TPO 42

10.9K 1K 123
                                    

Malamnya, Elrose tidak boleh tidur. Puas dia memusingkan badan ke kiri dan kanan namun matanya tetap tidak mahu tertutup. Jadi dia bergerak bangun ingin keluar untuk mengambil angin malam memandangkan matanya masih segar.

Elrose membuka pintu bilik sebelum berjalan tenang memerhati sekeliling yang gelap gelita hanya di temani cahaya daripada lampu minyak tanah sahaja di sepanjang jalan. Dalam seronok berjalan Elrose terpegun melihat bulan penuh yang tersangat terang di langit.

Elrose berhenti di dalam pondok sambil merenung bulan yang menarik perhatiannya. Di depan pondok berehat itu terdapat sebuah tasik kecil dengan cahaya bulan menerangi kawasan tersebut sehingga air tasik memantulkan cahaya bulan yang begitu terang.

Senyuman terbit pada bibir Elrose selepas menatap lama ke arah bulan. Sampai di satu tahap Elrose berfikir. Sudah berapa lama dia tak keluar malam. Sudah berapa lama dia tak tengok bulan atau bintang. Sudah berapa lama dirinya berada di dalam dunia asing ini sehinggakan dia hampir melupakan dunia sebenarnya.

Angin malam menderu mengenai badan Elrose. Lekas dirinya memeluk badan mengawal rasa sejuk yang datang sambil terus mendongak menatap bulan.

Elrose terfikir, macam mana cara dia nak balik semula ke tempat asalnya tapi— hatinya sedikit sebanyak sudah terbiasa dengan tempat ini. Bersama kedua dayangnya yang sudah di anggap sebagai kawan. Elrose tersenyum tipis. Kalau di dunia nya, tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan dirinya.

Elrose hanya berseorangan. Tapi tak apa, dirinya akan tetap mencari jalan untuk pergi kalau sudah tiba masanya. Elrose percaya satu hari nanti semuanya akan kembali kepada biasa.

" Kau buat apa malam malam dekat sini Elrose ". Elrose sedikit terkejut mendengar suara yang menyoal dirinya dengan tiba-tiba. Kepalanya menoleh ke arah siapa yang berbisik seketika tadi. Serentak itu, ada sehelai pakaian agak tebal menutupi bahunya.

Jian Shen menatap Elrose dengan pandangan biasa sebelum dirinya ikut berdiri di sebelah Elrose dengan jubah tidurnya terbuka sehingga memaparkan badan kekarnya. Lekas Elrose memalingkan wajahnya ke depan semula. Jian Shen menatap Elrose yang tidak membalas soalannya.

Elrose menjadi salah tingkah dengan tatapan Jian Shen. Dia menarik pakaian Jian Shen yang tersangkut pada bahunya sehingga menutupi badan kecilnya. Nasib baik pakaian Jian Shen besar dan mampu mengurangkan rasa sejuk Elrose.

" Sa-Saya ambil angin ". Elrose menjawab tanpa melihat Jian Shen. Dia merenung tasik di hadapnnya sambil mengawal detak jantung.

Seketika, Elrose terkejut apabila Jian Shen menarik kedua bahunya agar berhadapan dengan lelaki itu. Jian Shen mengusap bahagian pipi Elrose apabila dia teringat perihal Xin Ai menyerang gadis itu petang tadi. Tapi Jian Shen belum sempat untuk menjenguk Elrose kerana ada kerja yang mendadak.

" Macam mana dengan luka kau. Masih sakit ". Elrose terkebil kebil sendiri setelah di soal. Matanya terus melirik kawasan tangan yang terdapat luka halus tapi bukannya teruk. Cuma luka sikit je. Lagipun Jian Shen mengarahkan Ying Zhiou untuk memberikan ubat kepada Elrose.

" Sa-Saya baik baik je— lagipun saya tak ada cedera dekat mana mana cuma luka sikit je. Itu pun dah nampak makin sembuh bila saya sapu ubat yang awak berikan tu ". Elrose mengukirkan senyuman lebar seraya mengangkat tangannya, bermaksud menunjukkan dirinya baik baik sahaja.

Tapi Elrose terkaku keras dengan perilaku Jian Shen yang tak di jangka. Jian Shen menyentuh tangan Elrose lalu kawasan pergelangan tangan gadis itu di kucup perlahan. Jian Shen kembali menyapu pipi Elrose lagi dengan sebelah tangan masih memegang tangan Elrose.

" Maafkan aku sebab tak datang selamatkan kau petang tadi ". Awalnya Elrose berdiam diri tapi tak lama selepas itu dia menayangkan senyuman lagi demi menenangkan hati Jian Shen. Elrose menarik tangannya ke sisi badan semula.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now