Bab 44

430 78 7
                                    

Hidup aku jalani seperti biasa. Tak terasa tiga bulan berlalu pergi. Sepanjang tiga bulan, aku betul-betul meletakkan seratus-peratus fokusku hanya pada kerja, kerja dan kerja. Dan dalam masa tiga bulan sahaja, aku menyelesaikan penggambaran dua buah drama dan beberapa penggambaran tudung berjenama dan untuk kulit majalah.

Berbanding empat tahun aku menghilangkan diri, terasa lebih banyak perubahan yang berlaku dalam masa tiga bulan ini. Salah satunya...

"Walimatulurus Mark dan Misha."

Dahlia tergamam. Dia memandang kad jemputan perkahwinan itu dan aku bersilih ganti. Aku sekadar tersenyum kecil. Sudah lali.

"Baguslah kalau dia dah nak kahwin." Tutur Dahlia, melipat semula kad itu sebelum diletakkan ke atas meja kopi. Di mana tatapanku terarah. "Tak adalah dia nak datang, musnahkan hidup you balik."

"Hm."

Bunyi pagar automatik dibuka memecahkan keheningan. Diikuti pula dengan riuh-rendah jeritan kanak-kanak.

"Siapa tu?" Soal Dahliah.

"Oh. Jiran sebelah. Diorang baru je pindah sini."

Dan perubahan kedua... Arief Farhan. Sebulan yang lalu, sebelum berangkat ke Belgium, dia sempat singgah buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal. Dendam dah lama aku hapus. Tapi melihat wajahnya masih meninggalkan kesan.

Kalaulah dulu dia tak buat semua tu, mesti aku dengan Mark...

"Dah, dah, dah!" Getus Dahliah, seakan tahu isi fikiranku ketika ini. "Hari ni, I nak you enjoy je. Do you know why?" Dia tersenyum miring.

"Why, Puan Dahliah?"

"Sebab you akan menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik malam ni dan bukannya Suzy Reyez tu!"

Aku tertawa kecil. Tak yakin terhadap diri sendiri tetapi dalam masa yang sama, tak mahu berfikiran negatif dan meruntuhkan angan-angan Dahliah.

+

"Dan Pelakon Wanita Terbaik pada tahun ini jatuh kepada... Daiyan Islam! Tahniah Daiyan!"

Mak aih! Biar betul angan-angan Dahliah jadi kenyataan?

Tepukan gemuruh daripada para peminat dan rakan seindustri menyentapku dari lamunanku. Aku bangun. Masih bingung sama ada ini hanya sebahagian daripada imaginasiku ataupun ini bumi yang nyata.

Apabila terasa bahuku ditepuk, senyumanku melebar.

Ini realiti.

Sebelum ini, tak terkira anugerah lakonan yang aku perolehi tetapi buat kali pertamanya, aku diserang rasa gemuruh. Untuk kali pertama, aku merasakan manisnya erti kemenangan atas usaha sendiri itu.

Trofi diserahkan kepadaku. Tapak tangan bertambah dingin sebaik bersentuhan dengannya manakala senyuman pula semakin melebar sampai ke telinga. Aku merapati mikrofon, maju ke hadapan pentas. Barulah aku menyedari aku langsung tidak menulis apa-apa ucapan sebagai persediaan.

"Assalamualaikum. Er... saya... saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendukung saya. Lebih-lebih lagi kawan baik saya, Dahliah sebab sentiasa ada untuk saya dan..."

Namanya terlintas di fikiran dan tanpa berfikir dua kali, mulut bersuara.

"Saya nak berterima kasih kepada... someone yang saya pernah kenal dulu."

Imej dia tertawa bersama Suzy Reyez kembali. Dadaku terasa sesak.

"Kalau bukan sebab dia, saya takkan mampu nak bangkit semula dan kejar impian saya."

Kini, bayangannya menyarungkan cincin ke jari manis gadis bernama Misha itu menerpa. Bibir tersenyum kelat, mata berkaca.

"Terima kasih."

Aku mengangguk kecil dan beralih dari kamera dan tatapan umum, lesap ke belakang pentas dengan sorakan gemuruh masih bergaung di dalam dewan. Para kru yang lalu di sampingku tak putus mengucapkan tahniah membuatkan aku terlupa seketika akan perasaan yang menyelubungiku di atas pentas tadi.

"D," Dahliah muncul di sebalik pentas.

Aku menyerahkan trofiku kepadanya. "I nak pergi toilet kejap."

"Daiyan! Daiyan!" Jeritan Dahliah aku tak hiraukan.

Aku menutup rapat pintu tandas. Aku merenung pantulanku pada cermin. Solekan mata meninggalkan kesan hitam. Keluhan aku lepaskan. Menarik keluar tisu dari bekasnya. Baru sahaja tangan hendak mengesat sisa kotoran hitam bawah mata, pintu tandas dibuka.

Suzy Reyez terbeliak. Sama-sama tidak menjangkakan kehadiran satu sama lain.

"Kau okey ke?" Soalnya.

"Hm."

Dia tersenyum sinis. Memusing kepala paip, membasahkan tangannya.

"Terharu sangat ke?" Soalnya lagi.

Giliranku pula untuk tersenyum sinis.

"Kenapa? Tak puas hati sebab aku menang?" Aku menjelingnya tajam.

"Kenapa pula aku tak puas hati? You deserved it." Suzy menjongket bahu, kelihatan ikhlas dengan ucapannya. "Aku tak pernah rampas trofi tu dari kau. Empat tahun lalu, aku menang sebab aku layak. Aku menang sebab usaha sendiri. Sama macam kau hari ni."

Aku mengetap gigi. Aku tahu apa yang dia katakan itu benar tetapi ego memakan diri. Tak ingin mengiyakannya.

Tisu aku gumpal lalu aku buang ke dalam tong sampah. Aku lantas berpaling darinya. Tak mahu meluangkan sesaat lagi dalam ruang yang sama dengannya.

"Dan aku tak pernah rampas Mark."

Aku tergamam.

"Aku dengan dia, bukan macam yang kau fikir. Ya, aku mengaku aku pernah cuba nak rapat dengan dia tapi tu sebelum aku tahu kau dengan dia... ada something."

"So what are you trying to say?"

"It might seemed like dia suka aku sebab kitorang selalu sangat sama-sama, gelak sama-sama. Tapi dia selesa dengan aku pun sebab aku selalu dengar dia cerita pasal kau."

"Just get to the point—"

"Dia suka kau. Dia betul-betul suka kat kau. Sampaikan aku tak ada chance nak kenal dia. Sebab dunia dia penuh dengan kau seorang je." Suzy berdiri di hadapanku, menatapku. "Aku dengar dia nak kahwin. Kalau dulu kau lepaskan dia sebab rasa cemburu, aku harap kau tak buat kesilapan yang sama lagi."

Aku mengetap bibir. Mata berkaca lagi.

"Aku just nak nasihat je. Not as friends, but as a woman to a woman. Susah nak jumpa lelaki yang betul-betul sayang kat kita. Bila dah dapat, don't let him go."

Suzy tersenyum kecil, tertunduk dan berpaling dariku. Pintu tandas tertutup rapat semula. Keheningan menyapaku.

Aku—Aku—

Tangan laju mendail nombor. Telefon aku rapatkan telinga.

"H-Hello?"

+

Not gonna lie. This chapter broke my heart

MelodramaWhere stories live. Discover now