TPO 56

9K 698 33
                                    

Ying Zhiou berjalan seolah tak memikul beban sama sekali. Dia membawa bekal makanan di tangannya sambil menolak pintu rumah kayu yang kelihatan tak berpenghuni setelah melepasi hutan belantara. Di luar sana terdapat dua orang pengawal yang berdiri sebagai penjaga. Masuk saja ke dalam pintu tertutup rapat.

Dia meletakkan bekal makanan di atas meja yang tersedia. Berkat ketangkasannya dia berjaya mengelak sekaligus menahan serangan sebatang kayu yang melayang di belakang tubuhnya sesaat tadi. Matanya terus melotot besar apabila bertemu dengan Xin Ai. Rupanya perempuan itu yang cuba menyerangnya.

Kayu yang menjadi alat serangan Xin Ai di tolak sehingga terhempas ke lantai. Kini tatapan marahnya menghunus ke arah anak menteri Li tersebut. Xin Ai langsung ketakutan dengan badan yang menggeletar. Dia tak sangka pula Ying Zhiou akan datang melawatnya.

" Apa yang kau cuba lakukan Li Xin Ai. ". Nada keras Ying Zhiou kedengaran menahan marah akibat perbuatan Xin Ai seketika tadi. Dia datang sebab dia nak jenguk wanita gila itu tapi ni yang dia terima. Memang menaikkan emosi marahnya.

" A-ku ingat-kan pengawal. Aku tak sangka pula kau yang datang, Ying—Zhiou.. ". Ying Zhiou tak melayan, dia pusingkan tubuhnya lalu membuka bekal makanan yang dia bawa. Xin Ai memberanikan diri menghampiri Ying Zhiou yang sedang berdiri. Bau makanan melonjakkan nafsu makannya. Sejak Jian Shen mengarahkan dia di buang negeri.

Dia tak dapat menikmati makanan mewah dan sedap seperti selalu. Pengawal hanya memberinya makanan berupa nasi dan seekor lauk sahaja. Makanan itu langsung tak menyelerakan tekaknya. Tapi dengan kehadiran Ying Zhiou membawakan dia makanan menyebabkan senyumannya tak tertahan muncul. Perutnya terus di usap. Lapar.

Baru tangannya memanjang mahu mengambil makanan sedap tersebut, gerakkannya terhenti di udara.

" Ying Zhi-ou.. Ma-Macam mana dengan aku? Kau akan bawa aku keluar dari tempat buruk ni kan. Aku tak—sanggup nak tinggal dekat tempat buruk ni. Aku boleh jadi gila kalau terus duduk dekat sini. Tolong aku Ying Zhiou". Ying Zhiou menepis tangan Xin Ai yang menyentuh lengannya dengan kasar. Xin Ai tergamam.

" Kau akan tinggal dekat sini sama macam perintah Jian Shen. Kau patut bersyukur Jian Shen tak bunuh kau atas sebab permintaan menteri Li. Tapi kalau aku jadi Jian Shen, aku akan bunuh kau tanpa berfikir dua kali. Jadi jangan tunjuk bodoh kau sangat. ". Ying Zhiou menghempas keras bekal makanan yang terakhir menyatakan rasa bengangnya dengan kebodohan Xin Ai.

Xin Ai makin terkurung. Kalau Ying Zhiou dah cakap macam tu. Bermakna dia akan tinggal dekat tempat buruk ni seumur hidupnya? Memang Jian Shen menghalau dia ke luar kawasan tapi sekurang kurangnya bagilah dia hidup dalam keadaan yang senang bukannya macam ni. Dengan pengawal mengawasi setiap gerak geri dia.

Yang Xin Ai tahu pengawal itu pasti sudah bersubahat dengan Ying Zhiou untuk mengawasi dia. Panglima tersebut lebih licik berbanding dia sendiri. Macam mana dia boleh tak sedar ini sisi hitam yang Ying Zhiou simpan selama ini.

" Kau tak boleh biarkan aku hidup dalam situasi macam ni. Kau mesti bawa aku keluar dari sini. Pondok buruk ni tak sesuai dengan darjat aku, Ying Zhiou.". Tawa tertahan Ying Zhiou hampir terlepas keluar. Dia mengerling Xin Ai dari atas sehingga ke bawah. Memang sejenis perempuan yang tak sedar diri ke? Cemoh panglima itu di dalam hatinya.

Dalam diam Xin Ai mengenggam jarinya erat bersama bibir yang mengemam rapat. Dia faham Ying Zhiou sedang ketawakan dia dalam senyap. Kalau dia masih ada kuasa, dia akan pastikan Ying Zhiou melutut sekaligus menjadi alas tapak kakinya ketika turun dari kereta kuda tapi sekarang semuanya sudah berubah.

Kehidupan mewahnya berubah. Kini Ying Zhiou yang berada satu tingkat tinggi di atasnya. Jadi macam mana dia nak menang.

" Dalam keadaan macam ni sekalipun, kau masih tak sedar diri Xin Ai? Jangan buat aku ketawa dengan keangkuhan kau perempuan gila. ". Membuntang besar mata Xin Ai apabila Ying Zhiou semakin berani memaki dan mencaci dirinya. Giginya mengacip kuat kerana geram. Seketika sesuatu terlintas.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now