Bab 1

1K 99 4
                                    

Nama aku Daiyan. Umur aku, 25 tahun. Muda lagi, tapi tak bermaksud pengalaman aku hanya sebutir dibandingkan dengan orang lain  yang lebih tua dari aku. Menghakimi pengalaman seseorang melalui umur ialah norma masyarakat hari ini. Bukan aku nak sangkal cara tu. Kanak-kanak berumur 7 tahun semestinya lebih cetek pengetahuan dan pengalamannya berbanding remaja yang berumur 17 tahun. Cuma... sejauh mana kebenaran cara itu?

          Apa yang gadis berumur 24 tahun sepatutnya tahu tentang dunia?

          Satu, kecantikan adalah segalanya. Orang tak kisah pasal latar belakang kau. Asal rupa ada, masyarakat akan terima kau 'seadanya'.

          Dua, harta. Lakukan semuanya demi harta.

          Tiga, cinta. Cinta apa lagi melainkan 'cinta' yang boleh ditayangkan di media sosial?

          Rupa? Kecantikan? Bentuk badan yang langsing dengan lekuk yang menggoda? Aku ada.

          Harta? Wang yang bertimbun? Perhiasan bertatahkan berlian, bersalut emas? Itu pun aku ada juga.

          Cuma... cinta. Tak kisahlah cinta sejati ke, cinta palsu ke, cinta yang hanya untuk ditayang ke, ketiga-tiganya aku tak pernah ada. Berminat tu... memanglah berminat. Aku pun perempuan juga. Keinginan untuk menyayangi dan disayangi oleh seorang jejaka memang ada. Jejaka yang nak kat aku pun, berlambak rasanya.

          Eh, tak!

           Itu... khabar yang aku dengarlah. Dah artikel-artikel dunia hiburan tulis macam tu. Aku petik aje apa yang aku dah baca.

          Kalau sekarang selautan jejaka tengah mengejar aku, kenapa aku masih belum berpunya? Aku memilih sangat ke? Entah. Aku pun tak tahu. Malaslah nak fikir pasal cinta. Pandai-pandailah jodoh tu sampai nanti.

           "Eh, mestilah boleh! Jangan risaulah. Daiyan mesti nak punya keluar dengan you!"

          Siapa pula kali ni yang ajak aku keluar? Mat salleh hari tu ke? Atau pengarah filem yang gatal tu? Atau dato' yang ada syarikat pembinaan? Senarai aku masih panjang lagi, tapi tak larat nak sebut satu-persatu. Pokoknya, senarai lelaki tua yang dah nak mampus tapi masih menggatal dengan aku memang panjang.

           Itu baru yang tahap menggatal aje. Belum lagi senarai yang tahap nak jadikan aku bini kedua, ketiga dan bini yang mencukupkan kuota. Gabung jari kaki dengan jari tangan pun tak cukup nak hitung berapa ramai yang ada.

          "Alright Mr. Chong. I'll set a date and tell you later."

          Oh. Cina bakhil tu rupanya.

          Haih! Hari tu, aku buat alasan tak dapat keluar dengan dia sebab aku kat luar negara. Hari ni, nak bagi alasan apa pula? Nak minta tolong Dahlia, memang taklah. Sah-sah dia akan suruh aku setuju. Buang tenaga aje bercakap dengan dia.

"Kena pergi ke?" Aku menjuihkan bibir, menayang muka minta simpati.

Dahlia, pengurus merangkap sahabatku menyumbat telefonnya ke dalam beg tangan setelah guru kelas Pilates yang aku hadiri kembali.

"Just focus on your class. Pasal tu, biar I yang uruskan."

"Tapi—"

"Be nice." Dahlia menepuk bahuku, tergesa-gesa untuk pergi dan meninggalkan aku di bawah jagaan Miss Rivera.

Kalau iya pun sibuk sangat, jalan tu perlahan-lahan sikit. Kang jatuh nanti, siapa yang susah?

"Daiyan?" Panggil Miss Rivera. "Shall we start?"

MelodramaWhere stories live. Discover now