Bab 34

389 72 7
                                    

"Mark!" Abang Azmi mematikan lamunanku. "Manager suzy call abang tadi. Dorang tengah on the way tapi ada accident pula. Nak patah balik, jalan jammed."

          Dahi Mark berkerut. Jelas bimbang akan keselamatan buah hatinya itu. Aku memalingkan wajah ke arah lain. Buat tak tahu jelah.

          "Mark practice skrip dulu, boleh?" Pinta Abang Azmi.

          "Boleh je tapi siapa nak baca part Nurul?"

          "Er... Daiyan!" Getusnya. Aku lantas menoleh, mata membulat. "Tolong jadi Nurul kejap, boleh?" Mohonnya dengan muka tak bersalah.

          Takkan Dahlia tak beritahu Abang Azmi pasal aku dengan Mark?

           Nak tolak, aku pula yang rasa bersalah. Lagipun inikan tempat kerja. Tak professionallah kalau aku campur hal peribadi dengan kerja.

           "Hm. Boleh je." Terpaksalah akur.

           "Thank you Daiyan." Ucapnya kemudian pergi tergesa-gesa.

          Aku menarik nafas sedalamnya. Mencapai buku skrip dan membelek ke mukasurat babak yang Mark dan Suzy sepatutnya lakonkan hari ini.

          "Kenapa awak dah tak nak kat saya?" Soalnya.

          Aku mendongak. Terkebil-kebil. Alih-alih dia tersenyum sinis.

          "The script." Ujarnya.

           Aku tunduk membaca skrip. Menyedari soalannya sebentar tadi hanya sebahagian daripada lakonan. Aku menghela nafas lega.

          "Kenapa? Takut tak boleh nak jawab?" Soalnya lagi.

          Aku menyemak skrip. Tiada soalan seperti itu. Lantas aku mendongak.

          "Kalau tak suka, boleh je terus-terang dari awal lagikan?" Sambungnya.

          Itu juga tiada dalam skrip.

          "Which page are you on?" Aku bertanya, takut aku terlepas pandang.

          "Kenapa awak dah tak nak kat saya?"

          Aku menahan rasa amarah. Mula mendalami watak Nurul dan membaca skrip.

          "Awak tak nampak ke macam mana orang lain pandang saya—"

          "Kenapa awak dah tak nak kat saya?" Ulangnya. Buku skrip ditutup dan menatapku tajam. "I want the real answer. At least then I can say something real happened between us."

           Sekali lagi, apa yang dia katakan di luar skrip. Lama berfikir, aku akhirnya mengerti apa yang dia cuba lakukan. Buku skrip di tangan aku tutup. Meletakkannya ke tepi.

          "Perlu ke ada sebab?"

           Pandangannya terhadapku berubah. Dia kelihatan... terluka. Namun laju-laju dia sembunyikan ekspresi sebenarnya.

          "Then kenapa awak nak sembunyikan pasal kita?"

          "Sebab—"

          "Sebab awak dah lama dengan dia ke? Lebih lama dari awak dengan saya?"

          Tawa sinisku pecah. "Awak nak tuduh saya curanglah ni?"

          "I'd like to believe that. I prefer that lie. I wish awak betul-betul curang and that's the reason kenapa awak dah tak nak kat saya."

          Setiap kata-katanya membuatkan aku bungkam. Kelu.

          "But that's not the truth." Dia berpeluk tubuh. "Awak sembunyikan pasal kita so awak boleh buang saya bila-bila masa awak nakkan?"

          "Saya tak pernah—"

          "Kita boleh pergi jauh mana?" Dia tertunduk. "Sejak awal lagi, awak selalu fikir macam tu, kan? Kenapa? Sebab saya muda dari awak? So awak rasa, semua benda yang saya buat, semuanya main-main je? Rasa saya tak pernah nak serius?"

         Mark meraup wajahnya.

         "When you said this is just cinta monyet, it makes me want to try harder. Saya nak buat awak bahagia so you can finally look at me and think 'oh, he wants me for real' because I do. I want you. Not temporarily, but for a long time."

          "Mark—"

          "Awak sedar tak apa yang saya buat selama ni? I try to talk more when I'm around you so awak rasa selesa dengan saya. I keep my mouth shut bila awak sedih sebab saya faham awak perlukan masa. I took you to meet my friends sebab saya nak awak tahu, you're a part of my life. Tapi awak tak pernah nampak semua tu because you keep thinking it's going to end anyway."

             "Awak ingat awak seorang je ke yang try hard?" Aku menggenggam erat hujung kemejaku. "What about my feelings? Bila orang lain attack saya sebab rapat dengan awak, bila orang lain bandingkan saya dengan dia, bila orang lain sokong awak dengan dia, pinggirkan saya, what about those times? Pernah ke awak tanya saya okay ke tak? No! Now you said you stayed silent, bagi saya ruang sebab awak faham saya?"

          Aku diam sejenak. Menyedari pertengkaran kami meraih perhatian yang lain.

          "It's easy for you to smile when you're with her but with me? And just now, awak sedar tak how worried you look bila dengar pasal dia?"

          Aku bangun dari kerusi. Tidak terlepas dari memandangnya.

          "Saya tak rasa awak betul-betul suka kat saya. That's why saya pilih nak sembunyikan pasal kita. Maybe you should go to her."

          "Er... Mark? Daiyan?" Abang Azmi mencelah. "Korang okay ke?" Suaranya diperlahankan.

          Aku menghela nafas panjang. "Sorry." Aku memaksa senyuman. "I brought the wrong script."

          Mark turut bangun. Mungkin mahu memberi alasan yang sama. Walaupun pertengkaran tadi tetap kedengaran meragukan.

          "I didn't. I meant what I said." Tuturnya perlahan.

          Dia memandangku sejenak... dengan mata berkaca. Kecewa. Marah. Terluka. Buat pertama kalinya, dia menunjukkan perasaan sebenarnya kepadaku.

          Aku terduduk.

+

Fun fact: idea utk tulis Melodrama starts from this scene. Masa tu dah landing atas katil, nak tidur. Tiba-tiba ter-imagine scene ni and I was like, "I have to write a novel with this scene". Terus tak jadi nak tidur hshshshs

MelodramaWhere stories live. Discover now