Bab 10

479 79 2
                                    

Cinta

            Satu perkataan yang tiada tara kuasanya. Cinta terhadap pencipta, cinta terhadap ibu bapa, cinta terhadap sahabat dan... cinta terhadap seseorang yang istimewa. 

           Sebagai seorang pelakon, aku sudah memainkan pelbagai watak dalam drama dan filem tanah air. Kekasih kepada seseorang, isteri kepada seseorang bahkan ibu kepada seseorang. Lawak, sebab aku tak pernah jatuh cinta tapi masih boleh melakonkan watak yang asyik dilamun cinta.

           Dalam drama dan filem, aku memanggil pelakon yang berganding denganku dengan panggilan manja. Menyediakan sarapan untuknya. Juga berperwatakan manja bila dengannya. Andai aku, seseorang yang tak pernah mengalami rasa dilamun cinta boleh memalsukan cinta di mataku tatkala menatap seseorang, orang lain juga pasti bisa. Semudah itu cinta boleh dipalsukan, mungkin menjadi sebab mengapa aku mengelak daripada bertembung dengan rasa aneh itu.

            Kebelakangan ni, perkataan itu selalu muncul dalam benakku. Atas sebab apa, aku pun tak tahu. Rawak. Tanda tanya muncul secara rawak.

            Aku sudah terbiasa dengan hidup begini. Tinggal di rumah agam bersendirian. Makan sarapan pagi yang Laila sediakan. Tinggalkan rumah awal pagi dan pulang lewat malam. Kerja, kerja dan kerja. Justeru mengapa aku... mula ada keinginan untuk mengubah semua itu?

            Rumah agam ini, kalau tinggal berdua mesti seronok. Ada kawan yang boleh diajak berbual. Sarapan pagi pula, aku nak juga cuba sediakan walaupun kemahiran memasak aku ke laut. Bangun pagi, aku nak juga bermalas-malasan di katil. Pergi ke kerja lewat sedikit dan pulang ke rumah lebih awal. Aku... nak juga terima mesej dari orang yang istimewa sejurus membuka mata.

Thanks sebab dengar rahsia saya – Daiyan

Jangan beritahu orang lain, tahu? – Daiyan

            "Kenapa dia belum balas lagi? Takkan belum bangun kut?" Aku menilik jam loceng pada bedside table. "Mungkin dia pun tertidur lepas Subuh macam aku? Mungkin?"

            Arwah mak aku selalu pesan, tak elok tidur lepas Subuh. Zaman sekolah dulu, senanglah nak buat sebab arwah ayah aku garang. Pantang tengok orang tidur lepas Subuh.

            Sekarang, bila umur makin meningkat, dengan beban kerja dan waktu tidur yang terganggu, bila-bila ada peluang untuk melelapkan mata walau hanya untuk lima minit, sepantas kilat dah sampai ke alam mimpi. Laju mengalahkan pelumba F1.

            "MAK!!"

            Degupan jantungku terhenti. Deruan darah kedengaran di telinga. Tangan naik ke dada. Merenung Dahlia yang berpaut pada penghadang tangga.

             "You boleh tak bagi hint yang you dah bangun?! Terkejut I!" Jerkahnya, menjelingku tajam.

             Yang melatah tadi, dia. Bukankah aku yang sepatutnya jerkah dia sebab buat aku terperanjat? Terbalik pula.

              "Muka Daiyan menakutkan sangat ke?" Soalku bersahaja.

              "Dengan rambut panjang terurai, dah macam langsuir!"

             "Iya ke? Nasib baik tak ada suami." Balasku, mengeluh panjang.

          Dahlia mengerutkan dahinya. Reaksi yang sama setiap kali aku membuat jenaka. 

            "Tunggu apa lagi? Cepatlah bersiap." Gesanya.

            "Nak pergi mana?"

MelodramaWhere stories live. Discover now