Mark's POV 1

481 62 2
                                    

Mesej daripada Anep masuk ke dalam peti. Memberitahu dia menungguku di lobi gymnasium yang baru sekali dua aku kunjungi.

Dari jauh, aku melihat seorang gadis masuk ke dalam lif. Malas menunggu lif seterusnya, aku mempercepatkan langkah. Menyelitkan tangan ke dalam sebelum pintu sempat tertutup sepenuhnya.

Gadis itu terbeliak melihatku seakan ternampak jelmaan langsuir. Aku memegang dagu. Terasa mask masih menutup wajah.

Aku hodoh sangat ke sampaikan dia terkejut macam tu?

Mungkin menyedari aku memandangnya, dia laju-laju mengalihkan pandangan ke arah lain. Seakan-akan mahu menyembunyikan wajahnya.

Malulah tu.

Pintu lif terbuka dan aku melangkah keluar terlebih dahulu. Takut lama-lama duduk dalam situ, dia kena serangan jantung pula.

"Eh, Mark!" Anep berlari ke arahku. "Bukan yang tadi tu... Daiyan Islam ke?"

"Daiyan Islam?" Aku kembali menoleh ke belakang, hanya sempat melihat gadis tadi melangkah ke luar. "Daiyan Islam yang... pelakon tu?"

"Iyalah!"

"Oh."

Patutlah dia terkejut nampak orang. Mesti tadi dia panik sebab tak pakai cap.

MelodramaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora