TPO 69

9.6K 755 176
                                    

For you 🎶
Chen, Baekhyun, Xiumin.





———





" Tak! Aku tak akan biarkan kau bersama dengan perempuan ni! Kalau aku tak dapat kau! Orang lain pun tak akan dapat kau Jian Shen!! Lebih baik aku bunuh kau dengan tangan aku sendiri!! Dan untuk kau perempuan! Kau patut mati!! Kau berani ambil Jian Shen daripada aku!! ".

Li Xin Ai menjerit kuat dengan nafas yang  memburu keluar dek kerana tidak dapat menerima bahawa Jian Shen akan bersama dengan Elrose pada akhirnya. Matanya membulat dengan warna merah bersama urat leher yang timbul akibat terlalu marah dan kecewa kerana lelaki yang dia mahukan tidak akan dapat dia miliki.

Jian Shen menyembunyikan tubuh kecil Elrose pada belakang tubuh besarnya. Berwaspada terhadap Xin Ai yang bagaikan orang gila mungkin bertindak jahat kepada Elrose. Elrose menggigil menahan perasaan takut. Kedua tangannya mencengkam kuat pakaian putih milik Jian Shen. Lelaki yang dia cinta sanggup melindungi dirinya.

Walaupun diri Jian Shen sendiri dalam keadaan yang tak baik. Air mata Elrose mengalir kerana takut dan kemungkinan besar perkara buruk akan berlaku dengan melihat keadaan Li Xin Ai yang tidak terurus. Juga rambutnya yang mengerembang besar seakan orang gila terlepas. Elrose mengusap air mata yang mengalir jatuh.

Dia tidak patut mengeluarkan tangisan dalam situasi sebegini. Ini akan memburukkan keadaan Jian Shen jika terlalu merisaukan dirinya. Xin Ai terlalu di pengaruhi emosi marah yang tinggi mendengus kuat lalu melangkah menghampiri Jian Shen dan Elrose dengan langkah perlahan namun senyuman mengerikan terlukis pada wajahnya.

" Jangan bertindak gila Xin Ai!! Kau patut terima kenyataan yang aku tak akan pernah terima kau dalam hidup aku!! Kau patut faham! Bukannya jadi gila macam ni!". Jian Shen membalas dengan pekikan kuat sebelum dirinya terbatuk perlahan. Racun yang tersarang di dalam tubuhnya tidak sembuh sempurna.

Masih tersisa banyak lagi dari kata sembuh. Tetapi dalam fikirannya ketika ini hanyalah ingin melindungi gadisnya daripada menjadi mangsa kegilaan Xin Ai. Langkah Xin Ai yang tadinya maju kini terhenti mendadak dengan senyuman menyeringai besar yang menakutkan Elrose ketika gadis itu cuba mengintai melalui bahu besar Jian Shen.

" Aku gila? Aku gila! Aku tak gila Jian Shen!! Aku tak gila!! Kau yang gila!! Kau gila sebab pilih perempuan yang entah dari mana asal usulnya dan bukannya aku!! Sepatutnya aku yang berada di sisi kau Jian Shen! Bukan perempuan tu!!".

Li Xin Ai menengking kuat sebelum nadanya berubah sayu pada hujung ayat. Bebola matanya berubah menjadi sayu sambil menatap ke arah bawah di mana kakinya berdiri di atas lantai dewan mewah istana. Dia menepuk dadanya yang sakit kerana raja muda itu masih tidak memilih dirinya.

Air mata mengalir jatuh sehingga menitik ke lantai menghasilkan titisan air yang mengelembung di lantai. Bibirnya terketap kuat menahan sedih yang terkandung dalam hatinya. Pedih! Perih! Sakit! Kecewa! Marah! Semuanya bercampur aduk menjadi satu yang menyemarak api dendam dalam dirinya.

" Tolong terima hakikat Xin Ai. Walau Elrose tak wujud sekalipun aku tetap tak akan pilih kau untuk bersama dengan aku. Sebab, kau tak pernah ada dalam hati aku sedikit pun.". Jian Shen menjawab seadanya tanpa meninggikan suara. Dia takut kalau suara dia semakin tinggi akan membuat akal gila Xin Ai semakin menjadi jadi.

Beberapa kali dia terbatuk kerana racun tersebut terasa semakin menusuk dalam diam. Elrose mengusap bahu dan belakang tubuh Jian Shen yang batuk kerana sakit. Jian Shen hanya mampu tersenyum tipis ketika dirinya berpaling untuk melihat wajah gadisnya yang dia cintai. Sekali lagi batuknya keluar dan kali ini Jian Shen menahan dengan tangan yang terkepal membentuk penumbuk.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now