Bab 32

365 71 8
                                    

"D! You kat mana sekarang?" Suara nyaring Dahlia hampir memecahkan gegendang telingaku.

          Aku menggosok perlahan cuping telinga sebelum merapatkan semula telefon ke telinga. Pantulan jejaka bersut hitam pada cermin aku kerling. Matanya fokus ke jalan bertar di hadapan, tetapi mulutnya tak henti menyanyi kecil. Gembira.

         "You tahu tak dah berapa kali I receive calls pasal you keluar dengan CEO biadab tu?!"

          "So?"

          "So?! Daiyan Islam! Do you even know what kind of news dorang publish pasal you? Siap ada gambar dia depan rumah you lagi! Some even speculate you dengan dia dah nikah senyap-senyap!"

          Nikah senyap-senyap? Aku? Dengan mamat ni?

          "That's not true."

          "Yes. I tahu benda tu tak betul. Tapi masalahnya, netizen nak ke percaya cakap I? Selagi CEO tu sendiri tak buka mulut, tak deny, selagi tulah orang takkan percayakan I!"

          "Ya... tahu." Aku mengeluh kecil. "That's what I'm trying to do right now." Suara aku perlahankan.

          "You dengan dia ke sekarang ni?"

          "Hm." Kereta membelok ke kanan sebelum berhenti di hadapan sebuah hotel bertaraf lima bintang. "I'll call you later." Panggilan aku tamatkan.

          "I hope you tak kisah kita makan kat sini. I suka dengan masakan chef dia."

          Lantaklah. Aku datang sini bukannya sebab nak makan dengan kau pun.

+

General Manager hotel sendiri membawa kami ke meja yang ditempah untuk dua orang. Nampaklah macam mana berpengaruh CEO biadab ni. Jangankan GM hotel, walau presiden USA sekalipun yang jadi pelayan, aku tak hinginlah dengan dia!

          Aku memandang sekeliling kami. Hanya ada dua, tiga pasangan kekasih yang berada di dalam restoran terletak di tingkat 17 hotel bertaraf lima bintang ini. Tapi kalau semua dah sibuk nak ambil gambar, tuding jari kat aku, dua-tiga minit lagi tularlah khabar angin baharu pasal aku.

          Hotel lima bintang, tapi tak ada privasi langsung.

          "Can we talk somewhere else?" Aku memberi isyarat kepadanya untuk melihat sekeliling kami. "Somewhere more private?"

          "Oh." Faham akan maksudku, dia memandang GM hotel di sampingnya.

          Akur dengan permintaannya, kami dibawa ke sebuah bilik di dalam restoran itu. Kerana meja bulat besar diletakkan di dalamnya, kamar yang luas itu terasa sempit. Tapi eloklah kalau dibandingkan dengan sebelum ini. Luas tapi menyesakkan.

          Kerusi dia tarik untukku. Siap menayangkan senyuman bak jejaka budiman. Aku melabuhkan punggung di kerusi lain. Tak mengendahkan sama ada dia tersinggung atau tidak. Itu bukan hal aku.

          "Are you ready to order?" Tanya pengurus hotel itu.

          "Yes—"

          "We'll order later." Aku mencelah.

          Dia mengangguk faham kemudian beredar. Ikutkan hati yang dah geram sangat kat CEO tu, nak je aku pesan makanan banyak-banyak. Makanan yang paling mahal, paling mewah kat sini. Nasib baiklah masih ada sikap bertimbang rasa, tak nak membazir makanan.

          "Sorry pasal tadi. I terlupa pula you ni public figure." Dia memohon maaf.

          "Arief Farhan." Aku bersandar pada kerusi. "You know, first time kita berjumpa, I tertanya juga you kerja apa. Bukan nak berlagak kaya tapi I tahu cuma golongan atasan je yang mampu beli rumah in the same neighbourhood as me. Doktor pakar? Peguam? Hakim? Tak pernah pula terlintas yang you... are a CEO. Big company, on top of that."

          Dia tersenyum bangga. Mendabik dada atas pencapaiannya.

          "The first time we met, that day, I sepatutnya ada dinner date dengan seorang CEO ni. Weirdly, dia tiba-tiba cancel our date. Siap suruh I main teka siapa dia pula tu. So, dah lama ke you plan semua ni?"

         Ekspresinya berubah. Postur duduknya ditegakkan. Alis bertaup.

          "I—" Dia membuka mulut.

          "You know, I try untuk bersangka baik. After all, you look like someone yang—tak ada niat jahat. But then I perasan, semua media yang keluarkan gossip pasal kita, semuanya ada hubungan dengan company you. Guess what? All of them are under your company."

           "Daiyan... I can explain—"

          Aku mengeluarkan telefonku. Meletakkannya ke atas meja.

          "Yang ni pasal apa pula? Kita dah kahwin senyap-senyap? Is this... some type of way you nak melamar I?" Tawa sinisku pecah.

          "Is that a bad thing?" Soalnya tanpa rasa bersalah.

          "What? Kahwin senyap-senyap? Eloklah kalau orang husnuzon kita sebenarnya dah kahwin. But what about the rest of them? Yang kata I ni perempuan murahan, bawa lelaki keluar masuk rumah I? This isn't just about me! Ini pasal maruah I, maruah keluarga I! You sedar tak apa yang you dah buat?!"

          "I just nak tolong you!" Bentaknya. "Bila ramai percaya you dengan Azmi bercinta, ramai yang doubt you. Cakap you dapat watak tu sebab connection dengan director. I tahu you tak suka bila orang doubt bakat you, that's why I korbankan—"

          Korbankan? Gila punya orang!

          "I ada minta ke you tolong I?! Kenapa you beriya sangat nak tolong I? Sebab I perempuan, so nampak tak berdaya nak tolong diri sendiri? Nak mengharapkan mana-mana lelaki tolong I?"

          "But I was right! You dengan Abang Azmi, tak ada apa-apa hubungan pun. I was right."

          Ya Allah! Aku nak guna bahasa apa lagi nak fahamkan orang gila ni? Penatlah nak bertekak. Kejap lagi boleh hilang suara aku.

          "Bukan dengan Abang Azmi." Aku menatapnya tajam. "Tapi dengan Mark."

          Matanya bundar. Jelas tak pernah mengambil tahu siapa identiti jejaka yang bersamaku di Beijing itu.

          "For a long time, hidup saya statik. Kosong. Bangun pagi, pergi kerja, pulang kerja and the same things repeat again and again. Setiap hari." Aku tertunduk. "Lepas Mark muncul dalam hidup I, semuanya berubah. Waktu malam yang dulu I habiskan dengan hafal skrip, I replaced it with talking to him on the phone. Pilates, jogging, going to the gym, benda yang I benci, I start to like doing them. 'I need to stay healthy so I can be with him for a long time', that's how I start to think."

           Aku menggigit bibir. Segala yang aku luahkan, datang dengan sendiri. Bahkan hal-hal kecil yang aku lakukan untuknya, hal-hal yang tak pernah aku sedari sebelum ini, semuanya semakin jelas.

          "Hidup I yang statik, berubah. It feels like... a melodrama. I start to feel emotions that I never felt before. Dia buat I... rasa hidup I ada makna. Tak kosong macam dulu."

          Nafas aku tarik sedalamnya. Menolak kerusi dan gagahkan diri untuk bangun.

          "Tapi sebab apa yang you dah buat—" Aku mengetap bibir. Sukar untuk menyatakannya.

          Telefon yang aku letakkan di atas meja aku capai. Butang halaman utama aku tekan. Gambar tangan Mark yang diletakkan pada stereng kereta menghiasinya. Bibir tersenyum kelat.

          "So, please. Stop." Aku menghabiskan kata terakhir dan meninggalkannya.

MelodramaWhere stories live. Discover now