Mark's POV 5

495 75 5
                                    

Tenang. Gembira. Berbunga. Gembi—haih. Gembira sangat ni sampaikan dua kali sebut gembira.

Aku mengerling gadis bergaun putih bak puteri yang duduk di sampingku. Secara tak sengaja aku terpandang kakinya yang kotor dibiarkan tanpa lapik.

"Mana kasut awak?"

"Oh." Dia menyengih. "Tumit dia patah."

Tawaku pecah. Dia mencebik.

"Awak berlakon dongeng Cinderella ke? Cinderella pun setakat tinggalkan kasut je. Tak adalah sampai patahkan tumit kasut."

"Dah dia nak patah! Nak buat macam mana lagi?"

Aku menggelengkan kepala. Bingkas bangun dan menyuruhnya agar tidak ke mana-mana sementara aku membuka bonet kereta dan mengeluarkan sepasang sneaker saiz 6. Aku kembali ke hadapan dan memberikannya sepasang kasutnya.

"Macam mana awak tahu saiz saya? Eh, kejap! Awak beli kasut ni untuk siapa?" Dia mengerutkan dahi.

Haih, Daiyan, Daiyan! Jangankan kasut saiz awak. Make up remover pun saya dah belikan untuk awak. Awak je yang tak tahu.

"Mana ada beli. Saya curilah."

"Hah!" Dia menekup mulut. "Seriuslah awak curi?" Keterujaan bersinar dalam sepasang mata bulatnya.

Ya Allah! Orang jujur, dia tak percaya. Orang bergurau, dia percaya pula.

"Gurau jelah!"

"Iya ke ni bergurau je?"

"Pakai jelah!" Aku tertawa kecil. "Cepatlah. Lepas tu saya hantar awak balik."

"Okay, okay." Dia tersenyum riang sambil menyarungkan kaki ke dalam kasut. "Wah!" Tawanya kedengaran.

Daen. Aku—aku rasa—aku nak kahwinlah.

Aku rasa suka dia.

Betul-betul suka kat dia.

Senyuman yang sering aku tahan kerana tak mahu kelihatan beriya di hadapannya, aku biarkan merekah, melebar sampai ke telinga. Gembira.

MelodramaWhere stories live. Discover now