Bab 37

361 68 5
                                    

Nasi bersama lauk-pauk dihidangkan. Ikan masak tiga rasa, ayam masak butter dan bermacam lagi jenis hidangan. Semua merangsang selera. Tapi bila lihat dua pasangan kekasih di depan mata begitu mesra, hilang selera.

          "Mark, tolong ambilkan sudu tu boleh tak?"

          Aku memanjangkan tangan. Belum sempat aku mencapai sudu yang terakhir di dalam bekas yang disediakan, tangan seseorang mendahuluiku. Pandanganku dan Mark bertaut buat seketika sehingga Suzy mencuit bahunya.

          "Oh." Mark menyerahkan sudu itu kepada Suzy, yang kemudiannya tersenyum manis hanya untuk jejaka itu.

          Nak show off sweet depan orang ke?

          "Kak Daiyan," Dayang menepuk bahuku. Bekas yang penuh berisi sudu dan garpu dia berikan kepadaku. "Nah!"

          Aku membalas dengan senyuman, tanda terima kasih.

          "Dayang nak makan ikan tak? Akak ambilkan."

          "Eh, boleh juga!" Dia menyengih, menyuakan pinggannya kepadaku.

          "So apa plan Mark lepas ni? Nak sambung belajar ke, nak terus berlakon?" Tanya Abang Azmi.

          Aku berpura tidak mengendahkan perbualan mereka walhal telinga sentiasa mendengar. Kerana lauk ikan tiga rasa sedikit jauh daripadaku, aku terpaksa bangun. Alih-alih, hujung blausku ditarik.

          "Oh. Saya ingatkan nak—" Percakapan Mark terhenti.

          Dia tunduk. Memandang tangannya yang sedang melipat hujung lengan blaus yang aku kenakan, agar tidak terkena kuah. Dia terkebil-kebil. Dengan perlahan mengalihkan tangannya dan melihat Abang Azmi semula.

          "Er, sambung belajar." Jawabnya kekok.

          "You tak ada terima tawaran berlakon ke?" Tanya Suzy pula.

          Aku memindahkan isi ikan ke pinggan Dayang dan duduk semula. Mulai resah. Berhalusinasi mereka dapat mendengar degupan jantungku yang begitu kencang dek perlakuannya yang bagaikan refleks tadi.

          "Ada je, but—" Dia mengerlingku. "Saya tak rasa bidang lakonan sesuai untuk saya."

          Aku tertunduk.

          "Oh." Suzy menjuihkan bibirnya, seakan merajuk.

          "Eh, Suzy! Macam sedih je tak dapat jumpa Mark lagi!" Usik pembantu pengarah.

          "Eh, tak adalah!" Suzy tersipu malu.

           "Kalau rindu, apa susah? Pergilah jumpa Mark kat kampus. Bolehlah Mark kenalkan sekali girlfriend dia ni kat kawan-kawan dia!"

          Girlfriend?

           Semua orang kecuali Abang Azmi dan Dahlia berwajah selamba. Seakan semua sudah tahu akan kisah cinta dua pelakon utama itu. Bahkan Mark juga tersenyum kecil, seakan mengakui kesahihan hal yang aku sangkakan hanyalah jenaka.

             Aku... rasa diperbodohkan.

          "Kak Daiyan, kenapa makan nasi je?" Dayang bertanya.

           Aku meletakkan sudu dan garpu ke bawah. Menggelengkan kepala. Menambah senyuman. Berharap tiada sesiapa yang memberikan perhatian terhadapku.

         Makan malam diteruskan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Betullah kata orang. Kita takkan pernah tahu apa yang bermain dalam fikiran semua orang.

           Di meja yang riuh-rendah dengan gelak ketawa, di meja yang sama itu, ada seseorang yang tak mampu tertawa. Tak kiralah kerana lelucon basi atau jenaka klise. Bahkan bibir jua tak mampu mengukirkan senyuman. Inikan pula menyuarakan tawanya.

          "Kak Daiyan nak pergi mana?" Dayang mendongak, memandangku.

          "Nak keluar, ambil angin kejap."

          "Tak nak tunggu desert ke?"

          "Tak apalah. Akak dah kenyang."

          "Oh. Okey."

          Aku menolak kerusi ke bawah meja dan meminta diri. Mungkin kerana hujan turun dengan lebat sebentar tadi, bumi yang basah terasa dingin. Tetapi dibandingkan dengan suhu dalam restoran tadi, di luar sedikit hangat.

        Aku mengatur langkah tanpa destinasi. Batu-batu kecil di jalan aku sepak perlahan, terhibur melihat mereka berguling jauh dariku. Kaki aku ayunkan lagi. Tiba-tiba, badan hilang keseimbangan dan aku—

        Wangian jejaka menyapaku. Aku meneguk liur. Kedua bahuku dipegang erat, menyambutku daripada terjatuh. Kaki terasa lemah. Bukan kerana hampir terjelepok, tetapi kerana mengecam wangian itu.

          Aku menepis tangannya. Meneruskan langkah, mahu menjauhkan diri tetapi terhenti apabila rasa sakit menusuk buku lali. Sekali lagi, dia menyambutku.

           "Lepaslah!" Aku berpaling ke belakang, menghadapnya.

          Mark diam membisu. Dia merendahkan badannya. Memeriksa buku laliku yang mungkin terseliuh kerana tumit kasut tersangkut di lubang kecil pada jalan.

          "Tunggu sini kejap. Saya ambil kasut." Dia bangun semula.

          "Can you just stop?!"

          Mark kaku. Membelakangiku.

          "Kalau awak suka kat dia, then just—take care of her. Awak tak payahlah nak tolong saya. Saya tak nak apa-apa dari awak. Saya tak nak—saya tak nak tengok awak, awak faham tak?!"

          "Kenapa?" Mark menatapku. "Awak marah ke kalau saya rapat dengan dia? Cemburu? Tak suka?"

          "Ya! Memang saya tak suka! Saya benci!"

          Awak nak sangatkan dengar saya cakap macam tu?

          Mark tertawa sinis. "Sorry, but who are you to say that?" Dia menggaru kepala. "Seingat saya, kita tak rapat mana pun. So kenapa awak nak cemburu pula? In fact, saya tak kenal awak pun. We're just—rakan sekerja, right?"

          Tak kenal saya? Rakan sekerja?

          "Right, Cik Daiyan?"

          Air mata laju-laju aku kesat dengan hujung lengan blaus yang masih berlipat.

          "Then kenapa awak ikut saya?"

          Sekali lagi dia tertawa sinis.

          "Bila masa saya ikut awak? I was just—going to 7E." Jari dia tuding ke arah kedai 24 jam yang tidak jauh dari kami. "Kebetulan awak nak jatuh. So saya sambutlah. Takkan nak tengok je awak jatuh?"

          Mark, awak betul-betul nak layan saya macam ni ke?

          "Fine, then go! I don't need your shoes!"

          "Okay." Dia menghayun langkah, merapatiku. "Oh, by the way, lap air mata tu boleh tak? Nanti orang lain nampak, dorang ingat kita couple tengah bergaduh pula." Tambahnya kemudian berlalu pergi sambil bersiul kecil.

          Sama sepertinya, aku cuba untuk berlalu pergi. Tapi penglihatan semakin kabur. Hati sakit, ditambah lagi dengan perit yang menusuk buku lali. Setelah tiga langkah, aku berputus asa. Mengheret kaki ke bahu jalan sebelum jatuh, terduduk.

         Kaki aku dekatkan ke dada. Membenamkan wajah di antara lutut. Tak ambil peduli akan orang yang lalu-lalang. Tak mengendahkan imejku di mata yang lain.

         Aku nak lupakan dia. 

MelodramaWhere stories live. Discover now