Bab 42

458 75 11
                                    

Gaun polos berwarna beige tersarung di tubuhku. Dipadankan pula dengan shawl berwarna coklat muda dan stiletto dengan rona yang sama. Sejak pulang ke Kuala Lumpur, ini kali pertama aku berdandan sempena majlis perkahwinan. Meskipun begitu aku memutuskan untuk mengekalkan imej sederhana.

Yang nak kahwin, Emilia dan Hanif. Aku sebagai tetamu jemputan, tak naklah berdandan lebih-lebih, mengalahkan raja sehari. Tak eloklah macam tu.

Akad nikah sudah selesai. Sekali lafaz, Emilia sah menjadi milik Hanif. Aku tak dapat menahan diri daripada merasa cemburu melihat mereka. Betapa bertuahnya untuk jatuh cinta dan dapat memiliki.

Usai akad nikah di masjid, para tetamu mula bergerak ke lokasi resepsi diadakan iaitu di rumah keluarga Hanif sendiri. Kerana Emilia menginginkan majlis yang sederhana, Hanif bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi di rumah mereka sahaja.

"Daiyan tahu tak rumah Hanif kat mana?" Emilia bertanya kepadaku.

Aku menggaru kepala. Aku... tak pandai sangat tengok peta ni. Dah guna GPS pun masih boleh sesat. Tapi InshaAllah, kali ni tak sesat. Yang penting kena yakin—

"Tak."

Hm. Mulut lagi laju dari otak.

"Alamak! Aiman dengan Iesha dah gerak dah." Hanif menyampuk. "Er..." Dia melontarkan pandangan ke suatu arah.

Aku turut menoleh ke arah yang sama, hanya untuk bertentangan mata dengan Mark Sufyan yang sedang menghampiri kami. Seorang gadis yang memakai gaun biru sedondon dengan baju melayu yang dia kenakan berjalan seiringan dengannya. Kelihatan saling melengkapi satu sama lain.

"Er, Mark!" Hanif menepuk bahunya, janggal.

Aku melarikan pandangan. Hampir sejam sejak aku tiba di masjid, aku berterusan mencuba untuk berpura tidak menyedari kehadirannya bersama gadis itu. Tapi kini usahaku terasa sia-sia.

"Boleh tak kalau Daiyan ikut kau? Aku takut dia sesat."

Emilia menyiku lengan jejaka yang sah bergelar suaminya itu. Aku menguntumkan senyuman kepada Emilia, berharap dia tidak akan mengomeli Hanif kerana hal remeh ini.

"Hm. Boleh je." Jawab Mark bersahaja.

Tak habis-habis dengan perangai selamba dia.

"No, it's okay." Aku mengerling gadis di sampingnya yang kelihatan keliru dengan kelakuan semua orang. "Kalau I sesat, pandai-pandailah I tanya orang nanti." Aku kembali memandang pengantin baru itu.

"Daiyan." Daenish yang baru sahaja selesai menunaikan solat Zohornya mencelah. "Kau drive kereta kau, kan?"

Aku mengangguk.

"Aku tak bawa kereta aku. Aku ikut kau, boleh? Kalau kau nak aku drive pun, boleh." Tuturnya.

Fuh, nasib baiklah ada Daenish!

Tanpa berfikir dua kali, aku menyerahkan kunci keretaku kepada Daenish. Aku sempat menangkap keluhan lega daripada Emilia dan Hanif sementara Mark—mestilah dia tak kisah.

"Jumpa nanti." Ujar Daenish kepada mereka. "Jom?" Dia tersenyum kecil ke arahku.

Aku mengangguk. Usai meminta diri, aku membuntuti Daenish ke tempat meletakkan kereta di hadapan masjid. Setelah masuk ke dalam perut kereta, keluhan berat aku lepaskan.

"Difficult, huh?" Tegur Daenish.

"Hm?"

"Ni first time kau jumpa diakan?"

Daenish mengundurkan kereta. Mula memandu pergi meninggalkan perkarangan masjid.

"Taklah."

Dia terbeliak. Tak menjangka jawapan yang aku berikan.

"Aku terserempak dengan dia hari tu. Dia dengan... perempuan tu juga."

"Oh. Misha?"

"Nama dia Misha ke?"

Nama diorang pun sesuai. Mark, Misha. Macam dalam novel.

"Hm." Jawab Daenish. Sebelah tangannya mengawal stereng kereta, sebelah lagi sibuk menukar saluran radio. "Kau tak marah ke?" Soalnya.

"Sebab Mark dah ada girlfriend?"

"Hm... yang tu aku tak pasti."

"Hah?"

"I mean, aku tak pasti kalau Misha tu girlfriend Mark or just kawan je. Lepas dia broke up dengan kau, ramai juga perempuan yang cuba rapat dengan dia. Including Misha. Tapi Mark tak pernah cerita kat kitorang if dia dah berpunya."

"Oh." Aku tunduk.

Daenish berhenti daripada menukar saluran radio. Kembali fokus ke jalan raya di hadapan.

"Tapi kalau kau nak tanya dia sendiri, I'm sure he'll answer."

Tanya? Patut ke aku tanya walaupun aku dah tahu jawapannya?

+

Alhamdulillah. Majlis resepsi juga berjalan dengan lancar. Aku juga berjaya menghindari Mark dan gadis yang tak pernah meninggalkan sisinya. Itu pun sebab Daenish pergi mana-mana, tak lupa nak ajak aku. Rasa macam knight in shining armour pun ada.

Jangan salah faham pula. Daenish memang niat nak berkawan je. Cuma... mungkin dia pun macam aku juga. Rasa sunyi. Hanif ada Emilia, Aiman ada Iesha, Mark pula... ada Misha.

Dengar cerita, Ainna sekarang tak ada kat Malaysia. Dia kena pulang ke Itali untuk setahun sebab belajar. Daenish pun nak, tak nak, terpaksalah akur dengan cinta jarak jauh. Tapi tengok reaksi Daenish setiap kali bercerita pasal Ainna, aku rasa jarak jauh tak jadi masalah.

He's still in love.

"Daiyan, aku nak pergi toilet kejap. Aku rasa aku terlebih makan sate ni." Perut dia usap, muka berkerut.

Aku menahan tawa. "Haa pergilah! Kang tercirit, rosak imej jejaka melayu terakhir kau." Usikku.

Mungkin kerana perut yang memulas, usikanku tidak diendahkan. Dia mempercepatkan langkahnya. Mencari keberadaan tandas di rumah mewah ini. Patutlah tak sewa hotel untuk majlis resepsi. Rumah keluarga Hanif pun tak ubah macam hotel lima bintang.

Tak sampai lima minit, dia kembali melabuhkan punggung pada kerusi.

"Eh, cepatnya!" Getusku sambil melihat ciapan di laman Twitter.

Daenish berdehem. Aku lantas menoleh ke arahnya—tapi bukan Daenish yang berada di sampingku.

"Mark." 

MelodramaWhere stories live. Discover now