TPO 43

11.2K 1K 102
                                    

Elrose merenung luka di tangannya yang semakin sembuh. Ubat yang Jian Shen berikan sungguh berkesan dengan sempurna. Dengar cerita ubat tersebut dapat menghilangkan luka tanpa meninggalkan parut. Bila di ingat. Hari ini hari keempat Li Xin Ai pergi menjalankan hukuman sesuai perintah Jian Shen.

" Elrose kalau satu hari nanti Wei Shin mati apa yang Elrose akan lakukan? ". Ujar Wei Shin ketika berdua dengan Elrose selepas Mei Ying pergi ke bilik air. Elrose yang sedang duduk mengambil angin di waktu petang sambil menatap lukanya lantas menolehkan kepala memandang Wei Shin.

" Ke—napa Wei Shin cakap  macam ni. Wei Shin ada masalah ke?  ". Elrose tak faham kenapa Wei Shin perlu cakap soal mati. Ada apa? Ada sesuatu yang menganggu fikiran Wei Shin ke atau ada sesuatu yang dayangnya sembunyikan. Elrose perasan sejak dua atau tiga minggu ni Wei Shin nampak lain.

" Wei Shin hanya bertanya ". Wei Shin tersenyum tipis sambil bermain dengan pakaiannya sendiri. Elrose mengambil tangan Wei Shin lalu di pegang lembut. Ketika berada di luar para dayang tak di benarkan duduk semeja dengan tuan Puteri.

Mereka hanya boleh berdiri tapi kalau di dalam bilik, Elrose akan menyuruh Wei Shin dan Mei Ying untuk duduk. Sampai bila nak berdiri. Dayang pun manusia tahu penat juga. Elrose pegang lama tangan Wei Shin. Hatinya berasa sesuatu tak enak. Seakan akan perkara buruk akan terjadi.

" Kalau Wei Shin ada masalah. Wei Shin boleh kongsi dengan saya. Jangan diam je, kita kan kawan ". Elrose mahu menenangkan hati Wei Shin. Wei Shin melirik Elrose sekilas sebelum menunduk ke bawah bersama sebutir air mata jatuh.

" Wei—Wei Shin kenapa menangis ni ". Bingkas Elrose bangun dari duduknya selepas melihat air mata Wei Shin. Hal ini sedikit sebanyak menakutkan Elrose. Selama Wei Shin bersama dengan dirinya. Elrose tak pernah nampak Wei Shin menangis walau sekalipun. Gadis itu kuat, pemberani dan baik.

Tapi kenapa Wei Shin tiba-tiba mengujarkan kata tersebut sambil menangis. Elrose memegang tangan Wei Shin tanpa lepas. Dia sudah menganggap kedua dayangnya sebagai kawan. Jadi kalau ada masalah sepatutnya mereka boleh kongsi bersama tapi Wei Shin mengelengkan kepala lalu mendongak ke atas.

" Elrose tahukan Wei Shin dah anggap Elrose macam adik Wei Shin sendiri ". Laju Elrose mengangguk. Umur Wei Shin dan Mei Ying sebaya tetapi berbeza lima tahun tua daripada Elrose. Elrose tak faham kenapa Wei Shin tiba-tiba cakap macam ni.

" Ingat dan jangan lupa ayat ni.  Wei Shin sayangkan Elrose ". Sambung Wei Shin lagi. Elrose mengemam bibirnya. Air matanya mula bertakung di tubir mata. Apa maksud semua ini. Wei Shin berkata seakan ada perkara buruk bakal terjadi.

" Sa—ya pun sayangkan Wei Shin tapi kena—pa Wei Shin cakap macam ni.. Janganlah cakap macam ni ". Wajah Elrose mula berubah merah dengan bibir sedikit mencebik. Niat dia nak ambil angin bukannya menangis tapi kenapa pertanyaan Wei Shin membuat dirinya menjadi sedih.




















######























Elrose menyusun bunga dengan senyuman di bibir. Hatinya gembira apabila melihat bunga tersebut hidup mekar. Mei Ying turut berada di kawasan taman luar bilik Elrose. Mereka berdua sedang menanam dan mengemas pasu bunga biar teratur cantik.

" Mei Ying bunga yang saya tanam ni cantik kan ". Ujar Elrose dengan perasaan gembiranya. Mei Ying mengiyakan laju bersama tangan menunjukkan thumbs up. Elrose yang ajar semua itu. Terlepas ketawa kecil Elrose. Mereka berdua sedang melutut di tanah.

Elrose bangun dengan niat mahu melihat bunga daripada atas tapi niatnya tertahan apabila kepalanya mendadak pening. Elrose terus menyentuh pelipis kepalanya menahan pening. Mei Ying segera membantu Elrose yang hampir tumbang.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now