Bab 43

418 76 11
                                    

"Mark."

"Awak apa khabar?"

Aku menggenggam kuat telefon di tangan. Mengukirkan senyuman. Cuba untuk menyembunyikan rasa gemuruhku.

"Alhamdulillah, sihat. Awak?"

Dia sekadar tersenyum. "Lama awak hilang. Awak pergi mana?"

Aneh. Soalan itu membuatkan dia kelihatan seakan menanti kepulanganku selama empat tahun. Walaupun aku tahu itu mustahil, hati kecil tak dapat menahan diri daripada berharap hal yang sia-sia.

"Balik kampung."

"Oh. Balik Sabah?"

Dia... ingat? Bukan ke dulu dia beriya sangat nak lupakan semuanya?

"Hm."

Mark mengangguk faham. Senyuman melebar sedikit.

"So, awak nak berlakon balik ke?"

Aku menjongket bahu. "I'm still thinking about it."

"Oh."

"Girlfriend awak mana?"

Raut wajahnya berubah. "Misha pergi tolong Emilia tukar baju kejap."

"Oh." Aku berpura tak terkesan dengan kenyataan dia baru saja mengakui ada sesuatu di antara dia dan gadis itu. "So, how did you guys meet?"

Bodoh. Kenapalah aku tanya soalan tu?

"Kakak saya yang kenalkan kitorang. Tapi kitorang kawan je."

Cuma kawan je? Keluar lunch sama-sama, pakai baju sedondon, asyik berkepit je—tapi cuma kawan je?

"Oh, but you guys look good together. She seems nice."

Again, bodoh. Aku ni dah kenapa?Macam takde self-control langsung!

"Hm. Tahu."

Tahu?! Dia ni memang sengaja nak bagi sakit hati aku ke apa?

"Sekarang ni memang kitorang kawan je. But I've been thinking about nak masuk meminang dia. Family kitorang pun dah lama kenal."

Aku menatapnya. Tak berkerdip. Menghadam satu demi satu kata-katanya.

"If nothing happens, lepas je dia habis belajar, saya nak jumpa family dia."

Aku memerah otak. Mendesak diri sendiri untuk mengatakan sesuatu. Untuk meluahkan aku masih memendam perasaan terhadapnya. Untuk menghentikannya daripada meninggalkan aku sekali lagi.

Tapi fikiranku kosong dan bibir terkunci rapat. Hanya memandangnya dengan mata berkaca yang membuatkan senyumannya lesap dalam sekelip mata. Digantikan dengan mata sepetnya yang membulat.

"Awak—"

"Mark." Daenish muncul, mematikan perbualan kami. "Can I get my seat back?"

Daenish memandangku. Tersedar akan mata yang berkaca, aku menoleh ke arah lain. Cukuplah aku terlihat lemah di hadapan Mark. Aku tak nak Daenish melihatku dalam keadaan yang sama.

"Kan banyak lagi kerusi kosong. Duduk jelah." Balas Mark dingin.

"Kenapa aku yang kena duduk kat tempat lain? Ni kerusi aku kut." Balas Daenish pula, tak mahu mengalah. "Lagipun kau tak takut ke Misha nampak kau duduk berduaan dengan ex kau? Kang tak jadi pula nak jumpa keluarga dia." Sambung Daenish, berbaur sindiran.

Daenish dah tahu ke?

"Ex?" Suara yang tak aku kenali mencelah.

"Misha." Mark bingkas bangun.

Aku mengusap pipiku. Menarik nafas sedalamnya sebelum kembali memandang mereka bertiga.

"You... dengan Daiyan Islam?" Gadis ayu itu mengerutkan dahinya. "I tak pernah tahu pun." Sambungnya, tertawa kelat.

Mark menjeling tajam Daenish sementara Daenish pula berlagak selamba. Bersikap acuh tak acuh dengan situasi ini walhal dia baru saja membuat masalah untuk sahabat baiknya itu.

"You dah nak balik, kan? Jom I hantar." Mark bersuara.

Gadis bernama Misha itu tak putus dari memandangku. Seakan meminta penjelasan daripadaku. Tapi aku bukan orang yang tepat untuk memberi penjelasan, melainkan Mark.

Melihat Mark terlebih dahulu mengatur langkah pergi, gadis itu terpaksa meninggalkan aku dan Daenish tanpa mendapatkan penjelasan yang dia dambakan.

"Kau okay tak ni?" Tanya Daenish.

Aku menggelengkan kepala.

"Nak nangis ke?"

Aku mengangguk lalu bangun.

"Nak aku temankan tak?"

"Tak."

"Hm. Aku tunggu kat sini."

"Hm."

+

Papp! Alat kawalan jauh televisyen dihempaskan ke atas meja kopi. Hidung Dahlia kembang-kempis menahan amarah. Kalaulah telinga manusia boleh berasap... rasanya telinga Dahlia dah jadi gunung berapi dah sekarang.

"Suka hati dia je nak cakap macam tu depan kawan aku! Apa dia ingat you hingin sangat ke kat dia? Harap muka je handsome, perangai mengalahkan tahi gajah!"

"Apa salah tahi gajah?"

"You jangan bergurau, boleh tak?!" Dia menjelingku tajam. "You tak marah ke kat dia? I mean, he literally—LIKE LITERALLY treated you like—like shit!"

"Isy, you ni! Janganlah mencarut!" Aku mengerling perut kembungnya. "Nanti baby dengar."

Tangan Dahlia naik mengusap perutnya. Tiba-tiba menjelaskan kepada bayi dalam perut, mengapa dia perlu mencarut di saat-saat begini. Aku menggelengkan kepala. Terhibur.

"Tapi you sepatutnya marah tahu, D. I faham you masih sayang dia dan mungkin sebab tu, you rasa susah nak benci kat dia but this is too much D. Dia senang-senang je cakap dia nak kahwin perempuan lain depan you."

"Itu pun sebab I dulu yang mention pasal tu."

"Sekarang nak salahkan diri sendiri pula?"

"Bukan macam tulah." Aku diam sejenak, mengatur kata. "I... I don't want to feel anything for him. I don't want to hate him as much as I don't want to like him. Which is why... I nak try move on and this time, for real. I nak lupakan dia."

Dahlia menghembus nafas lega.

"I nak berlakon balik." Aku menghela nafas, gementar. "You boleh tolong I, kan?"

MelodramaWhere stories live. Discover now