Mark's POV 3

388 62 1
                                    

Bahuku ditepuk perlahan. Daenish menyerahkan secawan coklat hangat kepadaku. Aku menjongket kening, tanda terima kasih sebelum kembali membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh para peminatku dan Suzy yang membanjiri gambar semua yang terlibat dalam penggambaran drama.

Aku membesarkan gambar itu. Fokus ke muka Suzy yang sedang tersenyum seperti biasa. Coklat hangat buatan Daenish aku hirup.

Kenapa diorang ship aku dengan Suzy eh? Kitorang nampak sepadan ke?

Aku membesarkan lagi gambar. Kali ini, fokus ke Daiyan Islam. Senyuman dengan automatik terukir. Bagaikan refleks setiap kali melihatnya.

"Bukan main lebar lagi kau senyum. Tengok apa tu Mark? Tahulah malam ni malam Jumaat tapi kau kan bujang lagi." Seloroh Daenish sebelum meleraikan tawa. Suka sangat terhibur dengan lawak sendiri.

Pengakuan Daiyan tempoh hari bermain dalam fikiranku. Sejujurnya, aku tak kisah pun dia palsukan latar belakang dia tapi... kalau boleh, aku tak nak hubungan kami sampai hujung drama ni je. Tapi dia nak ke kat aku?

"Daen." Panggilku.

"Aku malas nak masak."

"Dengarlah dulu!"

"Apa dia?!" Bentak Daenish.

"Aku rasa aku nak kahwinlah Daen."

"Hah?!" Daenish menggelengkan kepala. "Sah! Kau ni memang dah kena jampi. Cuba cakap perempuan Siam mana kau usik?!"

"Bukan itulah!"

Isy, cakap dengan dia ni boleh naik darah aku!

"Aku—aku suka Daiyan!"

"HAH?!" Daenish menyemburkan coklat hangatnya. "D-dia suka kat kau juga ke?"

"Yang tu aku tak pasti tapi... I think so."

Daenish menekup mulut. "Astagfirullahaladzim Mark. Bila masa kau pergi Siam jumpa bomoh?"

Eiii, budak ni! Nak je aku terajang!

Daenish melekapkan tapak tangannya. Menyengih, memohon maaf.

"Gurau je. Rilek bro, rilek." Dia menggaru kepala. "Okay. So kau suka dia, dia suka kau. So, apa masalahnya?"

Eh. Ha'ahkan. Aku suka dia, dia suka aku. Dah tu, apa masalahnya?

Aku bingkas bangun.

"Daen, aku keluar kejap tau!"

Kalau tak ada masalah, tunggu apa lagi?

MelodramaWhere stories live. Discover now