Bab 11

427 75 2
                                    

Tali kasut sukan berjenama Nike aku ikat ketat. Tak adalah terhenti sebab tali kasut terlerai nanti. Selesai mengikat tali kasut, aku bingkas bangun. Menoleh ke kanan, di mana rak koleksi topiku terletak. Pandangan jatuh pada dua baseball cap hitam yang aku letak bersebelahan.

          "Tapi lain kali, pakailah cap. Cap saya pun, dua-dua dah ada kat awak. Pakailah."

          Keluhan sinis aku hembuskan. Mencapai cap ungu pastel pada rak paling atas lalu aku kenakan pada kepala. Mata masih merenung cap hitam miliknya.

          "Awak ingat saya tak ada cap sendiri ke? Cap saya lagi cantik dari awak punyalah!"

          Aku berpaling dari rak itu dan meninggalkan walk-in closet milikku yang terletak di tingkat dua. Turun ke bawah di mana Dahlia berada.

          "Daiyan?"

          Dahlia yang sedang menyediakan sarapan pagi, terbuntang matanya melihatku. Aktiviti hariannya tergendala. Dia memandangku dari atas ke bawah.

           "You... nak pergi mana ni?"

           "Joging."

           "Joging? Tapi nanti you ada kelas pilates."

           Aku menyumbat earpod ke telinga. "So cancel it. For today and next weekend and next and next and next!"

           “D-Daiyan!"

           Fine On The Outside oleh Priscilla Ahn dimainkan. Bagi aku lirik lebih penting berbanding genre dan bahasa. Lagu berlatarbelakangkan melodi melankolik ini menggambarkan seluruh hidupku. Dramatik, tetapi itulah kenyataannya.

I never had that many friends growing up

So I learned to be

Okay with just me, just me, just me, just me

And I'll be fine on the outside

            Di bangku sekolah, aku tak terkenal macam sekarang. Tak ramai yang tahu nama aku. Disebabkan aku seorang yang pendiam, tak ramai yang tegur aku, sapa aku. 

            Kawan? Kosong. 

So I left home, I packed up

And I moved far away

From my past one day

And I laughed, I laughed, I laughed, I laughed

I sound fine on the outside

            20 tahun. Umur aku 20 tahun sewaktu aku berpindah ke Kuala Lumpur atas bantuan Dahlia. Di bandaraya ini, tiada sesiapa yang mengenaliku. Tiada bezanya sewaktu di bangku sekolah dulu.

            Bergelar pelakon, kena bijak sembunyikan emosi. Kena senyum sepanjang masa. Kena ketawa supaya tiada yang curiga. Tiada khabar angin akan tersebar. Supaya semua orang percaya bahawa aku, tak apa-apa. Bahawa aku, gembira meskipun terkadang bukan itu realitinya.

Sometimes I feel lost

Sometimes I'm confused

Sometimes I find that I'm not alright

And I cry.

MelodramaWhere stories live. Discover now