Mark's POV 2

400 65 6
                                    

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Rileks Mark. Macamlah kau tak pernah approach perempuan.

Er... tapi memang tak pernah pun. Ah!

"I'll take Espresso."

"I'll take the same." Aku terus menyerahkan kad kreditku kepada pengurus kafe itu.

Sementara menunggu pembayaran dibuat, aku mengerlingnya. Baru menyedari kekeliruan di wajahnya mungkin berpunca daripada wajahku yang dilitupi mask hitam. Lantas aku menariknya ke bawah tanpa melihatnya.

Kejap. Dia kenal aku ke?

"Mark Sufyan?" Sebutnya.

Aku hampir terbatuk. Rilek Mark. Rilek. Kau kena bertenang.

Kepala aku angguk. Merasakan itulah jawapan ter-macho yang mampu aku berikan. Dia kelihatan terperanjat tetapi terus melangkah mencari meja kosong. Sehinggalah lampu denyar tak henti menyerang kami.

Dia tunduk. Kelihatan kurang selesa meskipun bibirnya tak henti mengukirkan senyuman.

Tanganku naik, mahu menggaru kepala kerana terasa janggal. Tetapi hujung jari menyentuh fabrik keras. Topi!

Aku menanggalkan cap hitam milikku lalu aku pakaikan ke kepalanya. Rambut yang selekeh aku raup. Dah terlanjur bagi kat dia. Takkan nak ambil balikkan?

Tapi... bila nampak dia senyum...

K-kenapa... uish!

Manis gila senyuman dia.

Astagfirullaladzim. Ana rasa ana jatuh cinta—eh!

Jangan, Mark. Tengok arah lain. Tengok burung, langit, pokok, dia—eh!

Lama lagi ke aku kena duduk sini? 

MelodramaWhere stories live. Discover now