Bab 31

342 65 5
                                    

Jadual penggambaran untuk halaman muka hadapan majalah REPEAT diteruskan setelah tiga hari ditangguhkan. Sepanjang tiga hari itu jugalah aku terperuk di dalam bilik. Hanya keluar untuk mengisi perut. Kerana Dahlia mulai risau, aku bersetuju untuk melakukan penggambaran hari ini. Sekadar untuk menenangkannya.

          "Good morning Cik Daiyan!" Sapa juruhias rambutku.

          Aku membalas sapaannya dengan senyuman kecil. Tak bermaksud untuk menyinggung, cuma... tak ada kudrat nak berpura ceria.

          "Eh, handsome guy kita pun dah ada!" Getusnya.

          Serentak dengan itu, aku menoleh ke arah pintu. Mark Sufyan dengan jaket kulit hitamnya melangkah masuk ke dalam bilik solekan tanpa memasang sebarang emosi pada wajahnya.

          Dia menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Seakan sedikit pun tidak terkesan atas apa yang berlaku di antara kami. Entah-entah, dia sudah melupakan semuanya. Mungkin juga tidak menganggap 'kami' pernah wujud.

           Aku cuba untuk tidak mengendahkan kehadirannya. Tetapi dengan setiap pergerakannya meskipun sekecil zarah, anak mataku mengikutinya. Bagaikan ada tarikan magnet. Akhirnya, aku menutup mata. Berpura tidur.

           "D—" Dahlia terhenti setelah melihat Mark di sampingku. "Er... you ada nampak phone I tak? I rasa I letak kat atas meja tadi."

          Aku menggelengkan kepala.

         "Can you call it?"

         "Oh, okay." Aku mengangguk faham. Lantas mencapai telefonku.

         Deringan telefon kedengaran tapi... bukan milik Dahlia. Aku menoleh ke kiri, memandang telefon Mark yang diletakkan pada meja solek. "Daiyan Islam" tertera sebagai nama pemanggil.

         Dengan selamba dia menekan butang merah. Duniaku senyap. Keheningan yang memekakkan. Sementara itu mata masih memandang meja solek, di mana telefonnya terletak sebelum dialihkan. Nama yang tertera pada skrin tak ingin meninggalkan fikiranku.

         "Kenapa you tukar nama I? Bukan ke hari tu ada emoji heart? Kenapa you padam?" Tanya Suzy.

        "Sebab tak nak orang lain salah faham." Jawab Mark bersahaja kemudian kembali ke kerusinya.

        Telefon yang sama berdering lagi. Mark cepat-cepat menolak panggilan telefon yang dia terima tetapi sudah terlambat.

          "Kenapa nama Daiyan ada emoji tu?" Tanya Suzy.

          "Sebab kalau ada yang salah faham pun tak apa."

           "Nevermind! Found it!" Jeritan Dahlia dari luar meragutku dari lamunan sendiri.

           Aku tertunduk. Jari menguis hujung blaus yang aku kenakan. Cuba untuk memanipulasi diri sendiri untuk yakin yang aku tak mengapa. Yang perbuatan Mark tak menyakitiku.

          "By the way, Mark dengan Suzy ada something ke? I selalu sangat nampak komen-komen peminat korang. Siap ada yang buat couple fan account untuk korang lagi."

           Mark tertawa. Sempat tersipu malu sebelum menafikannya.

           "Ohhh... so Mark single lagilah ni?"

          Degupan jantungku bertambah kencang. Entah apa jawapan daripadanya yang aku nantikan, tetapi peluh dingin membasahi tapak tangan.

          "Hm." Dia diam sejenak. "Single lagi."

MelodramaWhere stories live. Discover now