Bab 38

374 72 7
                                    

Mangkuk berisi salad buah-buahan yang aku sediakan sendiri, aku letakkan ke atas kaunter dapur. Menyeluk telefon ke dalam poket celana dan menarik keluar telefon yang sudah hampir seminit bergetar. Butang jawab aku tekan.

          "Hm?"

          "You tengah buat apa?" Suara Dahlia menyapa.

          Aku mengerling salad buah-buahan itu. "Makan."

          "You sure ke tak nak datang award show malam ni?" Dahlia diam sejenak, mungkin menilik jam tangannya. "Sempat lagi ni kalau you nak datang."

          Aku menoleh ke arah cermin pentagon yang dilekat pada dinding. Mata sembap dan merah membuatkan aku mengeluh sinis. Make-uplah tebal mana pun, mesti ketara.

          "Hm. Malaslah nak keluar."

          Aku meletakkan telefon ke telinga dan menjongketkan bahu kanan, agar telefon tidak terjatuh. Mangkuk salad aku angkat, membawanya ke ruang tamu. Alat kawalan jauh televisyen aku capai, menghidupkan televisyen.

          "Lagipun I tahu, the result is fixed. Mesti I menang pelakon terbaik tahun ni. Like always." Selorohku.

          "Amboi, yakin dia tu lain macam!" Dahlia tertawa. "Okaylah. But if you change your mind, just call me."

          Buah belimbing dipotong kiub aku sumbat ke mulut. "Okay." Menjawab dengan mulut yang penuh.

          Panggilan telefon berakhir. Aku mencapai alat kawalan jauh lagi. Menekan butang suara sehingga penuh. Acara penyampaian anugerah industri lakonan sudah hampir ke penghujungnya. Sengaja duduk depan TV lewat sikit. Cuma berminat nak dengar nama sendiri.

          "Dan Anugerah Pasangan Terbaik tahun ini jatuh kepada..." Kad dibuka. "Mark Sufyan dan Suzy Reyez!"

          Garpu ditangan jatuh ke dalam mangkuk. Dentingan bergaung di seluruh rumah. Melawan tepukan gemuruh dari siaran langsung itu.

          Semua lensa kamera diarahkan ke mereka berdua. Pemenang Anugerah Pasangan Terbaik, Mark Sufyan dan Suzy Reyez. Denyar kamera langsung tidak membutakan mata mereka.

          Lengan si Jejaka dipaut oleh si Gadis. Saling berdampingan, menaiki tangga dan naik ke atas pentas yang terasa seakan milik berdua.

          "What the—?" Tawaku pecah. "Kat mana-mana ada. Macam tak ada orang lain je. Orang lain pun bercinta juga. Tak adalah asyik nak berkepit je."

          Angin yang tak berapa nak baik, bertambah buruk. Butang merah aku tekan. Skrin televisyen serta-merta mati. Mangkuk buah aku letakkan ke atas meja kopi. Lantas meninggalkan ruang tamu.

+

Lantai terazo dingin menjadi tempat aku melabuhkan punggung. Helaian kertas yang dikepilkan aku renung. 'Menanti Forever' tertera di muka depan. Helaian demi helaian aku belek, membaca maklumat peribadi barisan pelakon yang telah Dahlia sediakan sebelum penggambaran drama bermula. Sebelum aku mengenali—

          "Mark Sufyan."

          Namanya tertera di atas kertas. Font Times New Roman bersaiz 24 dan dihitamkan.

          "Let's see how much I know you."

          Laci almari bersebelahan katil aku tarik. Mencapai pen dan menutupnya semula. Kaki bersila, helaian kertas dengan maklumat peribadinya aku letakkan pada riba.

          "Nama, umur, alamat, blablabla..." Belakang pen aku jadikan telunjuk. "Hm. Makanan kegemaran..."

          "Awak suka makan apa?"

          "Hm... saya tak memilih sangat. Asalkan makan dengan awak."

           Keluhan sinis terbit. "Makanan kegemaran, lasagna?"

          Ok, skip.

           "Ahli keluarga..."

           Aku berfikir dengan dalam. Satu-satunya ahli keluarga Mark yang pernah bertemu denganku, hanya kakak kandungnya.

            Keluhan panjang aku helakan. Gambarnya yang dikepilkan sekali aku renung lama. Tangan secara tak sedar membawa mata pena dekat ke wajahnya. Bermula dari melukis misai, ke menghitamkan gigi dan menyambung keningnya.

           "Saya rasa saya tak pernah kenal awak, tapi kenapa saya tak boleh nak lupakan awak?"

           Deringan nyaring telefon, meragutku dari khayalan sendiri. Mata membulat setelah menyedari 'karyaku'. Tangan menekup mulut yang terlopong. Menolak helaian kertas ke lantai dan bingkas bangun. Panggilan telefon aku jawab.

           "H-hello?"

           "Assalamualaikum." Ucap pemanggil.

          "Waalaikumussalam." Aku kembali tersenyum mendengar suara Kak Diyana. "Kenapa call?"

          "Have you got my present?"

          "Present?" Aku terkebil-kebil.

          "Eh, kakak ada kasi tinggal dalam bilik. Belum jumpa lagi?"

          "Bilik?"

         Aku tergesa-gesa menuruni anak tangga. Berlari ke bilik Kak Diyana yang terletak di aras dua rumah. Pintu yang tak berkunci aku buka. Sejak Kak Diyana pulang ke Sabah, aku tak pernah menjejakkan kaki ke dalam bilik ini. Tambahan pula, aku terlalu sibuk dengan drama di sekelilingku.

         Sebuah kotak hadiah ditinggalkan di atas katil menarik perhatianku. Di dalam bilik serba putih itu, hanya ia satu-satunya yang berwarna merah. Sungguh kontra dengan palet warna bilik.

          "Apa ni?" Tanyaku.

          "Hadiah." Jawabnya ringkas. "Oh, I have to go. Open it and tell me if you like it. Love you, assalamualaikum!"

          Belum sempat aku berkata apa, talian mendatar. Aku menggelengkan kepala, tersenyum kecil. Kotak hadiah aku letakkan ke atas riba. Penutup aku buka perlahan.

           Fabrik lembut berwarna lembayung merangsang deria sentuhku. Perlahan-lahan, aku mengeluarkannya dari dalam kotak. Kening terangkat apabila mengetahui fabrik itu sebenarnya ialah selendang kepala.

           "Tudung?"

           Baru saja aku mahu mendail semula telefon Kak Diyana, Dahlia pula membunyikan telefonku buat kali keempat hari ini. Dengan keluhan, aku menjawab panggilannya.

            "You... dah tahu ke?"

           "Apa dia?"

           "Suzy."

          Dah kenapa pula Dahlia nak sebut nama dia? Menyampahlah!

         "Anugerah Pelakon Wanita Terbaik." Sambung Dahlia.

         "Dia... menang?"

         Dahlia berdiam diri terasa seperti satu tamparan kuat terhadapku. Aku tertunduk. Selendang di tangan aku pandang lama.

          "You janganlah sedih sangat. Lagipun you dah menang empat kali berturut-turut. Kita cuba lagi tahun depan, okay?"

          "Hm."

          Panggilan aku tamatkan. Titisan demi titisan jatuh ke fabrik lembut di tangan.

          Aku nak lari. Lari dari semua ni.

+

Korang rasa Mark dah move on ke?

MelodramaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt