Bab 17

378 66 1
                                    

Mataku membulat. Kacang yang aku kutip tadi jatuh ke lantai. Anak mataku melilar. Sejak bila pula jarak di antara bilik tidurku dan loteng rumah jiran sebelah serapat ini?

Pandanganku jatuh pada pembungkus kacang di tangannya. Pada rangka tingkap loteng, kulit kacang berterabur. Sampaikan ada yang terjatuh ke laman bawah, ditiup angin malam. Arief Farhan seperti biasa. Menayang barisan giginya.

"A-awak... awak baling kacang kat tingkap saya?"

Dia menyengih.

"Awak nak apa?" Dahi aku kerutkan.

"Nak awak..."

Gila!

"Amboi, terus pucat muka!" Dia ketawa terbahak-bahak, menekan perutnya. "Saya nak awak... keluar kejap!"

Aku menggaru kepala. "O-oh."

Dia yang bercakap dengan unsur saspen, macam manalah aku tak salah faham? Lain kali, bercakap biarlah laju sedikit. Sudahkan satu ayat dalam nafas yang sama. Ini tidak.

"Kenapa awak nak jumpa saya? Cepat sedikit boleh tak? Saya nak kena hafal skrip ni." Gesaku.

Alasan yang aku berikan kepada Dahlia semasa meminta diri tadi bukanlah penipuan semata. Skrip yang ada di tanganku, belum habis hafal lagi. Di Beijing nanti, mungkin masa untuk aku menghafal terlalu singkat. Kekangan masa. Elok juga aku manfaatkan masa yang ada sekarang untuk membaca skrip.

Lagi pula, berduaan seperti sekarang buat aku rasa kurang selesa. Rasa macam tengah buat salah. Bukan macam orang tu. Siap buat live video lagi dengan perempuan lain.

Isy, geram pula aku!

"Shh!" Jari dia letakkan ke bibirnya, senyum herot.

Sebelah tangannya meletakkan pembungkus kacang tadi ke lantai. Alunan muzik kedengaran. Perlahan pada mulanya dan semakin kuat. Arief muncul semula. Membetulkan hujung bajunya sambil tersenyum kepadaku. Senyuman polos. Tak lebar, tak separa halimunan.

Flashing back to New York City

Changing flights so you stay with me

Remember thinking that I got this right

Aku menyandarkan bahuku pada rangka tingkap. Menghayati lirik lagu sehinggalah Arief Farhan mula menyanyi sama.

I know that you don't

But if I ask you if you love me

I hope you lie, lie, lie, lie, lie to me

"Daiyan."

"Hm?"

"Kalau awak, awak sanggup ke dengar someone yang awak sayang kata dia pun sayang kat awak even though awak tahu, itu tak betul?"

Dalam kamus hidup Daiyan, mendengar lafaz sayang yang penuh kepalsuan ialah sesuatu yang sudah lama tercatat. Andai orang lain yang melafazkannya, tetap sakit tetapi sakitnya mungkin hanya sementara.

Andai Mark yang melafazkannya-

"Tak. Tak sanggup." Aku menghela nafas. "Awak pula?"

Arief tersenyum kelat. "Sanggup. Sejuta kali sanggup."

+

Beijing, China

Pesawat mendarat lancar pada landasan Beijing Capital International Airports. Kru penggambaran yang terlibat dan datang bersama, lebih kurang dua puluh orang. Pelakon yang terlibat pula, hanya aku dan Mark Suhail. Sebanyak tiga buah mini van telah Abang Azmi sewa yang nanti akan membawa kami ke Cendre, hotel yang dipilih menjadi tempat penginapan.

MelodramaWhere stories live. Discover now