TPO 33

14.2K 1.1K 84
                                    


Elrose mengangkat gaun pada bahagian lututnya akibat terlalu labuh kerana ingin berlari dengan laju menuju ke sesuatu tempat. Mei Ying turut berlari bersebelahan dengan Elrose. Riak wajah keduanya cemas terutama bagi Elrose.

Sampai di kawasan luas berdepanan dengan pondok rehat raja terlihat ramai dayang dan para pengawal sedang berdiri melihat ke depan. Elrose memperlahankan langkahnya ketika sudah tiba, dengan nafas tak teraturnya Elrose cuba melepasi para dayang yang berkumpul.

" Wei Shin ". Elrose menepuk lembut bahu Wei Shin yang turut berada di situ. Mei Ying pula berdiri di sisi kiri Elrose. Masing masing menoleh ke depan mengikuti arah yang di lihat oleh para dayang dan pengawal.

" Tuan Puteri... tidak patut berada di sini— ". Ujar Wei Shin selepas melihat kedatangan Elrose. Elrose cuma mengelengkan kepala dengan tatapan tak beralih dari depan. Kedua kening Elrose berkerut tak faham.

Objek yang mereka semua pandangan sekarang ini adalah susuk tubuh raja mereka iaitu Zhu Jian Shen dengan seorang lelaki berpakaian pakaian kelabu yang di sudah koyak dan tercalit darah pada kulitnya. Keadaannya sungguh menyedihkan, kedua tangan di ikat ke belakang, rambut yang sudah serabai dengan wajah bengkak berdarah.

Apa dah jadi?

Elrose tadi awalnya duduk di luar bilik untuk mengambil angin sambil minum teh bersama Mei Ying tetapi dirinya di landa curiga apabila para dayang bergegas lari bersama pengawal yang menjaga mereka. Elrose terus mengajak Mei Ying untuk pergi bersama melihat apa yang telah terjadi.

" Wei—Wei Shin apa yang dah jadi? Siapa lelaki tu? ". Memandangkan Wei Shin memang ada di situ lebih baik Elrose bertanyakan tentang kecurigaannya. Firasatnya mengatakan akan terjadi sesuatu yang buruk sekejap lagi.

Elrose bereaksi terkejut apabila melihat hujung pedang Jian Shen mengangkat dagu lelaki yang melutut tadi. Matanya berulang kali menatap Jian Shen dan pedang berkilau sinar tersebut. Wajah Jian Shen tegas dengan rahang terketap kuat menatap tajam ke arah lelaki di bawah.

" Penyusup ". Satu perkataan sebagai balasan daripada Wei Shin membuatkan kepala Elrose menoleh ke arah dayangnya. Elrose mengumamkan kata penyusup secara tanpa suara sambil menatap tepi wajah Wei Shin.

" Pen—yu–sup? Lelaki tu penyusup ke? ". Kini pandangan Elrose berubah ke arah lelaki yang masih melutut sebelum memegang lengan Wei Shin secara mengejut.

" Ya penyusup yang masuk ke istana Yang Mulia beberapa hari lalu ". Jelas Wei Shin lagi tetapi kini dia menatap Elrose bersama wajah tidak beriak tetapi tegas. Seakan pemandangan di depannya bukanlah apa apa bagi Wei Shin.

" Habistu kenapa penyusup ni kena bawa dekat sini? Kenapa para dayang semua ada dekat sini? ". Entah kenapa jantung Elrose mula berdetak pantas dengan perasaan risaunya. Tangannya masih mengenggam lengan baju Wei Shin seraya menatap takut takut ke arah Jian Shen.

" Tuanku memanggil semua dayang dan pengawal untuk menonton sebagai peringatan. Penyusup itu menyamar sebagai salah seorang pengawal dan cuba memasuki ruang kediaman Yang Mulia ".

Elrose menatap ke arah depan apabila mendengar suara para dayang menjerit kuat. Di sana, hujung pedang Jian Shen bersalut darah selepas melibas lengan penyusup itu. Darah pekat mula mengalir dengan banyak. Tubuh Elrose terus membeku selepas melihat warna merah pekat jatuh ke tanah.

" A—Apa hukuman un—tuk penyusup ". Baru kini pertanyaan itu terlepas daripada mulut Elrose. Suaranya menggigil kecil kerana takut.

" Hukuman mati ". Semakin membeku keras tubuh Elrose mendengar jawapan Wei Shin. Secara mendadak dia menatap Wei Shin lagi tapi dengan wajah berubah pucat.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now