TPO 12

24.2K 1.2K 43
                                    

Tubuh Elrose terduduk di atas katil mewah milik Jian Shen selepas dirinya di tarik seketika tadi. Dia mengusap sekitar pergelangan tangan nya yang terasa perih kerana pegangan kuat Jian Shen terhadap dirinya. Jian Shen menghela nafas berat sambil berdiri di hadapan Elrose.  Yang Zhiou menutup rapat pintu selepas mendapat isyarat dari Jian Shen.

Suasana hening di dalam bilik dengan hanya ada mereka berdua sahaja membuat perasaan takut mula menjalar naik pada diri Elrose. Dia mengundur menjauhi Jian Shen apabila raja muda itu mula mengerakkan kaki melangkah ke arah dirinya.

" Aku merindui kau El—rose ". Sejurus itu tubuh besar Jian Shen menerkam tubuh munggil Elrose sehingga si gadis terlentang ke belakang dengan raja muda berada di atas tubuhnya. Elrose mengerjap sebentar untuk memproses kejadian yang baru berlaku ini.

Sebaik fikirannya mula bertindak benar barulah kedua tapak tangannya menolak dada Jian Shen agar menjauh dari atas badannya. Bahaya! Situasi ini sungguh berbahaya untuk Elrose. Macam mana kalau Jian Shen bertindak gila seketika nanti jika dia tidak menolak sekarang.

" Kau tak merindui aku? ". Jian Shen hanya menyunggingkan senyuman sinis bersama jari jemari kasarnya mengelus rambut dan kawasan leher Elrose yang terdedah. Dia menghiraukan tolakan lemah sang gadis terhadap dirinya.

Macam mana gadis yang kecil di bawahnya ini mampu menolak tubuhnya yang dua atau tiga kali lebih besar berbanding tubuh Elrose sendiri? Sesaat Jian Shen ketawa perlahan memikirkan hal itu.

" Hmm— Buka mulut kau Elrose. Aku nak dengar suara halus kau yang boleh tingkatkan rasa hangat aku Elrose.. ". Suara dengan nada berbisik tersebut bukan melegakan Elrose tetapi semakin menakutkan Elrose yang sudah berpeluh peluh di bawah sana.

Apa yang Elrose nak jawab dari pertanyaan Jian Shen yang tidak berhubung sama sekali. Mereka bukam sepasang kekasih yang saling mencintai. Jadi tak akan lah Elrose ingin menjawab dia merindui Jian Shen. Tidak masuk akal bukan?

Lagi pun Elrose risau kalau dia menjawab sebarang kata akan membuat Jian Shen pergi ke arah lain yang boleh merosakkan dirinya.

" Ah! Payah! ". Jian Shen mendengus marah dengan tubuhnya bangkit daripada mengurung Elrose. Reaksi yang dia dapat tidak seperti yang dia harapkan. Elrose bagaikan sebuah patung yang tidak bernyawa. Setiap katanya pasti tidak akan di jawab.

Elrose menarik nafas lega sebaik tubuhnya tidak dalam kukungan raja kuda itu lagi. Dengan segera dia membawa tubuhnya jauh daripada jangkauan Jian Shen. Jian Shen duduk tegak dengan mata yang terpejam rapat. Dia cuba menenagkan hasratnya yang naik secara tiba-tiba. Berada dekat dengan gadis itu membuat nafsunya sentiasa naik.

Apa yang ada pada Elrose sehingga membuat dirinya hampir bertindak di luar kawal. Kalau tengok dari luar Elrose seperti gadis di kerajaannya namun boleh di katakan gadis itu lebih menawan berbanding gadis yang dia pernah lihat. Sejujurnya Jian Shen suka dengan riak wajah takut Elrose jika dia bertindak gila.

Jian Shen suka melihat penolakan Elrose yang merupakan satu satunya gadis yang berani menolak dirinya. Jika dulu berapa ramai gadis atau wanita sanggup datang melutut di kakinya agar diri mereka di tiduri oleh raja muda itu. Namun selepas beberapa tahun ke belakangan ini jarang gadis yang menawar diri mereka untuk menjadi gundiknya.

Ada juga gadis yang akan menyorok jika melihat dirinya. Mungkin kerana sikapnya yang ganas dan tidak bertoleransi semasa berhubungan. Jadi semua gadis yang mendengar cerita itu ketakutan sehingga tidak berani menawarkan diri mereka lagi.

Tetapi demi menuntaskan hasratnya beberapa wanita dari rumah jalang di paksa untuk datang ke istana miliknya hanya untuk memuaskan Jian Shen. Namun kebanyakkan wanita ketakutan setengah mati jika mereka terpilih untuk menemani raja kejam itu. Sehingga kini ramai tidak tahu ke mana wanita yang di tiduri Jian Shen pergi.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now