TPO 39

13.5K 1K 165
                                    

Cahaya yang menghala ke wajah Elrose membuatkan matanya bergerak beberapa saat sebelum terbuka secara perlahan. Sebaik matanya terbuka, jeritan Elrose hampir keluar apabila melihat wajah seorang lelaki begitu rapat pada dirinya. Naik turun nafas Elrose kerana terkejut. Lelaki itu hanya menayangkan sengihan bodoh.

Elrose tak boleh berfikir dengan jelas macam mana lelaki ni boleh masuk ke dalam biliknya. Tak lama kemudian datang Jian Shen masuk ke dalam sambil membawa botol kecil di tangannya. Sampai sahaja di tepi tempat tidur Elrose, Jian Shen terus menolak kepala lelaki yang tersangat dekat dengan gadisnya.

Yuan Jiu meringis perlahan selepas kepalanya di tolak. Lekas dia bangun sambil menatap Jian Shen seakan marah lalu berpeluk tubuh. Matanya mengekori gerak geri Jian Shen yang mula mengambil tempat di birai katil. Merenung wajah Elrose yang baru terjaga selepas pengsannya.

Jian Shen mahu mengambil tindakkan terhadap Duan Wuan tapi kehadiran ketua menteri Duan Quan dengan cepat menghalang niatnya. Nasib baik ubat sampai di tangan Jian Shen jikalau tidak. Kepala lelaki berambut putih itu tergantung sebagai hiasan di depan pintu masuk kerajaannya. Elrose cuba mengingat kembali apa yang berlaku.

Tapi ingatannya tak boleh memutarkan apa yang terjadi. Dirinya cuma ingat, dia berdiri di atas batu batu bujur sambil menatap ke arah seorang lelaki berambut putih yang memainkan seruling dan setelah itu Elrose tak mengingat apa apa lagi. Apa dia menimbulkan masalah lagi? Atau pun sebaliknya?

" Minum ubat ni dan jangan tinggalkan sedikit sisa sekalipun". Jian Shen menghulurkan botol kecil tadi kepada Elrose. Melihat botol di depan matanya membuat Elrose terfikir. Untuk apa Elrose meminum ubat? Adakah dia sakit selepas mendengar bunyi merdu seruling itu?

Fikiran Elrose makin melayang jauh apabila dirinya baru tersedar dia berada di dalam biliknya. Bukan ke dia dan Jian Shen berada di luar? Apa yang dah jadi. Elrose memandang Jian Shen untuk meminta penjelasan tapi raja itu hanya menggerakkan botol di tangannya agar Elrose mengambil dengan segera.

" S-Saya sakit ke Jian Shen? Ada benda jadi tapi saya tak tahu ke? A—Atau saya timbulkan masalah lagi? ". Elrose lebih memilih mengeluarkan isi hatinya berbanding menuruti kata Jian Shen yang mengarahkan dia meminum ubat tersebut. Jian Shen merenung Elrose tajam. Jian Shen tidak berminat mahu menceritakan apa yang terjadi.

Tapi agaknya kedua manusia tersebut terlupa akan kehadiran Yuan Jiu yang masih kukuh berdiri di situ. Yuan Jiu sengaja melepaskan batuk yang di buat buat sebelum mengambil langkah berdiri di depan keduanya. Naik muak dia melihat Jian Shen yang berdekatan dengan Elrose walaupun dirinya masih samar samar tentang identiti sebenar Elrose.

" Puteri Elrose pengsan kerana Pembunuh Merdu ". Serentak itu, tatapan tajam membunuh milik Jian Shen merenung Yuan Jiu. Yuan Jiu menaikkan bahunya ke atas dengan wajah seakan mengejek Jian Shen. Elrose mendengar hal itu segera menoleh ke arah Yuan Jiu.

Lelaki ini yang bernama Yuan Jiu sudah berada di dalam istana Jian Shen sejak minggu lepas. Kedatangannya tidak menjadi sambutan daripada Jian Shen. Malah raja itu sendiri menghalau Yuan Jiu agar pulang ke tempat asalnya semula. Tapi lelaki yang terkenal dengan kedegilannya itu menentang arahan Jian Shen dan kekal tinggal di sini.

Elrose ingat jelas Yuan Jiu lelaki yang membantu dirinya di kedai dulu. Dirinya juga terkejut apabila mengetahui bahawa Yuan Jiu merupakan kawan kepada Jian Shen. Tapi Jian Shen sering menghalau atau menyuruh Yuan Jiu supaya menjauhkan diri daripada raja itu.

Elrose dengar mereka dah berkawan sebelum Jian Shen memegang jawatan sebagai seorang raja. Jadi kenapa persahabatan mereka seperti seorang musuh dan bukannya kawan? Atau ini memang gaya Jian Shen berkawan? Elrose tak pasti. Kembali semula pada apa yang dikatakan oleh Yuan Jiu sebentar tadi.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now