Bab 29

336 69 1
                                    

Langit hari ini mendung sahaja. Seorang pekerja di butik pengantin menarik zip, menutup belakangku. Usai membantuku, dia mengundurkan diri dan aku berpusing menghadap cermin. Fabrik gaun putih tanpa manik atau renda itu menarik perhatianku sejak pertama kali menjejakkan kaki ke dalam butik mewah ini.

          Pekerja tadi kembali membawa selendang pengantin. Dia menjongketkan kaki, memakaikan selendang putih dengan rekaan bunga halus di rambutku. Hujung selendang diperbetulkan, jatuh mencecah lantai. Sama seperti aku, dia turut tersenyum ke cermin.

          "Cantiknya Cik Daiyan." Pujinya.

          Aku tersipu malu mendengarnya. Walaupun telinga terkadang lali mendengar pujian, aku dapat merasakan dia ikhlas dengan pujiannya. Secara tak sedar, senyumanku melebar.

          "Terima kasih." Jawabku.

          "Daiyan?"

          Dahlia yang baru sahaja masuk ke dalam fitting room menekup mulut yang terlopong. Dadanya datar, tak menarik nafas. Aku berpaling ke arahnya, menggigit bibir.

          "Cantik tak?" Aku memancing pujian, tetapi sekadar bergurau saja.

          Dahlia menurunkan tangannya dan menghampiriku. Gaun di tubuhku dia teliti 360 darjah sebelum kembali menekup mulut.

           "You dah nak kahwin ke?" Soalnya.

           Mataku membulat. Pekerja yang membantuku tadi cuba untuk menyembunyikan ekspresi ingin tahunya. Aku menganggukkan kepala ke arah pekerja butik itu. Faham akan isyaratku, dia pun meninggalkan aku dah Dahlia berduaan.

           "Isy, you ni! Cakap main lepas je!" Aku memukul lengan Dahlia sebelum melabuhkan punggung pada sofa yang disediakan. "Saja je nak cuba gaun pengantin."

           "Saja? Iya ke?" Dia memandangku curiga.

           "Iyalah!" Getusku. "You ni, macamlah I tak pernah pergi shopping."

           "Shopping tu, memanglah pernah. Tapi shopping gaun pengantin? Calon pun takde!"

           C-calon...?

          Aku menggaru tengkuk sambil melepaskan deheman. Yang gatal tekak, tapi yang digaru tengkuk pula.

          "Ohhh!" Dahlia mengambil tempat duduk di sebelahku. Memeluk tubuhnya. "Terlupa pula you dah ada calon." Usiknya.

          "C-calon?" Tawa gemuruhku pecah. "Me-merepeklah!"

          "Dah tu," Dahlia merapatkan wajahnya lalu berbisik, "Mark tu siapa? Bukan calon suami ke Cik Daiyan oii?"

          Mark?

          "Eh, eh! Amboi, senyum sampai telinga! Sukalah tu!" Usikannya semakin menjadi-jadi.

          "Isy, janganlah!" Protesku pula.

         Dahlia tertawa. "Dah tu, nak beli ke tak ni? Kalau nak beli, beli sekarang. Kalau tak nak, jom! Lepas ni you ada shoot. Dengan jalan jammed lagi, kang terlambat kang."

          "Hm..." Aku memegang tangannya. "You rasa I patut beli ke?"

          Dahlia memaksa tawa, mengejekku. "Duit you, you sendiri fikirlah."

          Isy, tak membantu langsunglah!

+

Guruh berdentuman, menggegarkan studio. Hari ini tiada penggambaran drama tetapi aku dan Mark menerima tawaran penggambaran kulit majalah syarikat Repeat. Sebab itulah hati ni sejak tadi tak reti nak diam. Asyik dup-dap-dup-dap je. Tapi... kalau hati diam, alamatnya jadi arwahlah!

           Angin aku baik tapi... kenapa cuaca murung semacam je hari ni?

           "Hello!" Aku mengumumkan kedatanganku kepada staf yang terlibat hari ini.

           Meskipun dengan sapaan yang hangat dan ramah, mereka semua bertindak laju melarikan anak mata. Tiada seorang pun yang mahu bertentangan mata denganku. Adapun yang melontarkan senyuman kekok. Seakan kehadiranku di sini tak dialu-alukan. Walhal syarikat mereka yang menjemputku.

            "Hai. I'm Daiyan." Aku menyapa seorang jurusolek.

            Tak seperti staf yang lain, dia menyambutku dengan senyuman manis. Menyambut huluran tanganku dan berjabat tangan.

            "Cik Daiyan boleh tunggu kejap? Saya kena ambil a few things from my car. It won't be long. I'm so sorry." Katanya.

            Aku mengangguk faham. "It's okay. Take your time."

            Setelah dia meninggalkan bilik solek, tinggallah aku dan Mark Sufyan. Aku mengetap bibir, menarik kerusi kosong di sebelahnya sebelum melabuhkan punggung.

           "Kenapa awak buat macam tu?"

          "Hm?"

          Mark menarik nafas dalam. Masih tak mahu menoleh ke arahku.

          "Kalau tak suka saya, kenapa dari awal lagi awak tak terus-terang je kat saya?"

          Aku bungkam. Apa yang Mark cuba sampaikan, aku sedikit pun tak mengerti tapi aku cuba—cuba untuk memberi ruang kepadanya. Untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya sebab aku tahu, bukan aku seorang saja yang menanggung beban selama ini.

          "Awak tahu tak saya suka sangat kat awak?"

          Mata aku kerdipkan berkali. Kata yang dia lafazkan seharusnya terasa manis tatkala menyapa gegendang telinga tetapi mengapa hanya pahit yang terasa?

          "What about you?" Akhirnya, Mark memandangku tapi... pandangannya kosong. "Do you even like me?"

          Aku...

          Mark tertawa sinis.

          "You know what, Daiyan..." Mark menarik nafas dalam. Pandangan dia alihkan lalu bangun dari kerusinya. "Let's just... stop. Awak buat hal awak, saya buat hal saya." Dia diam sejenak dan, "Let's break up."

          Sejak hari pertama kami bersama, aku sudah menjangka tiga perkataan itu. Setiap pertemuan, akan ada penghujungnya dan seringkali diakhiri dengan perpisahan. Sepanjang kami bersama, dalam diam aku mempersiapkan diri untuk hari ini.

          Sangkaku, mungkin impaknya sama seperti pantai dilanda ombak—tetapi aku silap.

          Hari ini, saat ini, duniaku hancur.

          "Lepas ni awak tak payahlah nak jaga hati saya lagi. Just do whatever you want... date whoever you want and I'll do the same." Mark bangun dari kerusinya.

          Daiyan. Say something. Just say something.

          Tanpa penjelasan, dia letakkan noktah dan berlalu pergi. Tanpa menunggu kata putus dariku, dia pergi tanpa mempedulikan apa yang aku ingin suarakan. Dan tanpa rasa ragu, aku membiarkannya.

          "D!" Dahlia terburu-buru mendapatkanku. "Have you seen this?" iPad miliknya disuakan kepadaku.

          Pada skrin, terpampang wajahku. 'Kekasih baru Daiyan Islam seorang CEO?'. Aku mengembalikan iPad di tangan kepada Dahlia. Tak ingin meluangkan walau sesaat lagi untuk membacanya.

          "Tadi Mark..." Dahlia seakan teragak-agak untuk bertanya. "Korang—"

          "It's too late." Celahku kemudian mendongak dan mengukirkan senyuman kelat. "Sorry, but boleh tak kalau kita tangguhkan shoot hari ni? I... rasa tak sihat."

          Dahlia mengusap pipiku lalu mengangguk kecil. "Hm. Don't worry. I'll handle it."

          "Thank you."

          Dahlia beredar. Bilik solekan terasa kelam meskipun dengan cahaya terang. Aku melontarkan pandangan ke luar jendela.

          Akhirnya, hujan pun turun.

+

MelodramaWhere stories live. Discover now