Bab 4

518 91 2
                                    

Layanan istimewa.

  Dua perkataan, apa yang muncul dalam fikiran tatkala membacanya? Lain orang, lain layanan istimewa yang pernah mereka terima. Semua orang suka menerima layanan istimewa. Jangan nafikan. Itu fakta. Aku pun macam tu juga. Aku pergi mana-mana, semua orang layan aku macam aku ni tuan puteri. Istimewa sangat.

Aku tak kisah kalau orang nak layan aku dengan istimewa, cuma... terkadang, layanan tu buat aku terasa diri aku ni kecil sangat. Seakan aku tak akan dapat hidup tanpa semua layanan istimewa itu. Salah satunya, watak yang aku pegang dalam filem dan drama.

Orang lain bersusah-payah, bersekang mata berlatih untuk uji bakat watak yang mereka inginkan. Sedangkan aku, setiap kali ada filem atau drama baharu yang bakal diterbitkan, tawaran berlakon watak utama bertimbun di atas meja. Sampaikan ada sesetengah pengarah yang sanggup berjumpa sendiri denganku, merayuku untuk setuju berlakon dalam filem mereka.

Layanan istimewa itu, aku tak perlukannya. Aku ada bakat. Aku boleh dapat watak utama walaupun perlu menghadiri uji bakat. Bersaing dengan ratusan pelakon. Aku yakin dengan bakat yang aku ada, tapi kenapa semua orang memandangnya sebelah mata? Populariti yang aku ada sekarang, bukankah itu juga hasil titik peluhku dalam bidang lakonan? Lalu mengapa mereka acap kali mengetepikan bakatku?

"Let me get this straight. You dah setuju nak beri Daiyan watak utama, tapi sekarang you cakap she will be a supporting cast?" Dahlia ketawa sinis.

"Bukan supporting cast, Cik Dahlia tapi second female lead. Bukan watak minor." Jelas pengarah drama itu yang kami gelar Abang Azmi.

Aku menundukkan kepala sepanjang perbalahan mereka berlangsung. Malu dengan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Begitu juga dengan mereka yang berada di luar.

Suara Dahlia lantang. Bahkan bilik kedap bunyi pun tidak dapat menghalang suaranya daripada sampai ke luar.

"Siapa yang akan mainkan watak Nurul?" Aku bersuara jua akhirnya.

"Suzy Reyez." Jawab seorang wanita yang duduk bersebelahan dengan Abang Azmi.

Sebelah keningku terjongket. Suzy Reyez?

Siapa sangka model itu mula berminat untuk menceburi bidang lakonan? Secara kasarnya, dia tak curi watak aku. Dia dapat watak tu dengan adil. Hasil daripada uji bakat yang dia hadiri. Itu aku akui tapi—aku bukan jenis yang mudah mengalah. Tak kiralah siapa betul, siapa salah. Selagi aku belum beri yang terbaik, selagi itu akan terus mencuba. Sampailah aku dapat apa yang aku inginkan.

"Daiyan nak ikut audition." Umumku.

"Audition?" Abang Azmi memandangku.

"Daiyan, stay quiet. Tak perlu nak ikut audition. You layak dapat watak utama." Dahlia mencelah.

Aku mendongak akhirnya. Memandang wajah-wajah yang ada di dalam bilik mesyuarat itu satu-persatu.

"Daiyan nakkan watak Nurul and I'm going to audition for it. Bolehkan? Unless, Abang Azmi memang nakkan Suzy Reyez pegang watak tu." Aku bersikeras.

"Tapi, Suzy, Mark dan yang lain akan datang untuk tengok uji bakat Daiyan. Keputusan bukan di tangan abang seorang. Yang lain pun akan berikan pendapat masing-masing. Daiyan rasa Daiyan boleh buat?"

Aku mengangguk. Yakin.

Aku lantas meminta diri dan meninggalkan kamar mesyuarat. Seperti yang aku jangka, para pekerja syarikat, ramai yang berkumpul di sepanjang laluan ke kamar mesyuarat. Memasang telinga.

Tapi aku tak kisah. Yang aku tahu, aku akan dapatkan watak utama.

+

"Cut!" Jerit Abang Azmi.

Aku mengesat air mataku. Emosi sedih yang menguasai diri sebentar tadi dengan mudahnya aku hilangkan. Kini memandang barisan pelakon, penulis skrip dan Abang Azmi dengan wajah yang serius. Sesi ujibakat baru saja selesai dan sesi untuk menjawab pertanyaan mereka pula bermula.

"Kenapa Daiyan nak sangat watak Nurul? Daiyan pernah lalui kritikan tentang rupa Daiyan ke?" Tanya Abang Azmi.

Aku menggelengkan kepalaku.

"Sejujurnya, Daiyan tak pernah hadapi apa-apa masalah dengan rupa Daiyan. Ya, memang ada kritikan tentang penampilan Daiyan, tapi Daiyan percaya that if I believe that I'm beautiful, then apa yang orang lain cakap, tak penting."

Dari hujung mata, aku menangkap Suzy Reyez mengetap bibirnya. Menahan tawa. Sedangkan Mark yang duduk di sebelahnya pula, yang mengenakan sweater merah hari itu, memasang muka seriusnya.

"In my opinion, apa yang penting dalam bidang lakonan ialah peluang untuk melihat dunia melalui mata orang lain. Daiyan seorang yang yakin dengan kecantikan sendiri. Nurul pula yang sebaliknya. It's very interesting. Daiyan nak tengok dunia dari mata Nurul. Daiyan nak tahu apa perasaannya bila semua orang di sekeliling mencemuh Daiyan."

Penulis skrip mengangguk kepala. Kagum dengan jawapan yang aku berikan. Dahlia juga tidak bersuara walhal dia begitu menentang keputusanku. Tiba-tiba, Mark Sufyan mengangkat tangannya. Meminta izin untuk menyoalku.

"Awak kata awak yakin dengan kecantikan awak. Awak tak rasa ke itu akan bagi masalah kat awak?" Mark berdehem kecil. "You're pretty meanwhile Nurul supposed to be not pretty. Macam mana awak nak yakinkan penonton yang Nurul ialah seorang yang hodoh?"

Diam-diam, soalan dia mencabar juga.

"The power of words." Jawabku. Menatapnya. "Bagi saya, kata-kata ialah sesuatu yang kuasanya, mengatasi segalanya. Orang lain boleh melihat dengan mata, tetapi dengan kata-kata, perspektif boleh diubah. From my point of view, she isn't bad looking. Cuma, itu pendapat orang lain di sekeliling dia. Bertahun-tahun mendengar kritikan negatif tentang rupa dia, akhirnya dia sendiri percayakan kata-kata orang. It's not that she's ugly. She just doesn't believe that she's pretty because she doesn't have someone to tell her that."

Hujung bibir Mark menjongket ke atas. Anggukan kepala yang tidak ketara dapat aku lihat. Dia kembali menunduk. Membelek buku skrip di hadapannya.

"Okay, Daiyan. Daiyan boleh tunggu kat luar. Kami akan berbincang dan maklumkan Daiyan keputusan audition hari ni secepat mungkin."

Aku bingkas bangun dari kerusi. Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir hari itu kerana memberikanku peluang.

+

MelodramaWhere stories live. Discover now