Bab 18

388 64 0
                                    

Bulan terang menyinari bumi China. Kami tiba di China pada pukul enam petang waktu tempatan setelah enam jam di dalam pesawat. Sebenarnya, waktu tempatan negara China dan Malaysia sentiasa sama. Misalnya sekarang, jarum jam menuding ke nombor sepuluh. Begitu juga di Malaysia.

Usai saja makan malam, semuanya pulang ke bilik masing-masing untuk berehat. Aku dan Dahlia, berkongsi satu bilik. Sementara menunggu Dahliaselesai membersihkan diri, aku keluar sebentar. Menghirup angin malam. Bukan selalu dapat menikmati angin malam yang dingin begini. Seronok.

Hotel tempat kami menginap kelihatan lebih seperti sebuah rumah banglo tiga tingkat dengan rekaan moden. Bilik-bilik dihubungkan oleh koridor luar. Tiada lif disediakan kerana hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Bilikku dan Dahlia terletak di hujung koridor aras ketiga. Bersebelahan dengan bilik Marie.

Rancangku, cukup mengambil angin dari koridor hadapan bilik saja. Entah bagaimana aku boleh berakhir di bawah pokok tak berbunga. Duduk pada kerusi yang disediakan di laman belakang hotel. Nafas aku tarik sedalam Lautan Pasifik. 

Segar. Tiada debu. Dinginnya juga terasa sampai ke tulang meskipun aku sudah mengenakan kot tebal.

Telefon aku tarik keluar dari dalam kot. Waktu terluang seperti sekarang, baik aku manfaatkan dengan melihat apa yang sedang tular di Beijing. Manalah tahu ada masa nanti, sempat mengunjungi beberapa tempat yang menarik. Bukan selalu melancong jauh-jauh sampai ke negeri China. Ditaja pula tu!

Ada Apa Dengan Mark dan Suzy?

Artikel yang muncul pada skrin mematikan anganku. Akhirnya, spekulasi netizen membuahkan hasil. Mark dan Suzy menjadi tajuk berita sensasi tahun ini. Sama seperti yang semua harapkan; untuk melihat mereka menjadi buah mulut. Semua kecuali aku. Namun jari tetap menekan artikel itu.

Menurut model dan pelakon baharu berkacukan Sepanyol itu pula, "I dengan Mark, kitorang kawan aje sebenarnya. Yang semua orang kata sweet tu, mungkin sebab chemistry I dengan Mark. Nak kata bercinta, sekarang tak. Apa pun, I harap semua doakan yang baik-baik ajelah. Kalau ada jodoh, tak ke mana, betul tak?"

Doakan yang baik-baik? Jujur ajelah kalau nak minta orang satukan dengan Mark. Berkias bagai, tak ada guna punlah. Baik berterus-terang aje kat Mark. Mengaku dengan lidah sendiri yang hati tu dah tersangkut daripada bagi pernyataan kat wartawan yang boleh mencipta spekulasi lain.

Sementara itu, pihak Mark Sufyan, pelakon baharu drama Acah-acah Sweet itu pula belum mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada menyangkal atau mengiyakan berita mengenai percintaannya dan Suzy Reyez.

"Kenapa tak nak keluarkan statement? Takut? Takut orang salah faham ke, takut dah tak boleh rapat dengan Suzy?" Aku mencebik. "Geramlah."

Ding ding!

Wanna take a walk? – Mark

Panjang umur. Baru sekarang nak pujuk aku? Malas aku nak layan.

No thanks. Saya dah mengantuk. Nak tidur. – Daiyan

Bunyi tapak kaki berhenti di kiri membuatkan aku menoleh. Mark Sufyan berdiri sedepa dari kerusi yang aku duduki. Tampil dengan pakaian serba hitamnya. Dari baju hingga ke kasut yang disarung di kakinya. Sebelah tangan dia selukkan ke dalam poket celana, sebelah lagi memegang jaket hitam.

Ada jaket, tapi tak pakai. Nanti sakit, siapa yang susah?

Eh, sekejap! Yang aku risau berlebihan ni dah kenapa? Biarlah dia! D-dia pun dah besar. Reti jaga diri sendiri. B-buat apa nak kisah? Lagipun, akukan tengah merajuk. Mana boleh tunjuk sifat caring aku masa-masa macam ni.

MelodramaOnde histórias criam vida. Descubra agora