Bab 30

349 69 2
                                    

Pagar rumah dibuka menggunakan alat kawalan jauh. Dahlia menarik bagasi lalu disumbat ke dalam bonet kereta miliknya yang diparkir di hadapan rumahku. Kak Diyana meraih tanganku, menyentapku dari lamunan sendiri. Aku memaksa diri untuk membalas senyumannya.

          Penerbangan Kak Diyana untuk pulang ke Sabah dijadualkan malam ini setelah ditunda sehari kerana cuaca buruk. Rancangku mahu menghantarnya ke KLIA, tetapi sayangnya keadaan sekarang tak mengizinkan. Dengan gosip murahan tentang aku belum reda, ada baiknya aku duduk diam saja di rumah untuk beberapa hari ini.

          "Are you sure you don't want me to stay here?" Tanya Kak Diyana.

          Sejak hari aku dan Mark memutuskan untuk mengikut haluan masing-masing, aku menahan diri daripada berbicara darihalnya. Semua tentang dia. Tapi tak bermakna Kak Diyana tak tahu apa-apa. Mungkin Dahlia yang memberitahunya, mungkin juga media.

          "Hm." Sepatah aku jawab.

          Kak Diyana mengangguk faham. Dia menarikku ke dalam dakapannya. Menepuk belakangku. Buat seketika aku merasakan ketenangan.

          Bunyi bonet kereta ditutup meleraikan pelukan kami. Dahlia memandang ke arah kami sambil tersenyum. Memberi isyarat, sudah waktunya untuk satu lagi perpisahan. Harapnya, kali ini hanya untuk seketika.

          "Take care. Kalau ada apa-apa, just call me. I can kayuh sampan sampai semenanjung."

          Gurauan Kak Diyana berjaya menghiburkanku.

          "You too. Kalau ada masa, datanglah sini lagi. I'll always have a room for you."

          Dia mengangguk. Tanganku dilepaskan dan dia mengatur langkah pergi. Dahlia terlebih dahulu menghilangkan diri ke tempat duduk pemandu. Sebelum masuk ke dalam perut kereta, Kak Diyana melambai ke arahku dan aku membalasnya.

          Kereta yang dipandu Dahlia perlahan-lahan lesap dari pandangan mata. Aku masuk semula ke dalam perkarangan rumah. Punat tutup pintu pagar aku tekan. Setelah memastikan pintu pagar tertutup rapat, aku berlalu masuk ke dalam rumah yang kini hanya ada aku sebagai penghuninya.

          Suis lampu chandelier di laluan masuk utama aku matikan. Kini, hanya cahaya lampu dari dapur menerangi aras pertama rumah. Kaki aku gagahkan, mendaki anak tangga satu demi satu yang membawaku ke loteng, bilik tidurku.

          Suhu di dalam loteng agak rendah meskipun hawa pendingin tak dihidupkan. Mungkin kerana sebentar tadi hujan turun dengan lebat, kedinginannya masih terasa.

          Pandanganku jatuh ke atas kotak berbentuk segi empat yang terletak pada katil bersaiz King. Riben merah ditambah sebagai hiasan kotak putih itu. Separa sedar aku mencapainya sebelum melabuhkan punggung pada lantai dengan belakang disandarkan pada rangka katil.

          Penutup kotak aku alihkan ke tepi, mendedahkan gaun putih. Hujung jari menyentuhnya perlahan. Seakan mengusapnya. Tekstur fabrik masih sama seperti kali pertama aku menyentuhnya... tapi perasaanku sudah jauh berubah.

          Kedua-dua tangan mengeluarkan gaun itu dari dalam kotaknya. Fabriknya jatuh ke lantai, menyelimuti separuh badanku.

          "Awak belum nak tidur lagi ke?" Suara mengantuknya menyapaku di corong talian.

          "Hm. Belum lagi." Jawabku sebelum menanyakan soalan yang sama kepadanya.

           "Samalah." Jawabnya tetapi disambung dengan bunyi menguap. "Hehehe."

           "Kalau mengantuk, tidurlah dulu."

           "Hm... apa kata kita cerita pasal something interesting so saya tak mengantuk?" Cadangnya. Belum sempat aku bertanya, dia menyambung. "Awak nak kahwin umur berapa?"

            K-kahwin?

            "Hello..."

            Aku dapat merasakan bahang di kedua pipiku. Isy, dia nak cerita pasal kahwin je pun! Bukannya dia nak masuk meminang kau pun!

            "Hello?" Suaranya ditinggikan sedikit.

            "Hah?"

            "Ingatkan dah tidur tadi." Katanya. "Awak nak kahwin umur berapa?"

            Aku menelan liur. "Awak ni dah kenapa tiba-tiba nak cerita pasal kahwin? Tak naklah. Cerita pasal benda lain jelah."

            "Tak boleh ke? Isn't it normal? Orang lain bila bercinta pun mesti cerita pasal kahwin."

            "Hm... 30 tahun."

            "30?!" Terkejut sangat tu. "Lama lagilah kena tunggu ni."

             "Bila masa saya cakap saya nak kahwin dengan awak?" Balasku, bergurau.

             "Sure ke tak nak kahwin dengan saya?"

             "Cuba bagi sebab kenapa saya kena kahwin dengan awak. Hm... saya nak lima sebab."

             "Sebab saya muda, handsome, pandai, kaya, berbakat." Jawabnya tanpa memerlukan waktu untuk berfikir. Seakan dia sudah lama menghafal lima alasan itu.

            "Perasannya!"

            "I have another one." Dia diam sejenak. "Sebab saya suka awak."

           Aku memeluk erat gaun pengantin pilihan hatiku. Tertunduk, membenamkan wajah ke kain selembut sutera itu. Sekejap saja, semua emosi yang aku selindungkan, semuanya terapung ke permukaan.

          Aku suka dia. Aku betul-betul suka kat dia.

          Dada terasa sesak. Dengan setiap memori yang menyapaku, dada makin rasa terhimpit. Dengan setiap bayangan masa depan bersama yang hancur, esakan semakin memenuhi seluruh kamar.

          Tapi semuanya dah terlambat. Aku dah terlambat.

+

Hello assalamualaikum! Sebulan saya tak update. Entah ada lagi tak orang nak baca asdfghjkl. So sorry for taking a long time. Ikutkan hati, memang nak menulis je tiap hari tapi susah nak cari masa.

Finally, Daiyan dgn Mark broke up. Jgn marah tau hshshshshs I'll update again same time tomorrow. Good night

MelodramaWhere stories live. Discover now