TPO 53

9.3K 752 71
                                    


Rasanya Elrose menjadi trauma. Dia duduk peluk lutut dengan badan yang menggeletar agak kuat. Kepalanya tak habis habis menayang ulang kejadian mengerikan yang terjadi semalam. Sekarang dia berada di atas katil Jian Shen. Sementara Jian Shen keluar untuk menyelesaikan satu perkara. Mei Ying tak dapat masuk untuk teman Elrose.

Sebab ini bukan bilik Elrose tapi bilik rajanya. Kalau dia masuk tanpa izin, hukuman akan menanti. Pintu bilik Jian Shen juga tertutup rapat. Elrose yang sibuk melamun tak sedar dia mula menggigit ibu jarinya sendiri. Entah kenapa rasa sesak terkumpul dalam dadanya mengingat kembali menteri Li dan para dayang berlumuran darah.

" Elrose, jangan gigit jari. ". Jian Shen datang duduk berdekatan dengan Elrose sambil menurunkan jari yang gadis itu gigit. Elrose pandang Jian Shen bersama mata yang berkaca. Dada dia sesak. Jian Shen mengusap ibu jari Elrose yang berubah merah. Elrose buka mulutnya.

" Ke-Kenapa awak bu-nuh menteri Li dengan— dayang milik Xin Ai.. ". Elrose tahu kenapa Jian Shen bunuh orang orang tu tapi dia masih nakkan jawapan. Dia nak dengar dari mulut Jian Shen sendiri. Elrose takut, sangat takut kalau kematian menteri Li dan para dayang ada kaitan dengan dirinya.

Jian Shen mengusap halus pipi gadis tersebut menggunakan ibu jarinya. Dia jelas lihat badan gadisnya masih menggigil. Mungkin dalam ketakutan tapi sepatutnya Elrose tak bereaksi seperti ini. Gadisnya terlampau lemah.

" Kalau aku tak beri pengajaran. Tiada siapa yang akan turut kata aku. Tiada orang yang akan dengar arahan aku. Kalau aku terus biarkan benda ni berlalu. Ramai orang akan berani memberontak. Jadi peraturan yang aku cipta, bunuh setiap pengkhianat, penjenayah dan orang yang tak amanah. Itu satu satunya cara untuk tunjuk kuasa aku. ".

Jelas Jian Shen mahu Elrose memahami prinsipnya. Menteri Li sepatutnya dibunuh sejak dulu lagi. Terlalu banyak kes yang lelaki tua itu buat. Mengambil secara senyap separuh wang, emas dan harta yang sepatutnya di bahagikan kepada rakyat. Jadi untuk apa lagi menyimpan manusia seperti itu di kerajaannya. Elrose mengeleng perlahan.

" Bu—kan dengan cara membunuh. A-wak tak boleh bu—nuh orang. Setiap orang ada kehidupan mereka masing masing ". Balas Elrose mahu mengatakan prinsip Jian Shen selama ini salah. Jian Shen menghela nafasnya lalu merapat pada Elrose.

" Aku mampu bunuh orang sebab aku pemerintah kerajaan ni. Jangan jadi terlampau baik Elrose. Dalam dunia ni kalau kau terlampau baik, orang akan pijak kepala kau. Orang takkan hormat kau, dan bila kau tak tunjukkan kekuasaan yang kau ada. Orang akan berani memberontak besar besaran dan akan ada seseorang yang nak bunuh kau.".

Sambung Jian Shen lagi dengan panjang. Barulah Elrose boleh bernafas dengan baik secara perlahan. Dunia ni, dunia yang berbahaya. Kalau Jian Shen cakap macam tu. Kemungkinan besar, Jian Shen boleh mati di bunuh. Inikan pula Elrose yang tak ada jawatan sama sekali. Lagi mudah orang aim nak bunuh dia. Seperti yang Xin Ai lakukan.

Elrose menjatuhkan cecair jernih dari tubir matanya sebelum memeluk leher Jian Shen erat sambil menangis ketakutan. Tiba tiba perasaan takutnya hadir. Takut kalau suatu hari nanti Jian Shen akan mati sebab kena bunuh. Hatinya terasa pedih tanpa sebab. Makin erat tangannya memeluk Jian Shen. Jian Shen hanya kaku membeku.


Esoknya, Elrose semakin membaik. Badannya tak menggigil lagi dan bayangan ngeri sudah terhapus bila dia cuba untuk tak memikirkan kejadian tersebut. Elrose membiarkan Mei Ying menyiapkan rambutnya dengan perhiasan. Mei Ying mengambil hairpin cantik berwarna ungu yang menarik perhatian Elrose.

" Cantik tuan Puteri ". Puji Mei Ying selepas selesai menyiapkan Elrose. Mendapat pujian daripada dayangnya menyebabkan senyuman malu Elrose muncul. Jarinya menyentuh hairpin yang terhias di atas kepalanya. Nampak cantik. Beberapa jam lepas, Jian Shen menyuruh Elrose bersiap.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now