TPO 58

8.4K 712 50
                                    

Elrose memejam erat matanya yang sememangnya tertutup rapat ketika merasakan ada tangan menyentuh tubuhnya. Sebaik matanya terbuka serta dapat menaturalkan penglihatannya. Tubuhnya terus terbangun sambil mendorong jauh tangan yang berada di tepi pinggangnya.

Jian Shen beriak garang apabila Elrose bangun dan menolak tangannya menjauh. Elrose dengan gerak geri yang gelisah, menarik badannya agar menjauh sehingga ke kepala katil. Memeluk sebelah tangan pada lututnya manakala sebelah tangan lagi mengenggam baju di tengah dadanya.

Dari situ, dia nampak ada sesuatu melingkar pada tepi pinggangnya. Sebuah kantung berwarna merah. Elrose mengalihkan pandangan ke arah Jian Shen. Apa yang Jian Shen buat? Sekejap dia ada dekat mana? Kediaman Jian Shen?

" A—wak buat apa dekat sa-ya?". Elrose memandang Jian Shen dengan riak wajah ketakutan seperti pada awal pertemuan mereka. Di mana Jian Shen pernah menyentuh dirinya dulu. Bayangan perkara itu terlintas kembali, membuatkan badan Elrose menggeletar secara tiba tiba.

Tapi itu hanya sebentar sebelum kepalanya mengingat kembali apa yang Jian Shen lakukan semalam. Membunuh seorang wanita. Pandangan penuh ketakutan bercampur sedih terpancar pada binar mata Elrose. Jian Shen mengeratkan rahangnya apabila melihat pancaran yang dia benci dari mata Elrose.

Bukan tatapan macam ni yang dia mahukan daripada Elrose. Dia nak Elrose memandangnya seperti dulu. Mereka bertatapan dalam beberapa saat namun Elrose memutuskan tautan mata mereka ke arah lain. Jian Shen menggerakkan badan ingin mendekat tetapi Elrose bergerak jauh.

" Aku tak buat apa apa Elrose. Berhenti pandang aku macam tu.". Arah Jian Shen dengan rasa tak senangnya. Elrose menautkan dahinya. Dia mengemaskan pakaiannya sendiri lalu membetulkan posisi duduk. Matanya menatap Jian Shen namun tak takut seperti tadi.

" Habis-tu kenapa a—wak sentuh ba-dan saya? ". Elrose masih dalam fikirannya tentang kemungkinan Jian Shen menyentuhny sewaktu dia pengsan atau sebaliknya. Perubahan mata Jian Shen terlihat, dia tak suka dengan soalan Elrose. Kalau dia sentuh pun kenapa?

" Kalau aku sentuh kau pun tak ada masalah sebab aku dah nampak semuanya sejak mula lagi. ". Ujar Jian Shen tanpa rasa bersalahnya, nada suaranya menjelaskan segala galanya. Kononnya tak ada masalah kalau dia menyentuh Elrose. Dalam diam Elrose menggigit bibirnya sambil mengenggam kedua tangan sendiri.

" A-Awak— ". Elrose rasa tak percaya, sesaat dia berjeda panjang sebelum matanya terbeliak luas setelah berjaya mengingat apa yang terjadi. Mati. Ada wanita mati dibunuh oleh Jian Shen. Pandangan penuh ketakutan Elrose berikan pada Jian Shen lagi. Rasa ngeri mula berkumpul. Kalau Jian Shen tetap membunuh orang tak mustahil suatu hari nanti raja itu boleh membunuh dia juga.

" Elrose! ". Tersentak badan Elrose selepas Jian Shen menyebut keras namanya. Kedua tangan besar lelaki itu mencengkam lengan atas Elrose membuat gadis itu menatapnya begitu dekat. Elrose terpaksa menahan sakit akibat cengkaman Jian Shen, dia meletakkan kedua tangannya pada bahu raja tersebut.

Dalam sekilas, Elrose melihat kilatan putih bersinar terang sehingga matanya terpejam rapat. Bayangan bayangan kabur terlihat dalam kepalanya. Memperlihatkan sesusuk tubuh terjatuh ke bawah. Terdapat banyak manusia ada di sana. Suara jeritan mengarah terdengar tapi Elrose tak boleh kenalpasti siapa orang tersebut.

Secara tiba tiba badannya menggeletar tanpa henti. Jian Shen hairan terkejut kerana badan gadisnya menggigil kuat tapi mata gadis itu terpejam rapat. Apa dah jadi. Elrose nampak ada pisau satu pisau runcing. Namun segalanya kabur dan buram tiada yang jelas.

Jian Shen dilanda cemas. Dia mengoyangkan kuat badan Elrose agar gadis itu tersedar. Elrose! Suara jeritan Jian Shen memanggil nama Elrose beberapa kali terdengar. Elrose langsung tersedar semula dengan peluh yang membasahi dahinya. Matanya membulat besar menatap Jian Shen.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now