TPO 68

8.7K 709 101
                                    

Disebabkan tgn author dah gatal nk update. So taadaaa

———




Elrose merendahkan badan ketika ingin turun dari kereta kuda. Jian Shen menghulurkan tangan selepas berjaya menapak ke tanah. Tanpa sedar bibir Elrose mengukirkan senyuman lalu menyambut tangan yang terhulur tadi. Tidak mahu membuat Jian Shen berasa ditolak.

Dewan lama istana tersebut kelihatan usang. Namun auranya terasa megah. Empat orang pengawal berjaga di luar dewan sementara Jian Shen membuka pintu besar untuk masuk ke dalam ditemani oleh Elrose bersama. Dewan ini berada di atas bukit tetapi di tidak jauh di depan sana terdapat pasar.

Sepanjang perjalanan ke dewan lama istana ini. Mereka seakan memasuki hutan dengan sekeliling di penuhi oleh buluh yang menghijau. Fikiran Elrose terhenti di situ apabila pintu sudah terbuka luas. Memperlihatkan ruangan di dalam dewan tersebut. Tergamam Elrose melihat betapa kurangnya pencahayaan di dalam dewan itu.

Agak gelap. Hanya ada beberapa cahaya lurus masuk mengikut lubang yang ada. Ini dewan istana ke apa? Jian Shen memanggil empat pengawal tadi untuk masuk, menyalakan api pada bekasnya supaya lebih terang. Setelah itu barulah jelas terlihat setiap sudut dewan itu.

Kosong.

Apa yang Jian Shen nak tunjukkan sebenarnya ni? Ada meja memenuhi tepi dinding. Di atasnya tersusun buku yang sudah bersawang. Habuk berterbangan memasuki hidung Elrose sehingga menyebabkan gadis itu bersin tanpa disangka. Jian Shen menahan senyumannya dari muncul.

Jian Shen menggerakkan dagunya ke arah empat pengawal tersebut untuk menutup pintu. Elrose menggosok hidungnya memerhati dengan biasa. Dia cuba mencari apa yang menarik selain buku bertimbun di sana.

" Dewan ni didirikan oleh moyang aku dulu. Raja pertama sebagai hadiah untuk isterinya selepas berjaya melahirkan bayi lelaki iaitu datuk aku, ". Tanpa Elrose bertanya, Jian Shen bercerita terlebih dulu. Berjalan dengan langkah kaki ringan ke tengah ruangan. Lalu berhenti di tengah tengah sambil memandang ke depan.

Kerana Jian Shen berjeda. Elrose ikut mengalihkan pandangannya ke arah yang sama. Di dinding sana terlukis sebuah lukisan yang sudah pudar hampir tujuh puluh peratus tapi itu tak menghalang Elrose untuk mengetahui apa yang terlukis. Elrose tahu itu ialah pokok buluh.

" Aku tahu pada mata kau, dewan ni tak ada yang menarik. Ada sesuatu yang keluarga aku rahsiakan dari pengetahuan orang lain dan, harini aku akan tunjukkan apa benda itu.". Sambung Jian Shen sambil berpaling menghadap Elrose yang terdiam.

Dari cahaya yang menerangi ruangan. Elrose melihat senyuman tipis Jian Shen. Rahsia apa? Jian Shen berjalan ke arah tepi dinding di mana banyak buku terletak. Elrose membawa kakinya bergerak mendekat dengan Jian Shen. Apa yang Jian Shen nak buat?

" A-Apa yang awak nak tunjuk?".

" Sshhh. ". Suara Jian Shen berdesis menyuruh Elrose untuk diam dan menanti.

Dalam sekelip mata buku dah helaian kertas tadi berterbangan sebaik Jian Shen menolaknya jatuh. Makin hairan Elrose jadinya dengan sikap Jian Shen sesaat tadi. Buku yang berterbangan menyebabkan habuk ikut terbang bersama. Lantas Elrose mengibas tangan di depan muka dengan batuk kecil.

Kini meja tersebut menjadi kosong hanya ada beberapa helai kertas sahaja yang tinggal. Jian Shen menolehkan wajahnya pada Elrose sebelum tangannya menarik sesuatu membuka meja tersebut. Terbeliak besar mata Elrose ketika mengetahui itu bukan meja biasa.

Sesuatu ersinar terang muncul dari dalam meja selepas terkena cahaya. Jian Shen mengoyangkan jarinya meminta Elrose untuk dekat. Elrose bersama langkah lambatnya menuruti isyarat Jian Shen. Mulutnya ternganga luas. Matanya hampir terjengil keluar.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now