnya. Wajah Jian Shen sewaktu itu datar tiada ramah sedikitpun. Entah kenapa air muka Jian Shen seakan menyimpan seribu rahsia.

Setelah itu, Jian Shen berjalan ke arah kereta kuda dengan kedua tangan di belakang badan. Sebelum pergi mengikut Jian Shen. Elrose menghadap Ying Zhiou bersama senyuman lebar pada bibir. Senyuman penuh ikhlas dan manis. Ini kali pertama Ying Zhiou melihat senyuman Elrose seperti itu.

" Ingat saya pun kawan awak juga Ying Zhiou. Kalau awak ada masalah jangan pendam. Awak boleh cerita dekat saya. Kalau awak sedih atau ada simpan perasaan marah. Tolong pejam mata awak, letak tangan dekat dada dan tenangkan diri awak. Kalau awak rasa nak menangis, awak lepaskan jangan tahan. Semuanya akan baik baik sahaja".

Ying Zhiou terkedu dengan kata Elrose. Ada sesuatu terasa pada dadanya menyengat halus dan rasa pedih. Kenapa Elrose tiba tiba cakap macam ni? Elrose bersama bibir mekar dengan senyuman mengundur selangkah menjauh.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now