Bab 25

346 62 2
                                    

Hujung minggu. Tiada penggambaran, tiada apa-apa aktiviti yang dijadualkan. Masa yang aku nanti-nantikan sejak Mark menghantar pesanan ringkas dua hari lalu.

Mark: Weekend ni awak free tak?

Kereta yang dipandu oleh Mark memasuki simpang ke universiti, tempat dia menuntut dan juga merupakan salah satu lokasi penggambaran Menanti Forever. Dia suruh aku pakai kasual, sebab nak ajak aku datang sini ke?

"Kita buat apa kat sini?" Soalku.

"Belajar."

"Hah?!"

Mark membalas kekeliruanku dengan senyuman separa halimunannya. Dia melepaskan stereng kereta dan mematikan enjin. Tangan dipanjangkan, mencapai sesuatu di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Cap hitam dipakaikan di kepalaku.

"Tunggu kejap." Arahnya lalu keluar dari perut kereta. Dia beralih ke pintu bahagian penumpang. Membukakan pintu untukku. "Jom. Oh! Bawa beg tu sekali." Arahnya lagi.

Aku mencapai tote bag hitam miliknya. Berisi buku tetapi masih ringan. Setelah aku keluar, dia menutup pintu dan mengeluarkan telefonnya.

"Okay. So, first class is..."

"Seriuslah awak ajak saya datang sini untuk belajar?"

Dia menurunkan telefonnya. "Kenapa? Tak suka?"

"B-bukan tak suka. Cuma..."

Cuma hari ni jelah saya free nak keluar dengan awak. Ingatkan bolehkah pergi makan aiskrim ke, jalan-jalan kat pantai ke. Alih-alih, kena luangkan hari ni untuk belajar.

"Tak ada apa-apalah." Sambungku.

"Awak jangan risaulah. Mesti awak suka. Saya janji." Katanya.

Aku mengaku kalah. Akur sahaja. Tiba-tiba, dia memberikan tali begnya kepadaku.

"Pegang. Nanti awak hilang."

Pfft!

Aku cuba untuk memasang muka jengkel tetapi senyuman pula yang mekar. Haih! Bibir tak bagi kerjasama langsung!

Tapi... betullah kata Mark. Aku menyedari belajar lebih menyeronokkan daripada menikmati aiskrim bersama mahupun bersiar-siar di pantai setelah melangkah masuk ke dalam bilik kuliah di mana ada enam orang pelajar termasuk aku dan dia serta seorang... pensyarah?

"Okay! Memandangkan ini kelas pertama kita, let me introduce myself. Nama saya Hanif. Boleh panggil Anep—eh, bukan, bukan! Panggil Professor Hanif." Kata jejaka muda di hadapan bilik kuliah. "Okay. Go on. Introduce yourself."

Seorang gadis bertudung lembayung lantas berdiri. "Nama saya Iesha."

Gadis bernama Iesha itu kemudiannya menyiku lengan jejaka yang duduk di sebelahnya. Setelah melihat mereka, aku menyedari pakaian yang mereka kenakan berona sama. Comel.

Jejaka itu mendengus dan tanpa berdiri, dia bersuara, "Aiman." Kemudian mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tak jelas.

"Okay. Aiman, Iesha." 'Professor' Hanif mengangguk faham. "Next!"

"Hai." Seorang jejaka berambut hitam pekat menghadiahkan senyuman manisnya. "Saya Daenish."

Terbalik dengan pasangan tadi, Si Jejaka pula yang memaksa gadis di sebelahnya untuk memperkenalkan diri.

"I'm Ainna." Meskipun atas paksaan, gadis bernama Ainna itu memperkenalkan dirinya dengan keyakinan yang tinggi.

Setelah aku dan Mark memperkenalkan diri, kelas dimulakan. Apa yang diterangkan di hadapan, sepatah haram aku tak faham. Setiap soalan yang diajukan pula, hanya Aiman yang menjawab. Sekali-sekala, Mark akan turut serta sementara Daenish pula, sibuk menatap Ainna dan tersengih sendirian. Angau.

MelodramaWhere stories live. Discover now