TPO 2

30.1K 1.4K 97
                                    

" Lain kali buat lah kerja tu elok elok sikit! Kau fikir kau siapa huh! Dasar mayat hidup! Menyusahkan orang je! Blah lah! ". Suara seorang perempuan yang merupakan rakan sekerja Elrose kedengaran memekik kuat memarahi Elrose.

Elrose menunduk menahan air mata yang ingin menitis. Tadi Elrose tidak sengaja menyenggol Lisa teman sekerja yang dari dulu tidak menyukai Elrose. Akibat dari senggolan itu barang barang yang ingin di susun berhamburan jatuh.

Lisa yang bengang terus memaki dan menengking Elrose kuat tidak menghiraukan pelanggan yang datang. Elrose hanya mampu menahan rasa malu dan sedih kerana di tengking. Elrose tak sengaja. Sudah berapa kali Elrose mengatakan maaf kerana dirinya tak sengaja membuat barang barang itu jatuh.

Tapi Lisa yang memang di kenali tidak menyukai Elrose terus memarahi Elrose. Elrose mengutip barang barang tersebut lalu di masuk kan ke kotak sambil menahan telinga dengan cacian pedas Lisa.

" Maaf Lisa... Ro--Rose tadi tak sengaja nak tolak Lisa. Maaf ". Ujar Elrose lagi. Air mata sudah mengalir membasahi pipi putih Elrose. Elrose tidak dapat menanggung rasa pedih dan malu itu. Pelanggan yang datang hanya memerhati mereka berdua.

Lisa menjeling geram. Lisa bencikan Elrose. Nak tunjuk baik depan orang pula! Gumam hati Lisa.

" Tak payah nak acah acah baik lah woi! Menyampah aku! Lagi baik kalau kau hilang dari depan aku dari bumi ni senang! Biar orang lain tak hidup susah sebab kau! ". Lisa merampas kotak yang berisi barang barang yang terhambur keluar tadi dengan kasar dari tangan Elrose.

Elrose mengenggam kedua tepi bajunya erat. Sampai hati Lisa berkata begitu. Sebegitu benci nya Lisa pada Elrose sehingga mahu Elrose hilang dari muka bumi ini. Lisa melangkah pergi sambil itu sempat bahu Elrose di langgar kasar.

" Maafkan Rose... ". Lirih hati Elrose sendiri. Elrose mengelap air mata yang keluar. Elrose kena kuat! Bukan sekali ini Lisa membentaknya malah sudah beberapa kali. Namun kali ini kata Lisa tertusuk jauh ke dalam hati Elrose.

Betul ke hidup Elrose menyusahkan orang. Elrose mengangkat kepala melihat pelanggan yang masih berdiri memerhati dirinya. Ada pelanggan yang beriak biasa, ada yang jatuh kasihan dengan Elrose dan ada yang kembali memilih barang kehendak mereka. Elrose menghadiahkan senyuman manis.

Elrose mengerling jam sudah tamat waktu nya bekerja. Elrose menganti pakaian kepada pakaian biasa miliknya. Elrose sempat meminta izin kepada pemilik kedai. Pemilik kedai itu  menepuk bahu Elrose memberi semangat. Pemilik kedai itu sendiri tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Jadi lebih baik Elrose pulang terlebih dahulu. Hari ini Elrose bekerja separuh masa sahaja. Jadi jam empat petang Elrose boleh pulang ke rumahnya. Elrose berjalan sambil memikirkan kata Lisa tadi. Sesekali terdengar gadis muda itu menghela nafas panjang.

Penat jika terus begini. Kenapa orang benci Elrose. Elrose pernah buat mereka kecil hati atau apa. Elrose tidak pasti. Sepanjang perjalanan di temani angin yang begitu sejuk. Elrose mengusap lengannya. Sejuk mencengkam sehingga ke tulang. Angin petang ini terasa sejuk lain macam.

Elrose seperti biasa berhenti di tepi jalan untuk menunggu lampu isyarat pejalan kaki menyala hijau. Namun terasa begitu lama kereta lalu lalang tidak berhenti. Sesekali Elrose mendongak menatap ke lampu isyarat itu. Lampu isyarat tu rosak ke?

Sepatutnya pejalan kaki dah boleh melintas tapi ini tidak. Elrose juga tidak melihat sesiapa menunggu untuk melintas jalan. Pelik. Hati Elrose mula berdegup tidak benar. Sesaat Elrose hampir menjerit apabila ada sebuah tangan menyentuh bahunya dari belakang.

" Maaf cucu.. Nenek terkejut kan kamu ya ". Elrose membuka mata yang terpejam erat kerana takut tadi dengan perlahan. Elrose menarik nafas lega melihat seorang nenek tua yang menyentuh bahu dia seketika tadi. Elrose fikirkan hantu atau orang jahat tadi.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now