TPO 44

10.8K 959 84
                                    

Elrose bersandar pada penghadang katil bersama wajah yang semakin pulih walaupun masih kelihatan sedikit pucat. Perutnya terasa lapar. Jian Shen menuangkan air untuk diberikan kepada Elrose. Selepas mendengar berita Elrose sudah bangun, Jian Shen segera menyiapkan kerjanya dan menuju ke sini.

" Ada rasa sakit lagi Elrose ". Ujar Jian Shen sebaik Elrose menyelesaikan minumannya dan memberikan cawan kepada Jian Shen semula. Seperti biasa Elrose memberikan senyuman tapi bukan senyuman seperti biasa melainkan senyuman tipis akibat daripada sakit.

" Rasa sakit saya dah berkurang tapi Jian Shen— Siapa yang racun saya. Saya—tak pernah buat perkara jahat dekat sesiapa. Jadi macam mana orang bo—leh racun saya... ". Elrose sangat terkejut apabila mendengar sebab dirinya pengsan kerana terkena racun. Tapi siapa? Dan apa sebabnya?

" Jangan fikirkan perkara itu lagi Elrose. Penyiasatan masih berjalan untuk cari tahu siapa pelakunya. Buat masa sekarang ni kau kena makan dulu. Aku dah arahkan kedua dayang kau untuk memasak ". Jelas Jian Shen lagi sambil mengubah posisinya dari duduk kepada berdiri.

Jian Shen sudah beritahu bukan yang dia sendiri akan turun untuk mencari siapa pelaku tersebut. Pesalah utama dalam fikiran Jian Shen sekarang ini ialah Mei Ying. Jika Mei Ying di dapati bersalah. Jian Shen akan mengheret dayang itu melutut tepat di depannya dan Elrose.

" A-Awak nak pergi mana Jian Shen? ". Elrose menatap gerak geri Jian Shen yang seakan menahan sesuatu dalam dirinya. Mata Elrose juga sempat menangkap kedua tangan Jian Shen terkepal erat. Ada sesuatu yang menganggu fikiran lelaki itu ke?

" Aku ada hal yang perlu di selesaikan. Kau tunggu dekat sini sampai makanan kau sampai Elrose ". Jian Shen merendahkan badan untuk menggosok puncak kepala Elrose dan berlalu pergi tanpa menunggu lagi. Elrose hanya memerhati dengan tanda tanya.

Kenapa terdetik seakan ada sesuatu benda buruk akan berlaku dalam hati Elrose.









Jian Shen memberi isyarat kepada Ying Zhiou yang berada di depan pintu bilik untuk mengawasi Elrose. Sementara Jian Shen akan pergi ke kawasan dapur untuk melihat segala perbuatan Mei Ying yang memasak makanan. Jian Shen berjalan menuju ke belakang dapur.

Terdapat lubang sederhana besar berbentuk segi empat panjang di dinding yang membolehkan untuk sesiapa mengintai dari sudut itu. Belakang dapur ini jarang di lalui oleh sesiapa. Kecuali ketua dayang kerana akan membuang sesuatu di belah belakang setiap petang.

Kening Jian Shen berkerut apabila dia menyedari hanya Mei Ying seorang yang sedang memasak. Ke mana perginya dayang Elrose yang bernama Wei Shin itu? Jian Shen kukuh menatap lurus setiap kali tangan Mei Ying memasukkan bahan masakan. Tiada apa yang pelik.

" Wei Shin dah selesai pergi ke bilik air? Macam mana perut Wei Shin masih sakit? Kalau masih sakit, biarlah Mei Ying sendiri yang masak. Wei Shin pergi masuk bilik dulu berehat ". Ujar Mei Ying apabila susuk tubuh Wei Shin masuk ke dalam dapur. Tadi Wei Shin cakap dia nak ke bilik air kerana sakit perut.

Jadi Mei Ying izinkan tanpa berfikir buruk tapi Wei Shin mengelengkan kepala dengan riak wajah biasa sambil merenung setiap makanan yang sudah siap di letakkan dalam pinggan. Makanan untuk Puteri Elrose. Mei Ying mengesat tangannya pada kain bersih selepas meletakkan tiga pinggan kecil di atas dulang kayu.

Mei Ying sedikit pelik dengan Wei Shin yang terus menerus menatap makanan yang sudah terhidang. Sudah hampir tiga minggu Wei Shin membantunya memasak di dapur. Awalnya Mei Ying teruja sebab selalunya dia hanya memasak seorang diri di dapur tapi dengan kehadiran Wei Shin datang menemani membuatkan dirinya gembira.

Tapi perkara yang agak pelik bila Wei Shin hanya ingin membantu dengan mengangkat makanan sebaik sudah siap terhidang di atas dulang. Mei Ying biarkan sahaja. Mungkin Wei Shin mahu membantu tapi tidak berapa pandai dalam hal memasak. Kawannya itu lebih kepada berlawan dan memainkan anak panah.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now