Bab 5

488 82 8
                                    

Aku mengerling gerangan yang datang setengah jam awal berbanding mereka yang lain. Mark Sufyan. Pelakon baharu yang akan memainkan watak Lee.

Sesuai dengan rupanya yang bermata sepet. Menepati ciri wajah watak yang lahir dari imaginasi itu. Ingatkan, yang seiras hanyalah rupa mereka. Ternyata, personaliti juga sama.

Hampir dua puluh minit duduk di dalam ruang yang sama, sepatah pun tidak keluar dari mulutnya. Menyapaku pun tidak. Sesuailah dengan Lee yang pendiam dan dingin sepanjang masa.

Tapi... keheningan ini sangat menyenangkan.

"Thanks."

"Hm?"

"Saya tak dapat watak Nurul."

Dia mengangguk. "Hm. So I've heard."

"Semua orang setuju bagi watak Nurul kat Suzy. Kecuali awak." Aku mengukirkan senyuman. Ikhlas. "Saya tak tahu kenapa awak pilih saya. Mungkin awak simpati kat saya, but whatever the reason was, thanks."

Hujung bibirnya ternaik ke atas. Senyuman separa halimunannya muncul lagi. Sebelah tangan dia selukkan ke dalam poket. Bersandar pada kerusi. Nafas dia hela, kemudian dihembus panjang.

"Saya tak pilih awak sebab saya simpati. Saya rasa awak lebih sesuai pegang watak tu."

Dia... betul-betul rasa aku layak? Bukan simpati?

"Kenapa?"

"Sebab... you think too much."

"Hah?"

Dia tertawa kecil. "Hm... masa kat kafe tu, awak rasa selesa tak dengan saya?"

Aku mengangguk.

"You don't talk too much, because you think too much."

Macam mana dia tahu? Dia pun introvert juga ke?

"Hm. Saya pun introvert juga." Katanya.

Eh, aku tercakap kuat-kuat ke tadi?

"M-macam mana awak tahu..." Aku terkebil-kebil.

"Telepati?" Selorohnya.

Tawaku meledak. Dia juga sama. Bersama, tawa kami memecahkan keheningan kamar itu.

"Anyway, saya rasa awak lebih sesuai pegang watak Nurul sebab dia pun introvert juga. Macam awak... dan saya." Tambahnya.

Tiba-tiba, pintu dikuak luas. Segerombolan manusia masuk ke dalam. Mark bingkas bangun dari kerusinya. Sangkaku dia hendak ke bilik air, tetapi langkah dia hayun ke arahku.

Semakin dekat, semakin ketara ciri wajahnya. Kulitnya yang cerah, rambut coklat gelapnya, alisnya yang bersimetri, hidung yang mancung dan bibirnya...

"Mark!" Abang Azmi mengambil tempat duduk berhadapan dengan kami. "Daiyan pun dah ada! Awalnya."

Mark menarik kerusi di sebelahku. Melabuhkan punggungnya dengan selamba. Senyuman kecil dia hadiahkan kepada Abang Azmi. Alih-alih, dia melihatku semula. Alisnya dijongketkan. Mempersoalkan mengapa aku merenungnya. Macam mana aku tak renung kalau dia tiba-tiba datang, duduk kat sebelah aku?

"Kenapa awak tukar tempat duduk?" Soalku.

Mark menahan tawanya. "Actually, ni tempat duduk saya. Saya saja aje duduk jauh sikit dari awak tadi." Bisiknya pula.

MelodramaWhere stories live. Discover now