Bab 45

513 75 10
                                    

Tangan laju mendail nombor. Telefon aku rapatkan telinga.

"H-Hello?"

Jantungku berdegup kencang. Gemuruh. Tak lama kemudian, suara mamai menyahut di hujung talian.

"Daenish!"

"Uish! Kau dah kenapa menjerit?"

"K-kau kat mana ni? Kau datang ambil aku sekarang!"

Tanpa menanti jawapannya, aku mematikan panggilan. Sebaik sahaja melangkah keluar, Dahliah menghalang jalanku. Trofi masih di tangannya.

"You nak pergi mana?"

"I—I nak jumpa dia."

"Hah?!" Dahliah memperlahankan semula suaranya, "You gila ke? Dia dah nak kahwinlah D. Jangan buat kerja gila boleh tak?"

"I nak jumpa dia." Ulangku, cuba untuk meloloskan diri.

"No!"

"Dahliah!" Aku menatapnya tajam. "I nak jumpa dia. Please."

"Kalau dia dah tak nak jumpa you?"

Kemungkinan untuk Mark menolakku, terlintas dalam fikiran. Namun begitu, hati bertegas untuk menunaikan keinginannya. Dahlia melepaskanku. Mengeluh panjang, mengurut dahi.

"Don't say I didn't warn you." Tuturnya perlahan, berputus asa.

Aku mengangguk. Faham akan padah daripada keinginanku itu.

Semakin lama, langkahku semakin laju. Tatapan orang ramai aku tak endahkan. Tak hiraukan apa pandangan mereka terhadapku ketika itu. Kerana aku tahu satu-satunya yang penting saat ini, hanyalah untuk menemuinya.

"Ah!"

Langkahku terhenti seketika. Aku tunduk, memandang kaki. Menggigit bibir tatkala memandang tumit kasut yang tercabut sepenuhnya. Telefon bergetar.

Daenish: Aku kat luar.

Tak boleh. Aku tak boleh putus asa.

Kasut aku tanggalkan. Meneruskan larian meskipun buku lali terasa sedikit pedih.

Sama seperti Daenish katakan, dia sudah menungguku di laluan belakang bangunan. Jauh daripada peminat dan tentu sahaja jauh dari wartawan hiburan.

"Eh, kenapa dengan kasut kau?" Soal Daenish.

Aku menarik sisa gaun panjangku agar muat ke dalam kereta sementara kasut yang aku tanggalkan, aku biarkan di atas riba. Mengotorkan gaun.

Haih, kenapalah aku pilih gaun ni?

Pintu kereta aku tutup. Kemudian memandang Daenish yang masih kelihatan keliru dengan situasi ini.

"Aku nak jumpa Mark."

Dalam sekelip mata, kekeliruannya hilang dan digantikan oleh senyuman lebar. Brek tangan dia lepaskan. Masih dengan senyumannya.

"Let's go!" Jerit Daenish sekuat hati.

+

Kereta Daenish meluncur jauh dari ibu kota. Terowong demi terowong kami lalui. Sehinggalah di suatu tempat di atas bukit yang gelap-gelita, diterangi beberapa lampu jalan dan cahaya rembulan. Daenish menghentikan keretanya.

MelodramaWhere stories live. Discover now