TPO 34

13.8K 1.1K 98
                                    

Elrose agak was was ingin masuk ke dalam kediaman Jian Shen untuk makan malam. Macam mana seorang manusia boleh ada selera makan selepas melihat darah yang berceceran di merata tempat. Elrose tak habis fikir. Apa yang sebenarnya ada di dalam otak Jian Shen.

Elrose membayangkan sahaja sudah mahu muntah. Inikan Jian Shen-orang yang memenggal kepala manusia petang tadi. Memikirkan hal tersebut, membuat perutnya bergelonjak tak enak. Elrose risau dia akan memuntahkan makanan di depan Jian Shen nanti jika dirinya sudah tak mampu menampung keadaan perutnya.

Sampai di depan pintu bilik, kedua dayangnya memberikan hormat sebelum bergerak pergi meninggalkan Elrose sendirian. Elrose mahu menahan tangan Mei Ying tapi sudah terlambat. Kedua dayangnya menjauh pergi dengan pantas.

Jian Shen menyarung jubahnya ke badan tegapnya setelah melihat bayang bayang Elrose di pintu bilik. Dia bangkit daripada duduknya menuju ke arah meja makan kemudian duduk lagi menuangkan air ke dalam gelas lalu minum. Ketika minum matanya melirik ke arah bayang bayang Elrose yang bergerak tidak tenang.

" Masuk ". Cukup satu arahan, seorang pengawal yang berdiri di situ membantu membukakan pintu selepas mendengar suara rajanya. Elrose membuka mulutnya sesaat lalu mengemam kuat bibirnya dan melangkah masuk.

Sebaik tubuhnya berada di dalam bilik Jian Shen, pintu tertutup rapat oleh pengawal tadi. Elrose merapatkan matanya untuk mengumpul kekuatan. Sudah lama dia tak makan bersana dengan Jian dan hari ni dia akan berduaan dengan raja itu lagi.

Jian Shen meletakkan cawan ke atas meja sambil mengarahkan Elrose duduk melalui bebola matanya yang bergerak. Elrose bergerak terlalu perlahan untuk sampai ke meja makan. Dia menarik kerusi di seberang Jian Shen dan melabuhkan duduk.

Elrose menatap makanan yang di atas meja. Masa mula dia sampai di sini, dia berjaga jaga dalam memilih makanan. Kadang kadang Elrose lebih memilih untuk memakan buah sahaja. Tapi sejujurnya Elrose pelik apabila dia bertanya kepada kedua dayangnya adakah makanan yang di perbuat daripada khinzir.

Tapi jawapan yang Elrose terima agak mengejutkan. Di sini tiada makanan yang di berbuat daripada khinzir. Elrose pernah menanyakan lagi adakah makanan yang di perbuat daripada anjing. Tapi jawapan kedua dayangnya tetap sama. Tak ada.

Apa yang terjadi Elrose sama sekali tak faham. Dirinya sempat membuat bunyi daripada kedua haiwan tersebut. Tapi— hanya riak muka pelik yang Elrose terima daripada kedua dayangnya. Mereka sama sekali tak pernah mendengar kedua haiwan tersebut.

Apa logik? Kalau mereka tak faham nama yang Elrose sebutkan, mesti mereka tahu bunyi yang Elrose lakukan. Tapi tak ada. Mei Ying memberitahu makanan yang sering di makan cuma ayam atau daging lembu sahaja. Itupun untuk orang kaya atau berada sahaja.

" Kau tunggu apa? Makan". Tersentak Elrose apabila mendengar suara Jian Shen. Elrose terus mengambil sudunya dan mula makan.

Ternaik sebelah kening Jian Shen melihat gelagat Elrose seketika tadi. Setiap suapan yang gadis itu lakukan di pantau oleh Jian Shen tanpa lepas. Jian Shen bukannya makan melainkan menatap wajah Elrose seakan dia tidak pernah melihat wajah cantik itu.

Elrose menyumbat sayur ke dalam mulutnya walaupun perutnya mula bergelonjak tak senang. Apabila dia mendongak ke atas matanya bertemu dengan Jian Shen tanpa di duga dirinya tersedak kerana terkejut. Laju tangannya menumbuk kecil dadanya seraya terbatuk.

Jian Shen hanya merenung tanpa berniat ingin membantu, matanya mengikuti tangan Elrose yang mengapai cawan berisi air miliknya lalu air di dalam cawan itu selamat mendarat di dalam mulut Elrose. Barulah Elrose berasa lega. Dia mengusap mulutnya dengan perasaan malu makin menebal.

Jian Shen berdecih kecil lalu menyambung makan. Selamba dia makan tanpa mengisahkan badan depannya yang terdedah kerana baju yang tidak di pasang dengan baik.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now