TPO 60

9.7K 740 47
                                    

hey kamu, yes kamu pi vote chap 1 cepat. Road to 1k votes jom 🎭 🔨









Sejak kejadian malam itu, Elrose berubah seakan mengelak ketika Jian Shen mahu berduaan dengan dia. Dia takut kalau Jian Shen akan melakukan perkara yang sama lagi. Tapi bagi pihak Jian Shen dia tak ingat sama sekali apa yang terjadi. Bila terbangun, dia sedar dia berada di dalam bilik Elrose bukan biliknya.

Dia cuba untuk cari Elrose tapi ada saja kerja yang harus dia utamakan. Jadi dia akan datang menemui gadis itu ketika semua tugasan sudah selesai. Memang mereka dekat, tapi semakin lama terasa ada sesuatu tembok menghalang sekaligus menjauhkan jarak antara mereka berdua. Jian Shen berjalan dengan langkah berat menuju ke bilik Elrose.

Nampaknya nasib menyebelahi dirinya apabila Elrose kebetulan berdiri di luar.

" Elrose.. ". Dengar saja namanya di seru oleh suara yang jelas Elrose kenal. Membuat kepalanya menoleh ke arah asal suara tersebut. Nafasnya tertahan sesaat, melihat Jian Shen semakin dekat dengan dia. Jadi tanpa berfikir panjang dia memilih untuk masuk ke dalam bilik. Belum sempat dia melangkah lebih jauh, tangannya di gapai oleh tangan Jian Shen. Menghentikan gerakkannya.

" S-Saya nak masuk.. berehat.. ". Dalih Elrose ingin menjauhkan dirinya. Secara lambat dia cuba merungkaikan tangan Jian Shen.

" Jangan lari daripada aku Elrose. ". Bukannya memohon tetapi lebih kepada memerintah, kening tebal miliknya mula bertakuk rapat menghasilkan kerutan dahi.

" Saya tak lari— Saya cuma nak masuk berehat.. ". Si gadis masih mahu melarikan pergi. Pandangan lemah dan sayu menghias binar matanya. Memohon agar Jian Shen membenarkan dia masuk ke dalam. Tapi Jian Shen tetaplah Jian Shen. Lelaki dengan keras kepala yang tinggi.

" Jangan tipu aku Elrose. Beritahu aku, apa sebenarnya yang dah jadi? Kenapa kau tak nak renung mata aku. Kenapa kau lari bila aku cuba dekat dengan kau. Kenapa Elrose? Jelaskan dekat aku biar aku faham kenapa sikap kau macam ni!". Habis sudah kesabaran yang Jian Shen tahan sejak sehari lepas. Pandangannya berubah datar. Mencengkam tangan Elrose sebagai amaran.

Elrose mengemam mulutnya sendiri, dia tak menatap Jian Shen. Hanya dia secara senyap menahan sakit pada tangannya. Patut ke dia yang cerita? Bukan ke sepatutnya Jian Shen tahu sendiri apa yang lelaki itu buat?

" Ma-Mana ada apa apa... Saya cuma nak berehat je— ".

" Jangan. Tipu. Aku. Elrose. ". Jian Shen memotong keras, mencerlung tajam memberi amaran jangan menipunya dan menceritakan perkara sebenar. Binar mata Elrose yang sayu tadi berubah dan digantikan dengan mata yang berkaca kaca. Perasaan dia berbelah bagi.

Kenapa Jian Shen bersikap begitu. Kenapa hati dia terasa sakit dan kenapa dia berasa kasihan pada Jian Shen. Apa maksud hatinya. Patut ke dia jatuh cinta pada lelaki yang pernah menyakiti dia sejak awal pertemuan dulu.

" Lepas! Awak sakitkan saya lagi Jian Shen! Tangan saya sakit! ". Barulah Elrose meronta, memukul menarik dan menolak jari kasar itu daripada membelit tangannya. Bergoyang tak stabil tubuhnya dengan air mata mula turun. Jian Shen terhenti sesaat sebelum dia mencengkam kedua bahu Elrose membawa gadis itu menghadapnya secara depan depan.

" Cakap. ". Jian Shen memberi perintah lagi. Dia sendiri tak ingat apa yang jadi. Kenapa Elrose berperangai macam ni. Apa sebabnya dan kenapa gadis itu menjauh dari dirinya.

" A-wak sendiri patut tahu apa yang awak cuba buat dekat saya malam tu!! ". Elrose menangis teruk, bila mengimbas kembali malam itu di mana Jian Shen hampir menyentuhnya jika dia tak melawan dan membuat lelaki itu jatuh pengsan atau tertidur. Jian Shen menatap wajah merah basah milik Elrose.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now