Bab 21

337 60 3
                                    

Sapaan para staf penggambaran dibalas ramah membuntutiku dari belakang. Tanpa perlu menoleh, aku tahu siapa gerangan yang disapa mereka. Alih-alih, namaku dipanggil. Langkah tetapku ayun sehinggalah jari runcing diletakkan pada bahuku.

"You tak dengar ke I panggil nama you?"

Aku memaksa senyuman. "Sorry. I tengah mengelamun tadi." Bohongku.

"Anyway," Pintalan rambut diselit di sebalik telinganya. "Betul ke you dah ada boyfriend?" Suzy mengecilkan matanya. Memandangku serius.

Betul atau tak, kenapa pula dia nak sibuk? Aku dengan dia pun bukannya rapat mana. Setakat rakan sekerja saja.

Tapi... satu soalan daripada dia membuatkan aku berfikir sepuluh kali sebelum memberi jawapan. Takut kata-kataku disalahertikan. Kasihan Dahlia terpaksa mengurus khabar angin tentangku sedangkan khabar angin tentang teman lelaki rahsiaku belum surut sepenuhnya.

"Orang kata, diam tanda 'ya'." Tambahnya.

Suka hati kaulah nak fikir apa.

"Daiyan." Sapa suara garau. "Abang ada benda nak cakap. Can we talk for a sec?"

Suzy memandang aku dan Abang Azmi bersilih ganti. Senyuman nakal bermain di bibirnya. Haih, ini yang buat aku tak selesa ni!

"Tak boleh cakap kat sini ke? Macam ada something je." Mulalah usikannya.

Aku menghela nafas. "Er—"

"Daiyan." Satu lagi suara mencelah.

Aku kini berdiri di antara Abang Azmi dan Mark yang baru saja tiba di set penggambaran. Kelibat Marie yang menghantarnya pun belum lesap sepenuhnya.

"Can we talk?" Hal yang sama Mark ungkapkan.

Senyuman nakal Suzy hilang. Kini curiga. Pasti dia sudah mengagak, jejaka yang dilihat bersiar-siar bersamaku di Beijing tak lain, tak bukan, di antara dua jejaka itu.

Kalau aku ikut Mark, jangankan Suzy, semua orang pun mesti curiga. Kalau aku ikut Abang Azmi... mungkin lebih selamat. Biasalah kalau pengarah nak berbincang dengan barisan pelakon yang dia pilih, kan?

Aku memalingkan badan ke arah Mark yang berwajah serius. Kerutan dahinya tak dapat disembunyikan meskipun memakai topi hitam.

"Kita cakap nanti jelah." Aku laju-laju menoleh ke arah Abang Azmi. "Abang nak cakap pasal apa?" Langkah aku ayun agar seiringan dengan Abang Azmi.

Harap-harap, Mark faham.

+

"Sorry." Abang Azmi tertunduk. Gulungan kertas di tangan ditepuk ke pahanya.

Aku tak dapat menahan diri daripada tersenyum melihat gelagatnya. Ini sudah kali keberapa dia mengucapkan kata maaf. Daripada mesej ke panggilan telefon sehinggalah bersemuka. Asyik kata maaf saja yang keluar dari mulutnya.

"Tak apalah. Bukan salah abang pun."

Memang bukan salah dia pun. Siapa tahu, ada yang akan mengecam wajahku ketika berada di Beijing. Kebetulan pula masa tu, Abang Azmi mengajakku keluar membeli-belah. Bukan untuk aku, tetapi untuk memikat hati Dahlia. Tapi ramai pula yang salah faham. Aku yang nak jelaskan pun, serba-salah jadinya.

"Mark..."

Aku mendongak. Mata membulat.

"Marah ke? Korang gaduh eh?"

"Abang... tahu?"

Barulah Abang Azmi tertawa. "Hm. Bukan nak masuk campur hal korang tapi abang tak sengaja terdengar Mark dengan Daiyan kat Beijing hari tu."

"Oh."

Nasib baik Abang Azmi yang terdengar. Kalau orang lain, dah masuk akhbar dah rasanya.

"Kenapa tak nak bagitahu yang lain? Abang bukanlah apa. Cuma dah ramai yang support Mark dengan Suzy. Mesti Daiyan juga yang sakit mata tiap hari baca komen-komen netizen tu."

"Sebab Daiyan tak nak rosakkan masa depan dia. Dia pun baru lagi dalam industri ni. Lagipun, kitorang boleh pergi jauh mana?"

Abang Azmi mencekak pinggang. "Eh, apa pula cakap macam tu?"

Aku hanya tersenyum kelat. Tak tahu nak jelaskan macam mana.

+

Kegelapan yang menyelubungi ruang tamu diusir. Lampu chandelier menerangi segenap ruang. Namun aku tetapi merenung ke dinding putih meskipun silau.

Dahlia meletakkan beg tangannya ke atas kabinet TV bersama kunci keretanya. Dia melabuhkan punggung pada sofa. Aku melepaskan keluhan. Berharap sangat dia memberikan aku waktu bersendirian tetapi dia malah duduk di sebelahku.

"Kenapa you tak bagitahu je Abang Azmi yang ajak you keluar?" Tanya Dahlia.

Aku mengerutkan dahi. Mana dia tahu?

Bibir dijuihkan ke arah beg membeli-belah berwarna hitam yang diletakkan bersebelah beg tangannya. Aku kembali merenung dinding bercat putih. Melepaskan keluhan sekali lagi.

"Kalau Daiyan bagitahu, tak jadi surpriselah." Jawabku. "Dah terima ke?"

"Terima?" Dahlia kedengaran keliru dengan soalanku. "Dah. Tu!" Sekali lagi dia menjuihkan bibir ke arah hadiah Abang Azmi.

"Dia tak bagitahu ke hadiah tu untuk apa?"

Dahlia semakin keliru. "Bukan ke semua staf pun dapat benda yang sama?"

Haih! Kata suka, tapi pengecut! Mengaku jelah suka kat Dahlia!

"Yang you ni, asyik moody je kenapa? Dah macam orang kantoi curang pula!"

Curang? Itu kira curang ke?

"Bukan curanglah!" Getusku.

"Eh, rileklah! Orang gurau je pun!" Balas Dahlia, menggelengkan kepala. "Dah tu? Kenapa?"

Aku melangkah masuk ke dalam restoran menjadi pilihan para staf untuk makan malam bersama. Kerana jadual lain, aku menjadi orang terakhir yang mereka tunggu. Itulah sangkaanku.

Abang Azmi menarik kerusi di sebelahnya. Bukan untuk aku tetapi untuk Dahlia. Alih-alih, Dahlia memilih tempat duduk lain.

Mataku tak henti dari memandang kerusi kosong bersebelahan Mark. Tertanya-tanya, tidak mengapakah sekiranya aku duduk di sebelahnya? Kalau orang lain salah faham, macam mana?

Tiba-tiba... Mark menarik kerusi di sebelahnya. Dia tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya tetapi—

"Suzy!" Mark memanggil gadis yang ternyata sejak tadi berdiri di belakangku.

Dia marah kat aku ke?

Bunyi loceng mematikan lamunanku. Aku dan Dahlia serentak memandang satu sama lain. Siapa pula yang datang bertamu malam-malam begini?

Jangan-jangan... Mark?!

Aku bingkas bangun. Meluru ke arah pintu. Dua kali hampir terjatuh dek tangga marmar yang menuju ke pintu masuk utama.

Tanpa berlengah dan dengan rasa tidak sabar, aku terus memulas tombol pintu. Membuka pintu seluasnya. Tapi bukan Mark yang berdiri di sebalik pintu.

"Kakak..."

MelodramaWhere stories live. Discover now