TPO 48

9.9K 806 174
                                    

Jian Shen dengan pakaian khas berlawannya untuk melaksanakan misi mencari Elrose yang menghilangkan diri atau lebih tepat melarikan diri tanpa berfikir panjang. Dia menyedari kehilangan Elrose daripada dua orang pengawal yang menemani gadis itu keluar ke pasar. Jangan fikir Jian Shen bodoh.

Dalam otaknya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Di sebabkan dia membunuh dayang selaku kawan Elrose, jadi dengan mudah gadis itu akan melarikan diri tanpa berfikir. Dua pengawal yang di tugaskan menemani Elrose sebenarnya mengikuti ke mana gadis itu pergi dan siapa kumpulan yang menculiknya.

Sekarang tinggal Jian Shen berangkat untuk mengambil gadisnya semula. Ying Zhiou menaruh anak panah dalam bekas di belakang badannya sambil bersedia untuk mengikuti Jian Shen. Raja muda itu mula menunggang kudanya diikuti beberapa pengawal yang ada. Dia menggerakkan kepalanya sebagai tanda isyarat kepada Ying Zhiou.

Jian Shen menarik tali kuda dan menunggang pergi diikuti oleh pengawal yang ada. Ying Zhiou pula menatap tajam ke arah seorang wanita yang berada tak jauh dari situ. Xin Ai. Wanita itu bersembunyi melihat segalanya dari jauh. Apabila anak mata mereka bertemu, Ying Zhiou mengalihkan pandangan dan berlalu pergi.








Merasakan seluruh badannya terasa sakit membuatkan mata Elrose tercelik perlahan. Buka saja matanya dia tersentak hebat kerana ada muka manusia berjantina lelaki dekat pada wajahnya. Dia juga baru sedar kedua tangannya terikat di belakang badan. Kakinya turut menjadi mangsa ikatan. Mulutnya pula di ikat menggunakan kain.

Badannya berbaring mengiring dengan nafas yang tertahan mengetahui dia di culik oleh sekumpulan lelaki. Para lelaki tersebut duduk menyebar di dalam rumah kayu tersebut. Bukan rumah tapi kemungkinan gudang yang terbiar. Ada satu lelaki berpakaian agak bersih berbanding yang lain sedang duduk dengan satu kaki membengkok manakala sebelah kaki lagi terbaring pada lantai.

Sebelah tangannya mendarat pada lutut kaki yang membengkok itu sambil menggigit sate dengan kasar. Matanya menatap Elrose dengan riak wajah seperti orang jahat. Si gadis cuba menahan perasaan takut yang mula hadir. Dia memaksa kepalanya untuk mencari idea supaya melepaskan diri tapi nampaknya mustahil. Kaki dan tangannya sudah terkunci.

Lelaki yang Elrose syak sebagai ketua kumpulan penculik tersebut kini bangun dengan langkah beratnya. Elrose pula mengundur menjauhkan dirinya daripada penjahat tersebut tapi tak berjaya kerana tubuhnya tak mahu bergerak sesuai fikirannya. Suara jeritan Elrose terendam di balik kain yang menutupi mulutnya apabila penjahat itu menyentuh tepi pinggangnya.

Dalam sekali rentapan kantung wang yang di bawa oleh Elrose berhasil di ambil. Terdengar suara ketawa yang berasal dari para penjahat tersebut. Sementara itu Elrose sudah bergerak tak terkawal kerana gelisah takut dia di sentuh oleh penjahat itu. Elrose mengekori tangan penjahat yang menyeluk ke dalam kantung kecilnya. Mengira semua wang yang ada.

Senyuman gembiranya kerana mendapat banyak duit muncul. Kantung kecil tapi di penuhi duit itu di selitkan dalam bajunya sebel mendekat pada Elrose. Makin meronta Elrose menjauhkan diri tapi tetap tak berjaya. Yang ada penjahat tersebut menahan bahunya daripada terus bergerak tak tentu arah.

" Cantik tapi sayang kau bersaing  dengan orang yang salah ". Elrose tak faham apa maksud di sebalik bisikan penjahat itu. Bersaing dengan orang yang salah? Apa maksudnya. Dia bersaing dengan siapa? Terpejam rapat kelopak mata Elrose apabila jari kasar penjahat itu mengusap telinganya hingga ke dagu, membawa wajah Elrose dekat pada mukanya.

" Tuan Puteri nak tahu siapa gerangan orang yang mengarahkan kami untuk menculik tuan Puteri.. ". Lagi lagi penjahat itu mengujarkan sesuatu tepat pada wajah Elrose. Menanti. Elrose menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut lelaki itu. Siapa? Siapa yang arahkan kumpulan penculik ini menculiknya.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now