TPO 11

22.7K 1.2K 85
                                    

Serta merta pegangan terhadap lengan Elrose terlepas sebaik melihat kehadiran raja muda bernama Zhu Jian Shen bersama orang kanannya dan beberapa pengawal berserta dayang. Elrose mengusap perlahan lengannnya yang sakit akibat cengkaman tadi yang agak kuat.

Li Xin Ai sudah gelabah, suara yang begitu lantang tadi kini hilang tanpa sebarang bunyi yang keluar dari siapa pun di situ. Kedua dayang yang menyentuh kasar Elrose berlari menuju ke belakang tuan puteri mereka bersama kepala yang menunduk takut.

Jian Shen melangkah perlahan menuju ke arah keberadaan dua gadis berbaju bangsawan tersebut. Seketika, senyuman Li Xin Ai terbit dia mengira raja muda itu akan datang dan berdiri bersebelahan dengan dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Senyuman yang mekar tadi dengan mendadak hilang. Jian Shen hanya melalui dirinya yang berdiri tegak dan bergerak ke arah Elrose. Rambutnya yang panjang tergurai kerana tiupan angin pada petang yang damai di abaikan. Jian Shen melirik ke arah gadis di sebelahnya yang menunduk sambil mengusap lengan.

Tanpa berfikir dua kali, Jian Shen langsung melingkarkan tangannya memeluk sekali gus membawa Elrose ke dalam dakapannya. Li Xin Ai membulatkan matanya, semakin tidak percaya dengan yang dia lihat sekarang ini.

Zhu Jian Shen yang dingin, kejam terhadap setiap orang kini memeluk seorang gadis di hadapan khalayak ramai walaupun hanya orang-orang istana sahaja. Elrose cuba mendorong tubuh Jian Shen namun raja muda tersebut terlampau kuat memeluk dirinya.

" Y-Yang Mu-lia— ". Lidah Li Xin Ai tiba-tiba menjadi kelu ingin bertanya sesuatu kepada Jian Shen apabila melihat tatapan tajam Jian Shen yang bermaksud tidak mahu mendengar sebarang kata dari dirinya.

Pandangan yang tajam terpancar dari Jian Shen membuat semua manusia di situ tidak berkutik sama sekali. Li Xin Ai juga berdiri dengan bibir yang terketap kuat menahan sakit hati apabila melihat bagaimana orang yang dia mahukan memeluk gadis bernama Elrose itu dengan erat.

" Apa yang kamu semua buat dekat sini tadi? ". Pertanyaan Jian Shen dengan nada yang rendah namun kedengaran tegas itu tidak berani di jawab oleh seorang orang pun. Mereka semua lebi memilih untuk menunduk ke bawah daripada melihat wajah menyeramkan milik Jian Shen. Elrose hanya diam tanpa bergerak ingin melawan.

Elrose risau jika dia menolak pelukan Jian Shen. Raja kejam itu akan bertindak kasar kr atas dirinya. Jadi lebih baik dia tidak melakukan sesuatu yang mungkin menaikkan amarah Jian Shen. Keadaan masih hening tanpa jawapan, hanya bunyi angin kedengaran menyambut soalannya seketika tadi.

Jian Shen beriak malas dengan menatap setiap wajah di situ. Seketika, matanya melirik ke arah Elrose yang turut menunduk tanpa bergerak. Sekilas tangannya terangkat meraup wajah gadis muda di sebelahnya supaya menatap wajahnya. Elrose sudah gelabah takut dengan reaksi pantas Jian Shen terhadap dirinya.

" Bukan ke aku bertanya sebentar tadi? Kenapa tiada satu pun yang menjawab? Adakah mulut kalian semua di gunakan untuk menjilat kotoran berbanding menjawab pertanyaan aku? Hm.. Elrose ". Semua faham kata Jian Shen di maksudkan untuk semua yang ada di situ namun pandangan hanya terhala pada Elrose sahaja.

Perkara itu makin membangkitkan rasa marah dan benci Li Xin Ai terhadap Elrose. Macam mana perempuan yang dia langsung tak pernah lihat boleh berdiri begitu hampir dengan buah hatinya. Padahal dia tidak pernah atau tidak di perbolehkan untuk berdiri sangat dekat dengan Jian Shen. Semua ini mempermainkan dirinya.

Li Xin Ai— Dirinya sudah lama bersama raja muda itu walaupun dia sendiri tahu ramai wanita atau gundik yang bersama dengan Jian Shen akan hilang tanpa jejak. Tetapi dirinya masih boleh menghirup udara segar sehingga kini. Bukan ke itu bermaksud yang Jian Shen menyimpan perasaan kepada dirinya. Tapi kenapa sekarang lain?

Siapa perempuan bernama Elrose yang berani duduk dekat dengan Jian Shen?! Siapa!? Akibat dari rasa marah itu, tangannya terkepal erat di sisi badan dengan mata menatap tajam terhadap dua figura yang masih berdiri di posisi yang sama.

" Yang Mulia— Saya hanya ingin berkenalan dengan gadis itu. Kami ingin berkawan betul tidak El-Elrose ". Kalau ikutkan hati jangan harap Li Xin Ai ingin menyebut nama perempuan yang dirasakan sebagai jalang Jian Shen. Tapi di depan Jian Shen dia perlu berperilaku baik bukan.

Elrose melirik ke arah Li Xin Ai yang baru menyebutkan namanya. Dia dapat melihat riak wajah anak menteri Li yang berkerut dengan maksud supaya dirinya mengiyakan apa yang dikatakan sebentar tadi kepada Jian Shen.

Jian Shen memicingkan matanya sambil menatap ke arah wajah Elrose mencari kebenaran. Beberapa saat baru lah Elrose mengangguk kan kepalanya mengiyakan kata Li Xin Ai. Serentak itu kerutan pada wajah Xin Ai berubah kepada senyuman lebar.

" Aku tak dengar jawapan dari mulut kau Elrose... ". Suara kasar bersama cengkaman pada pipi Elrose yang semakin menguat menjelaskan bahawa raja muda itu tidak mahu hanya anggukan melainkan suara gadis tersebut.

" Be—Betul Yang Mulia.. ". Walau agak sukar ingin mengeluarkan suara akibat daripada cengkaman Jian Shen namun Elrose tetap menekan dirinya agar menjawab menggunakan mulut. Mendengar suara yang Jian Shen mahukan membuat senyuman tipisnya muncul lalu melepaskan cengkaman pada Elrose.

Li Xin Ai bereaksi terkejut besar. Jian Shen ter—senyum? Jian Shen tersenyum untuk Elrose? Apa yang dah jadi ni! Pasti ada sesuatu yang tidak benar.

" Ah itulah yang aku nak dengar ".

Selepas cengkaman tadi terlepas kini tindakan Jian Shen semakin tidak dapat di baca oleh sesiapa pun. Dia menarik kuat pergelangan tangan Elrose supaya berjalan mengikuti dirinya tanpa sebarang arahan. Li Xin Ai yang melihat adegan itu segera melangkah satu langkah ke depan.

" Ke mana Yang Mulia ingin pergi. Boleh saya ikut ". Li Xin Ai boleh di katakan sebagai perempuan tidak malu. Berani mengujarkan permintaan sebegitu.

" Bukan urusan kau ". Jian Shen hanya terhenti sesaat sebelum menarik Elrose kembali. Li Xin Ai tidak di pandang sedikit pun. Para pengawal dan dayang kembali mengikuti Jian Shen daripada belakang.

Selepas semuanya pergi, baru lah kedua dayang Li Xin Ai berani membuka mulut.

" Tuan puteri! Siapa gadis yang bersama Yang Mulia? Kenapa Yang Mulia terlihat begitu prihatin terhadap gadis tadi? ". Kedua dayang itu mula bertanya pelbagai soalan yang terus mendapat lirikan maut daripada Li Xin Ai. Serta merta mereka berdua menunduk takut.

" Diam! Aku tak nak dengar suara kau orang berdua! Yang aku nak sekarang ni. Cari tahu siapa jalang tu dan apa hubungan dia dengan Jian Shen!!  ". Pandangan penuh kemarahan terpancar pada wajah Li Xin Ai. Nampak sangat dia tidak berpuas hati terhadap Elrose.

Kedua dayangnya berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk laju.

" Dasar perempuan jalang! Berani kau dekat dengan kekasih aku!! Memang cari nahas! ". Li Xin Ai bergumam penuh dendam. Dia berjanji akan menghapus Elrose yang berani mengambil perhatian Jian Shen sehingga dirinya di abaikan.

#####
Author pening senarnye ni. Entah tak tau ler ke mana hala story ni 🤔😂

Votemen gaess 💜 double update mlm nanti 👌

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now