TPO 63

7.5K 662 49
                                    

Akhirnya berkat bantuan ubat ubatan yang tabib Guhan sediakan untuk Jian Shen membuahkn hasil. Sekarang Jian Shen sudah boleh duduk bersandar tanpa bantuan lagi. Cuma lukanya belum sembuh sepenuhnya. Elrose pula sedang mengambil kain baru untuk menggantikan balutan luka di badan Jian Shen.

Semenjak kedua pembantu tabib Guhan tak ada dan pergi tanpa memberitahu. Elrose yang membantu Jian Shen. Ying Zhiou juga sempat menghantar tabib baru untuk memeriksa Jian Shen tapi setelah itu. Tiada lagi. Tabib baru itu hanya datang untuk memeriksa balutan luka dan pergi.

Elrose tak yakin dan dia berwaspada dengan tabib baru tersebut. Takut dalam diam tanpa sesiapa ketahui mempunyai niat jahat. Elrose datang mendekati Jian Shen. Menukar balutan yang baru. Dia terpaksa menahan perasaan malunya bila berhadapan dengan badan terdedah milik raja tersebut.

" Elrose.. Mustahil tabib Guhan boleh mati tanpa sebab. Aku nak pergi siasat sendiri apa yang jadi sebenarnya. ". Jian Shen berura ura bangun namun segera badannya di tahan oleh Elrose. Membuntang mata gadis tersebut. Jangan buat dia takut. Macam mana kalau luka Jian Shen yang baru membaik pulih terbuka semula.

" J-Jangan.. Ying Zhiou sedang siasat kenapa tabib Guhan boleh mati. Awak jangan bergerak luka awak belum sembuh lagi ". Pujuk Elrose. Dia menahan bahu Jian Shen. Dia nampak rahang Jian Shen mengetat erat. Sejak raja itu bangun dan membaik, Elrose terus memberitahu tentang kematian tabib Guhan.

Jian Shen mengamuk tapi keadaan badannya belum sihat sepenuhnya. Memaksa dia kembali tidur. Kini sudah seminggu. Dia akan semakin membaik beberapa hari kedepan. Kepalanya terdongak ke atas. Kenapa dia boleh kena panah dan paling membuatnya kesal bila Ying Zhiou masih belum dapat menangkap pelaku tersebut.

Kematian tabib Guhan. Perkara ini sangat mendadak. Semuanya berlaku dalam sekejap. Dia baru sakit selama seminggu. Macam mana kalau dia terus tak sedarkan diri berbulan bulan? Apa yang akan terjadi.

Bencana.

Serta merta pandangannya jatuh pada Elrose yang menatapnya sayu. Bencana apa yang mereka maksudkan. Kenapa satu satu perkara terjadi. Berapa banyak kematian dah berlaku sepanjang kedatangan Elrose. Siapa kau sebenarnya Elrose. Kau ada kaitan dengan semua ini atau tidak.

" Awak nak minum? ". Tawar Elrose bila melihat Jian Shen termenung sahaja. Sesekali halkumnya bergerak. Elrose fikir mungkin Jian Shen perlukan air. Dan fikirannya betul. Jian Shen mengangguk. Elrose terus mengambil dan memberi kepadanya. Dia minum sambil tidak lepas menatap Elrose.

" Elrose. ".

Tangan Jian Shen mengapai Elrose yang bangun mahu meletakkan mangkuk ke atas meja. Langkah Elrose terus berhenti. Dia memberikan tatapan seolah bertanya kenapa. Jian Shen tarik Elrose agar terduduk kembali. Kini mata mereka bertentang.

" Beritahu dan jelaskan pada aku dari mana asal usul kau dan siapa kau sebenarnya Elrose.". Mereka terus bertatapan antara satu sama lain. Kenapa Jian Shen tanya macam ni. Cengkaman Jian Shen menjadi lebih kuat.

" Ka-Kalau saya ceritakan semuanya.. Awak tak akan percaya Jian Shen. Awak akan anggap saya penipu, pembohong dan pereka cerita... ". Elrose sendiri tak percaya dengan apa yang dia hadapi. Inikan pula Jian Shen mahu mendengar ceritanya. Jian Shen melepaskan cengkaman. Dia sentuh perutnya sendiri tepat di bahagian yang terluka.

" Ceritakan semuanya dan buat aku percayakan kau Elrose. ". Tekan Jian Shen lagi. Keningnya bertekuk tajam. Memberi isyarat untuk Elrose menceritakan semuanya biar dia faham dan kaitkan apa yang jadi. Elrose tak nak. Dia tak rasa dia mampu bagitahu Jian Shen semuanya. Dia tak sanggup nak dengar Jian Shen cakap dia penipu.

Elrose menarik nafasnya. Mengumpul kekuatan sebelum membuka cerita. Semua dari awal dan sehingga dia termasuk dalam dunia Jian Shen. Macam mana dia hidup dalam dunianya, tidur dan terbangun dalam dunia asing ini. Elrose menceritakan semuanya. Tapi ada sesuatu yang Elrose tak sampaikan pada Jian Shen.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now