Bab 23

322 61 0
                                    

"Kalau saya suka Suzy, awak nak buat apa?"

Aku berpaling semula menghadapnya. Pandanganku jatuh pada tangannya yang digenggam kuat. Buku jarinya memucat. Bukan mudah untuk dia mengajukan soalan itu. Sekilas pandang, sudah tahu.

"Awak nak saya buat apa?" Soalku pula.

Dia tertawa. Sinis. Sangat sinis.

"Aren't you even worried? What if lepas ni saya makin rapat dengan Suzy?"

"So? What if kalau awak makin rapat dengan dia?"

"DO YOU EVEN—" Mark menjeda. Nafasnya tak teratur. "Do you even like me for real?"

"Hm."

Riak wajahnya berubah. Aku maju selangkah.

"Hm. Saya suka awak. Sebab tulah saya tak cakap apa-apa bila awak rapat dengan dia. Jealous? Memang saya jealous. Tapi sebab saya suka awak, I put all my trust on you."

Genggaman jarinya semakin lemah. Akhirnya terlerai. Kebengisan wajahnya tak lagi kelihatan oleh sepasang mata milikku.

"Like I said, kalau awak suka kat dia, that's not cheating. Feelings can change. You can waver. But kalau betullah awak suka kat dia, I'll take you back. It doesn't matter if you still like me or not. As long as I still like you, I'll make you stay." Aku mengukirkan senyuman nipis. "Does that answer your question?"

Mark tertunduk. Tak ubah seperti anak kecil yang mengaku kesalahannya.

"As much as I trust, I hope you can do the same. Awak pun dah dengarkan apa yang Abang Azmi cakap? Saya dengan dia, tak ada apa-apa pun. Macam mana awak dengan dia, macam tulah saya dengan dia."

Mark mengangguk faham. Bibirnya muncung sedepa. Mengundang tawaku.

"Kan seronok kalau kita selalu gaduh." Luahku.

"Kenapa pula?!" Getusnya, membantah.

"Bolehlah saya dengar suara awak. Bila tengah gaduh, tiba-tiba banyak pula benda awak nak tanya."

"Sorry."

Aku menggelengkan kepala. Tidak mahu menerima kata maafnya. Dah nasibdapat boyfriend tak banyak cakap. Takkan nak paksa dia bercakap 24 jam pulakan?

"Malam ni awak free ke?" Tanya Mark.

Aku menggaru kepala. "Er... saya dah ada plan dengan someone."

"Someone? Siapa?"

"Adalah." Jawabku, berahsia. "Nanti... saya bawa awak jumpa dia."

Mendengarkan kata-kataku, Mark seakan lega. Dia mengangguk faham dan tidak lagi bertanya apa-apa.

+

Barang-barang dapur Dahlia letakkan ke atas kaunter dapur. Tepung gandum, serbuk penaik, telur, esen vanila, semua yang aku minta, semua dia belikan tanpa tertinggal satu pun. Ingatkan tadi nak juga ikut dia sekali pergi TESCO, tapi dia bersikeras nak aku duduk diam-diam kat rumah pula. Akur jelah.

"Semua dah adakan?" Soalnya untuk mendapatkan kepastian.

"Hm." Aku mengangguk.

"Kakak you bila nak sampai?"

Untuk pertemuan kali kedua kami setelah sekian lama memutuskan untuk mengikut haluan masing-masing, aku ingin melakukan sesuatu yang kami sering lakukan ketika masih kecil. Cuma bezanya kali ini, hanya ada kami berdua. Aku harap dia suka.

Aku pun dah ajak dia duduk dengan aku selama dia kerja kat sini. Walaupun rumah ni selalu rasa sunyi sebab besar dan hanya ada seorang penghuni tetap, mesti ianya lebih selesa jika dibandingkan dengan hotel. Lagi pula, aku dan dia bukannya orang asing. Adik-beradik. Wajarlah kalau dia nak tinggal kat sini. Lagi lama, lagi aku suka.

MelodramaWhere stories live. Discover now