TPO 21

22.3K 1.3K 226
                                    


Elrose memeluk lututnya ketika duduk di atas katil sambil termenung jauh. Sejak kejadian buruk menimpa dirinya, Elrose berubah menjadi pendiam dan tidak membuka mulut seperti dulu lagi. Kedua dayangnya juga dia abaikan walaupun kadang kadang Mei Ying cuba mengajak dirinya bersembang.

Bagi Elrose hidupnya sudah musnah angkara perbuatan kejam Jian Shen. Elrose makin mengeratkan pelukan sambil meletakkan pipi di atas lutut dengan pandangan lurus ke arah dinding. Termenung memikirkan apa yang dia perlu buat selepas ini.

Patutkah dia membunuh raja kejam itu dengan kedua tangannya sendiri? Atau membiarkan pedang milik Jian Shen menikam tuannya sendiri. Elrose tidak yakin dia boleh melakukan perkara itu memandangkan Jian Shen mempunyai pengawal yang terlampau banyak.

Jika Elrose cuba melukakan raja mereka berkemungkinan nyawa Elrose akan melayang. Dalam menungnya, air mata Elrose mengalir. Kenapa sejak dulu hidupnya tak pernah bahagia. Kenapa? Kenapa kedua ibu bapanya meninggalkan Elrose sebatang kara tanpa seorang adik beradik.

Kenapa hidup Elrose tidak bahagia seperti orang lain. Di mana setiap gadis sebaya dirinya mempunyai ramai kawan tetapi— Elrose tidak mempunyai seorang kawan pun.  Tiada sesiapa yang mengisahkan perihal hidupnya.

Sudahlah anak tunggal, tiada ibu bapa kini hidupnya bertambah sengsara selepas masuk ke dalam dunia yang Elrose sendiri tidak ketahui. Sejujurnya Elrose masih mencari tahu kenapa dia boleh berada di sini tempat yang begitu asing untuk dirinya.

Apa salah yang dia dah lakukan sampai takdirnya menjadi begini. Jari jemari Elrose mula mengenggam kain bajunya kuat ingin mengumpul kekuatan yang hilang akibat Jian Shen.

" Puteri Elrose... Mari makan sudah hampir sehari tuan puteri tidak menjamu sebarang makanan. Bagaimana jika Yang Mulia mengetahui keadaan tuan puteri yang tidak mengambil makanan. Pasti beliau akan murka, tuan puteri... ". Ujar Mei Ying bersama wajah risaunya. Wei Shin di sebelahnya berdiri menatap Elrose.

Mei Ying menatap sahabatnya sekilas sebelum meneguk air liur kerana takut. Takut jika Jian Shen akan mengenakan tindakan kepada mereka dan juga Elrose. Telinga Elrose mendengar ajakan dayangnya tapi dia lebih memilih untuk mengabaikan sahaja.

Hatinya masih dalam kemurungan dan sedikit trauma apabila terdengar nama Jian Shen.

" Tuan puteri... Jangan begini nanti Yang Mulia akan marah besar dan kemungkinan tuan puteri akan di kenakan hukuman jika melawan perintah beliau ". Sambung Mei Ying lagi dengan nada gelisahnya. Elrose masih tidak bergerak merespon sedikit pun kata Mei Ying.

" Wei Shin macam mana ini?". Bisik Mei Ying kecil sambil mengoyangkan tangan Wei Shin yang hanya diam sejak tadi. Wei Shin menghela nafas pendek, dia pun tak tahu nak buat apa lagi kalau Elrose sendiri menolak untuk makan. Apa yang boleh dia lakukan?

Memang Wei Shin agak sedikit kecewa dengan perbuatan Elrose yang melarikan diri sedangkan dia tahu hukuman apa yang akan di jatuhkan oleh Jian Shen tapi Elrose tetap melawan perintah raja kejam itu yang mengakibatkan beberapa orang tidak bersalah terkena tempias.

Tapi— benda sudah terjadi.

Walupun Wei Shin kecewa, Elrose tetapkan tuan puteri yang perlu dia hormati. Jadi dengan hati terbuka Wei Shin membuang perasaan kecewa itu sejauh mungkin demi Elrose. Wei Shin dengan gerakan perlahan melangkah mendekati Elrose lalu menyentuh bahu bahu rapuh itu secara lembut.

" Elrose mari kita makan. Wei Shin tak mahu perkara buruk berlaku pada Elrose. Jadi mari makan walaupun sesuap sahaja. Elrose kata kita sahabat bukan ". Wei Shin cuba memujuk Elrose agar tetap makan dengan menggunakan kata sebagai seorang sahabat.

Elrose selalu menyuruh Wei Shin dan Mei Ying untuk bercakap seperti seorang kawan. Jadi sekarang Wei Shin menggunakannya untuk memujuk Elrose. Barulah Elrose mengerakkan badannya melihat Wei Shin dengan mata yang cukup sembap. Hati kedua dayangnya ikut sedih dengan keadaan Elrose.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now