TPO 50

10.6K 825 48
                                    

Elrose mencuri lihat Jian Shen menggunakan hujung sudut matanya secara senyap. Memandangkan Jian Shen berada di sebelahnya sedang membaca sesuatu dengan tenang seakan tak menganggu dengan kehadiran Elrose yang duduk bersebelahan dengan raja itu. Mungkin sebab Jian Shen yang mengarahkan dia untuk duduk membaca kitab bersama-sama.

Nak atau tak, Elrose terpaksa membaca kitab yang pernah Jian Shen berikan dulu sehingga habis. Tinggal suku buku lagi dan dalam seminggu atau beberapa hari lagi baru dapat Elrose habiskan dengan jayanya. Seketika dia berasa terlampau bosan membaca cerita tentang garis keturunan dan keluarga Jian Shen tercatat di dalam situ.

Dari raja pertama sehingga ayahanda kepada Jian Shen tertulis, memberitahu kisah perjalanan dan hidup mereka semasa masih hidup dan menjalankan tugasnya dulu. Tapi ada satu yang menganggu Elrose, kenapa dia tak boleh melihat wajah permaisuri pertama yang terlukis pada buku tersebut.

Gambar yang terlukis dalam keadaan duduk di atas kerusi itu seakan kabur dari bahagian kepala sehingga perut manakala bahagian bawah elok terlihat. Elrose abaikan sahaja tak penting pun kan tapi terdetik rasa ingin tahu bagaimana wajah permaisuri pertama iaitu moyang kepada Jian Shen. Mesti cantik dan lawa. Raja pertama pun nampak segak.

Jian Shen mengalihkan matanya yang tadi sibuk membaca ke arah gadis di sebelahnya. Merenung dari sisi tepi wajah yang terpapar cantik. Tanpa sedar badan tegapnya bersandar pada kerusi sambil memerhatikan Elrose yang duduk diam. Bibirnya mengukirkan senyuman tipis semasa khusyuk merenung si gadis.

Merasakan ada mata seakan memerhati, Elrose menolehkan kepalanya dan serentak itu dia terdiam malu kerana matanya bertembung dengan Jian Shen yang tenang menatapnya sejak tadi. Patutlah rasa macam ada orang tengok je tadi. Jian Shen pula menahan senyuman yang ingin keluar apabila menangkap pipi Elrose berubah warna kerana perasaan segan.

" Ke—Kenapa tengok saya macamtu?". Ujar Elrose selepas tidak dapat menahan rasa malunya di tatap lama seperti itu. Jian Shen merapatkan jarak antara mereka sementara Elrose yang tak sempat bergerak hanya terduduk tegak bersama matanya yang takut takut memandang lelaki tersebut.

" Jangan larikan diri lagi boleh Elrose". Elrose makin kejung apabila tangan besar Jian Shen naik menyentuh puncak kepalanya dengan lembut. Makin membuat Elrose terkejut kerana ayat Jian Shen terdengar seakan memohon bukannya memerintah atau mengarah. Pandangan mata Jian Shen kelihatan seakan redup.

" Ke--Kenapa... ".

" Aku tak nak gadis aku terluka lagi. Dekat kawasan sini banyak penjahat yang tak pernah kau bayangkan, wujud. Lagi satu, aku nak kenal siapa diri kau yang sebenarnya Elrose. Jadi tolong jangan larikan diri lagi ". Elrose mengatup bibirnya rapat dengan anak mata merenung seluruh wajah Jian Shen. Betul ke apa yang telinga dia dengar sekarang ni. Jian Shen...

Jian Shen menayangkan senyuman tipis sebelum bersandar kembali membaca helaian yang selanjutnya. Elrose masih terdiam dengan sendirinya memikirkan apa yang baru sahaja dia dengar. Sama ada benar ataupun salah. Atau Jian Shen ada niat di sebalik kata yang raja itu ungkapkan.

Di luar sana, ada sesusuk tubuh berdiri sambil menahan kemarahan dan perasaan geramnya seraya mengepal tangan dengan kuat.


Mei Ying mengangkat bakul berisi pakaian yang tersusun menuju ke arah biliknya. Sampai sekarang dia tinggal berseorangan di dalam bilik yang dahulunya di temani oleh Wei Shin. Sejak sahabatnya itu mati tiada siapa yang menemani dia lagi. Sudahlah tempat tidurnya di bangunan yang terpisah dengan dayang lain. Bangunan tempatnya berada di sebelah tempat penyimpanan kayu api.

Dulu sebelum menjadi dayang milik Elrose, Mei Ying dan Wei Shin hanyalah dayang yang ditugaskan untuk melakukan kerja mengenai penjagaan kayu api tapi setelah Elrose datang mereka terus di jadikan dayang untuk menjaga gadis tersebut memandangkan dayang yang lain mempunyai kerja sendiri dan mereka berdua yang di arah oleh ketua dayang.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now